Assalammu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh & Selamat sejahtera,

Y. Bhg Prof / Prof Madya / Dr / Tuan / Puan / Encik / Cik,

Sukacita dimaklumkan, pihak BAKES UTM akan menganjurkan BENGKEL SENTUHAN AKHIR Sijil Pelajaran Malaysian (SPM) kepada anak-anak ahli BAKES UTM yang akan menghadapi peperiksaan bagi tahun 2018.

Butir-butir bengkel adalah seperti berikut:-

a. Tarikh : 05 Oktober 2018 – 06 Oktober 2018 ( 2 Hari)
b. Hari : Jumaat dan Sabtu
c. Masa : 8 pagi – 5 petang
d. Lokasi : Dewan Kuliah 8, N24

Sehubungan dengan itu, BORANG PENDAFTARAN DAN PENGESAHAN Ibu/Bapa/Penjaga berkenaan kehadiran anak (pelajar) ke Bengkel SPM 2018 telah dihantar melalui emel ahli. Memandangkan tempat yang terhad (100 pendaftaran pelajar terawal), pihak BAKES UTM memohon bapa/ibu/penjaga untuk mengisi borang dan hantar (Submit) selewat-lewatnya SEBELUM hari ISNIN (1 OKTOBER 2018).

Yuran pendaftaran berjumlah RM100

(Makanan pagi, tengahari dan petang disediakan sepanjang tempoh bengkel selama 2 hari berserta nota dan sijil)

Pembayaran pendaftaran untuk bengkel ini perlu dibuat SEBELUM hari ISNIN (1 OKTOBER 2018) ke akaun berikut :-

“NO BANK – 010 20000 533 717

( BANK MUAMALAT MALAYSIA BERHAD )”

“AKAUN ATAS NAMA – ( BADAN KEBAJIKAN KAKITANGAN UTM )”

(Bukti pembayaran iaitu Bank-In Slip boleh dihantar melalui aplikasi Whatapps ke nombor berikut : 019-716 4948.

Maklumat lanjut berkenaan program ini, boleh menghubungi
EN. ZAIMI BIN SHAHARANI : 019-716 4948

Sekian.

Wassalam.

Urusetia Bengkel Sentuhan Akhir SPM 2018
BADAN KEBAJIKAN STAF UTM (BAKES UTM)
UTM, Johor Bahru.
JOHOR