JAMUAN RAYA WANGI 2014

Alhamdulillah, riang ria sambil menikmati juadah yang disediakan dan ramah mesra demi silaturrahim bersama Yang DiPertua Baru WANGI, Y.Bhg. Datin Laili bersama ahli. Semoga ukhwah ini terjalin dan berpanjangan demi kebaikan bersama.  In Shaa Allah.

JAMUAN RAYA UTM 2014

Alhamdulillah sempena Jamuan Hari Raya AidilFitri 2014 anjuran Universiti Teknologi Malaysia, BAKES telah turut serta menyumbang juadah tiga jenis sop rusa/kambing/daging kepada semua warga kampus UTM JB tempohari.  

BAKES bersama Pusat Islam

Insyaallah pada 22/7/2014 pihak BAKES akan menaja bubur lambuk.Ahli -ahli digalakkan untuk datang pada jam 3.30 petang untuk mengambil bubur tersebut. Sementara itu juga pada hari yang sama akan di adakan Majlis Khatam Al-Quran dan berbuka Puasa Perdana bersama Datuk...

Tambah Ahli

Dalam sesi perjumpaan bulanan Datuk NC  bersama staf baru-baru ini,  Biro Keahlian BAKES telah mengambil inisiatif membuka meja pendaftaran  untuk mencari ahli-ahli baru. Alhamdulillah beberapa staf akademik telah menyerahkan borang untuk menjadi ahli. Sehingga Mei...

Kunjungan Hormat

Satu sesi kunjungan hormat Ahli Jawatan Kuasa BAKES terhadap Naib Canselor Universiti Teknologi Malaysia YBhg Prof.Datuk Ir.Dr. Wahid bin Omar telah diadakan pada 2/7/2014 bertempat di bilik mesyuarat pejabat Naib Canselor. Sesi kunjungan daripada Badan Kebajikan staf...

Sumbangan Khairat

Saudara Roslan Ghani selaku setiausaha BAKES menyampaikan sumbangan khairat kematian kepada balu Allahyarham Azhan Mat Zin         ( Hema) yang telah kembali ke rahmatullah  baru-baru ini. Sumbangan  di sampaikan di rumah  Allahyarham   di no 16 Jalan Kejayaan 13...