Bersempena perjumpaan bulanan, dan majlis sambutan hari raya peringkat universiti, BAKES melalui Yang Dipertuanya Prof Madya Dr. Hussin Salamon, telah menyerahkan sumbangan wang tunai berjumlah RM 7,995.00 kepada Dato Naib Canselor, untuk diagih kepada staf yang mewakili universiti didalam temasya sukan di antara universiti-universiti awam Malaysia ( SUKUM ). Sumbangan ini merupakan sagu hati BAKES kepada para atlet yang mewakili universiti di kejohanan tersebut. Temasya sukan kali ini berlangsung mulai 29 Julai hingga 5 Ogos di Universiti Perguruan Sultan Idris Perak. Sumbangan ini meliputi elaun makan sebanyak RM50 dan bag perbagai guna bernilai RM15 untuk setiap seorang. Daripada 161 orang atlet yang mewakili UTM hanya 123 orang sahaja yang menjadi ahli BAKES dan layak diberikan sumbangan.