Latar Belakang

Kellnali latar belakang BAKES dan ketahui faedah yang diperoleh dengan menjadi ahli

Apa itu BAKES UTM –    Singkatan nama untuk Badan Kebajikan Staf UTM

Tarikh Penubuhan     –    5 Mei 1994

Tujuan Penubuhan     –    Menyatukan kelab dan persatuan dibawah satu badan,bertanggungjawab. memudahkan staf mencarum kepada hanya satu badan persatuan. Sebelum ini Kelab Sukan Kakitangan UTM (KSKUTM), Badan Kebajikan Kakitangan Islam UTM (BAKIK) dan Persatuan Wanita Teknologi UTM (WANGI) adalah persatuan berbeza yang berjalan sendiri.

Matlamat         –    Membina satu masyarakat penyayang, sihat dan bermotivasi dalam lingkungan           masyarakat UTM

Objektif

1.Mengadakan kegiatan untuk menanam dan meningkatkan kesedaran beragama.

2. Memupuk semangat serta nilai ukhuwah dan persaudaraan serta mengeratkan tali silaturrahim     dikalangan staf dan keluarga UTM.

3. Menjalinkan hubungan serta kerjasama dengan badan dan pertubuhan lain di luar UTM dan mengambil bahagian dalam aktiviti sesuai dengan dasar pertubuhan bagi faedah dan kepentingan bersama.

4. Menjalankan dan memajukan kegiatan-kegiatan sukan dan riadah dikalangan ahli sebagai sumbangan kearah memajukan sukan diperingkat Universiti dan negara

5. Mengadakan pelbagai rancangan dan projek serta menyediakan kemudahan untuk memajukan kebajikan ahli.