Alhamdulillah bersempena dengan Majlis Khatam Quran Perdana Masjid Sultan Ismail, UTM dan Ramadhan yang mulia lagi diberkati oleh Allah swt, BAKES telah bermurah hati menaja 6 buah periuk bubur lambuk untuk diagih-agihkan kepada warga UTM, J..Bahru pada SELASA, 30 Julai 2013.

Tugas membantu mengisi ke dalam bekas bagi bubur lambuk yang telah dimasak bermula pada jam 12.00 tengahari dan selesai pada 2.00 petang.  Beberapa orang AJK BAKES telah turun padang membantu.  Keseluruhan bubur yang dimasak pada hari berkenaan ialah 7 buah periuk.  Setiap periuk memerlukan 13kg beras di samping bahan-bahan yang lain. 

Tugas ini diketuai oleh Puan Hjh. Soyah bt. Pai serta dibantu oleh beberapa orang ahli keluarga beliau.  Beliau telah 4 tahun dipilih oleh pihak Masjid Sultan Ismail melaksanakan tugas memasak ini.

Majlis Khatam Quran Perdana ini bermula pada jam 5.00 petang dan disusuli dengan majlis berbuka puasa.

Bubur-3chef

Sumber: Biro Penerbitan, BAKES