NOTIS MESYUARAT AGUNG BADAN KEBAJIKAN STAF UTM (BAKES) KALI KE 12 SECARA MAYA(APPLIKASI WEBEX). 

Dengan segala hormatnya Badan Kebajikan Staf UTM (BAKES) menjemput semua ahli BAKES untuk menghadiri mesyuarat Agung BAKES pada hari Rabu 30 Jun, 2021, mulai jam 10.30 pagi  secara maya (Applikasi Webex).

2.         Agenda Mesyuarat Agung adalah seperti berikut :

10.30 pagi       –           Aluan pengerusi majlis

10.35 pagi       –           Bacaan Doa

10.40 pagi       –           Ucapan Yang Menjalankan Tugas Yg. DiPertua BAKES

10.50 pagi       –           Ucapan Perasmian oleh TNC(P)

11.00 pagi       –           Mesyuarat Agung BAKES dimulakan

1.00 petang     –           Bersurai

3.         Adalah dimaklumkan bahawa setiap ahli yang hadir mesyuarat agung akan menerima saguhati kehadiran sebanyak RM20.00 yang akan dibayar selepas Mesyuarat Agung nanti. Pendaftaran kehadiran Mesyuarat Agung akan diberikan link kehadirannya semasa mesyuarat Agung berlangsung.

4.         Untuk makluman semua ahli, dengan keizinan Pejabat Pendaftar Pertubuhan Malaysia (ROS) maka bagi mesyuarat Agung kali ini, undian bagi pemilihan Jawatankuasa baharu BAKES UTM bagi sesi 2021/2022 akan diadakan secara undian online. Untuk tujuan memudahkan proses undian maka JK telah bersetuju untuk menjalankan kaedah berikut untuk tujuan saringan :

Fasa  1 –  Semua ahli boleh mencadangkan nama ahli yang layak dan sesuai dicalonkan sebagai JK baharu BAKES untuk sesi 2021/2022.

(Tarikh akhir penerimaan Calon adalah pada 23 Jun 2021 (Rabu).

Borang Pencalonan AJK –   https://forms.gle/7i7d9d6nPEypXPd27

Fasa 2  –  Calon yang tersenarai dalam top 5 pencalonan bagi jawatan Majlis Tertinggi dan Top 15 bagi jawatan Ahli Jawatankuasa akan dibawa nama mereka ke pemilihan pusingan akhir yang mana semua ahli yang hadir mesyuarat Agung boleh memilih calon mereka semasa agenda Pemilihan JK baharu berlangsung.


5.         Sebarang usul dan cadangan dari ahli untuk dibawa ke mesyuarat Agung, sila gunakan borang google dinyatakan dan kemukakan kepada AJK sebelum sebelum tarikh dinyatakan.

Borang Usul/cadangan – https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSdtxYlWA9yPIWofaVDZj_8NhyOiiYH0HtYlENyNd_WnPGaeeQ/viewform?usp=pp_url

Sebarang persoalan tentang mesyuarat Agung ini sila hubungi mana-mana Jawatankuasa BAKES UTM untuk keterangan lanjut.

Sekian, terima kasih.

‘BERKHIDMAT UNTUK NEGARA KERANA ALLAH’

Yang Menjalankan Amanah,

ROSLAN BIN ABD. GHANI

Setiausaha

Badan Kebajikan Staf UTM (BAKES)

019 – 7124394