Assalamualaikum wr wbh dan Salam Lebaran.

Copy of Flyer WANGI RAYA 2013

Hari ini kita sudah berada di 16 Syawal 1434H. Sekejap sahaja masa berlalu dan Syawal pula bakal meninggalkan kita.  Walau bagaimanapun sudah menjadi tradisi masyarakat islam di Malaysia menyambutnya hingga ke penghujung syawal iaitu sebulan berpuasa dan sebulan berhari raya.  Namun begitu tidak menjadi satu kesalahan rasanya dimana maaf bermaafan, kunjung mengunjungi memang digalakkan dalam islam.  Walau bagaimanapun kemaafan boleh dilakukan sepanjang masa tidak kira semasa berhari raya sahaja.  Tujuan yang baik untuk mengeratkan silaturrahim dan ukhwah di samping menjamu selera amat digalakkan dalam islam.

Lanjutan daripada itu pihak WANGI, UTMJB akan meraikan MAJLIS JAMUAN HARI RAYA 2013 pada SELASA 27 OGOS 2013 bersamaan 20 SYAWAL 1434H jam 10.00 pagi di RUMAH WANGI S17, KTC.

Semua ahli WANGI dengan segala hormatnya dijemput hadir.  Terima kasih.

 

Sumber: WANGI & Biro Penerbitan BAKES