Dalam usaha untuk penambahbaikan aktiviti BAKES, beberapa perkara telah di sentuh dalam mesyuarat BAKES baru-baru ini. Antara yang di cadangkan untuk BAKES ialah mencarum dalam skim Takaful dimana yuran penyertaan setiap ahli di tampung sepenuhnya oleh BAKES . Ini bertujuan untuk menambah baik sumbangan yang sediaada  Kemudahan ini lebih kepada untuk membantu staf yang di timpa musibah seperti  meninggal dlm kemalangan .elaun sewaktu berada didalam wad hospital dan lain-lain lagi. Pihak BAKES sedang berunding dengan beberapa agensi takaful untuk mendapatkan terma yang terbaik untuk ahli-ahli. Sama-samalah kita doakan agar usaha ini berjaya dilaksanakan demi untuk kebaikan ahli semua