Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
 
Sukacita dan Tahniah Badan Kebajikan Staf UTM (BAKES UTM) ucapkan kepada anak- anak ahli BAKES yang cemerlang dalam keputusan Peperiksaan UPSR yang telah di umumkan pada hari ini 21 Nov 2019. Kepada ahli BAKES yang ada anaknya mengambil peperiksaan UPSR 2019 dan memperolehi sekurang-kurang nya 5A dalam keputusan peperiksaan nya boleh lah menuntut sumbangan anak Cemerlang BAKES seperti mana yang telah tetapkan dalam faedah/sumbangan anugerah anak cemerlang BAKES. 
 
Print borang Anugerah Anak Cemerlang BAKES ini dr laman web BAKES www.utm.my/bakes. Isi selengkapnya dan lampirkan salinan sijil peperiksaan yg telah di sahkan oleh pihak Sekolah dan borang yang lengkap hendaklah di hantar ke alamat seperti mana yang terdapat pada borang tersebut.
 

PETIKAN DARI FAEDAH/SUMBANGAN BAKES SEPERTI DALAM LAMAN WEB BAKES

 

i.              Anugerah Anak Cemerlang BAKES

Anugerah berupa wang tunai untuk anak ahli yang cemerlang dalam peperiksaan UPSR, SPM, STPM, STAM,Tahfiz, Diploma dan Ijazah. Tahap kelayakan anugerah diberikan  mengikut kelayakan minima seperti berikut :

 

i.              UPSR – 5A , Darjah Khas – Pangkat 1, Sijil Rendah Agama – Mumtaz – (RM60),

ii.            Sijil Menengah Agama (Mumtaz) – (RM100),

iii.          SPM – 7A (RM200),

iv.           STPM – cgpa ≥ 3.50, STAM – Mumtaz, Tahfiz (30 juzuk & bershahadah), Diploma – cgpa  ≥ 3.65 (RM300)

v.             Ijazah Sarjana Muda – cgpa  ≥ 3.67 (RM400)

 

**Sekiranya suami dan isteri menjadi ahli, kedua-duanya layak memohon.

(Perubahan sumbangan utk kecemerlangan akademik anak ahli berkuatkuasa mulai 1 Ogos, 2019)

 

TAHNIAH ATAS KECEMERLANGAN ANAK ANDA
 
Yang Menjalankan Amanah.
 
Roslan bin Abd. Ghani
Setiausaha
Badan Kebajikan Staf UTM (BAKES)
Laman Web BAKES : www.utm.my/bakes
 
d/a Unit Wakaf Dana Pendidikan UTM
Bahagian Pemajuan, Pejabat TNC(P)
Aras 4, Bangunan Canseleri Sultan Ibrahim
Universiti Teknologi Malaysia
 
Tel :  019 – 7124394
Samb : 30904