Assalammu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh & Selamat sejahtera,
Y. Bhg Prof / Prof Madya / Dr / Tuan / Puan / Encik / Cik,
JEMPUTAN KE MAJLIS PERASMIAN MAHRAJAN CINTA RASUL 1435H/2014
Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Islam UTM dengan kerjasama Unit Latihan Bahagian Pembangunan Modal Insan (HCD), Badan Kebajikan Staf UTM (BAKES), Persatuan Pegawai Tadbir dan Ikhtisas (PERTISAS), Persatuan Kakitangan Bukan Akademik (PERKABA) dan Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Selatan akan menganjurkan Mahrajan Cinta Rasul 1435H yang akan berlangsung dari 9 hingga 12 Mac 2014.
Sehubungan itu, seluruh warga UTM dijemput untuk menghadiri MAJLIS PERASMIAN MAHRAJAN CINTA RASUL 1435H/2014 yang akan diadakan seperti butiran berikut:
Tarikh / Hari : 9 MAC 2014 / 7 JAMADILAWAL 1435H (AHAD)
Masa : 8.00 pagi – 1.00 tghr.
Tempat : DEWAN SULTAN ISKANDAR, UTM
Pakaian : Baju Kebangsaan.
Majlis ini akan dirasmikan oleh Prof Ir Dr Wahid bin Omar, Naib Canselor UTM.
Antara aturcara menarik:
– Ceramah Perdana oleh Y.B Dato’ Hj. Mohd Tahrir bin Dato’ Kiai Hj Syamsudin (Mufti Negeri Johor)
-Bacaan Al-Quran oleh Tn Hj Abd Aziz bin Mustaqim (Johan Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa)
– Persembahan Nasyid dan Qasidah oleh Mahasiswa UTM
-Persembahan berzanji dan marhaban oleh Pusat Islam UTM
– Penyampaian hadiah Pertandingan Menulis Khutbah JUmaat, Sajak Berunsur Islam dan Anugerah Surau Cemerlang.
Marilah bersama-sama kita memeriahkan majlis ini. Semua dijemput hadir.