Alhamdulillah, Kejohanan Bola Tampar Piala Yang Dipertua BAKES 2025 telah berlangsung dengan jayanya. Kejohanan ini berjaya menghimpunkan pasukan-pasukan terbaik yang tampil dengan semangat kesukanan tinggi serta persaingan yang cukup sengit.
Keputusan Akhir Kejohanan
Johan: Uniteam
Naib Johan: 8volly
Ketiga Bersama: Tashriq VBT & Block Buster
Tahniah diucapkan kepada semua pasukan yang mengambil bahagian serta menunjukkan komitmen dan kerjasama yang cemerlang sepanjang kejohanan.
Setinggi-tinggi penghargaan juga diucapkan kepada En. Azri Bin Hohad atas kesudian hadir menyempurnakan penyampaian hadiah serta kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan acara ini.
Semoga kejohanan seperti ini terus menjadi platform untuk mengeratkan ukhwah dan memupuk budaya hidup sihat dalam kalangan warga BAKES.