Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,

Pihak Badan Kebajikan Staf UTM (BAKES) ingin merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah dan “Selamat Menunaikan Ibadah Haji” kepada semua ahli BAKES yang telah terpilih menjadi tetamu Allah (Dhuyufurrahman) pada tahun ini.

Sesungguhnya, panggilan ke Tanah Suci adalah satu kemuliaan yang amat besar. Kami mendoakan agar perjalanan ibadah tuan-tuan dan puan-puan sentiasa dilimpahi kesihatan yang baik, dipermudahkan segala urusan sepanjang berada di sana, dan dikurniakan perlindungan oleh Allah SWT.

Semoga pulang dengan membawa rahmat dan mendapat Haji yang Mabrur.

Amin Ya Rabbal ‘Alamin.

Ikhlas daripada: Seluruh Ahli & Jawatankuasa BAKES

UTM Open Day