Satu sesi kunjungan hormat Ahli Jawatan Kuasa BAKES terhadap Naib Canselor Universiti Teknologi Malaysia YBhg Prof.Datuk Ir.Dr. Wahid bin Omar telah diadakan pada 2/7/2014 bertempat di bilik mesyuarat pejabat Naib Canselor. Sesi kunjungan daripada Badan Kebajikan staf Universiti Teknologi Malaysia ( BAKES) ini di ketuai oleh YBhg Prof Madya Dr.Hussin Salamon selaku Yang DiPertua BAKES berserta ahli jawatankuasa seramai tiga belas orang
Dalam sesi kunjungan hormat ini ianya diisi dengan penerangan dan pencerahan berkenaan fungsi BAKES, ringkasan aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan oleh BAKES sepanjang tahun dan juga yang sudah-sudah , dan juga lain-lain perkara yang berkait. Yang dipertua BAKES juga tidak lupa mengucap tahniah kepada YBhg Datuk Naib Canselor yang baru-baru ini di anugerah dengan pingat Panglima Jasa Negara oleh DYMM Yang DiPertuan Agong.
Dalam pada itu Datuk Naib Canselor menyambut baik usaha-usaha yang telah dilakukan oleh BAKES dan menyarankan agar BAKES lebih proaktif lagi. Datuk Naib Canselor juga melahirkan kegusaran beliau melihat kadar keberhutangan staf yang tinggi terutama staf sokongan yang mana beliau sifatkan sebagai isu global dan bagaimana untuk BAKES membantu.
Selesai sesi kunjungan ini BAKES mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Datuk Naib Canselor kerana sudi menerima kunjungan dan menghasilkan satu perbincangan sangat positif ke arah kecemerlang BAKES di masa yang akan datang. Pertemuan hampir satu jam itu diakhiri dengan penyerahan cenderahati sebagai tanda kenangan di antara pihak BAKES dengan Ybhg Datuk Naib Canselor.