
Kepada seluruh warga kerja Universiti Teknologi Malaysia yang dihormati,
Sempena sambutan Hari Pekerja ini, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dengan penuh ikhlas dan hormat mengucapkan “Selamat Hari Pekerja!” kepada setiap individu yang telah menyumbang tenaga, idea, dan komitmen dalam menjayakan aspirasi universiti. Setiap detik usaha, titis keringat, serta gagasan inovatif yang Tuan/Puan curahkan menjadi tunjang utama kecemerlangan UTM sebagai institusi pendidikan bertaraf global. Dedikasi tanpa berbelah bahagi, semangat berpasukan, dan komitmen tinggi dalam memacu kemajuan telah menjadikan UTM komuniti yang harmoni, progresif, dan berdaya saing.
Bersama Menjayakan Aspirasi UTM!
Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
Badan Kebajikan Staf UTM (BAKES)