Assalamualaikum wr. Wb. Dan Salam Sejahtera,

Sukacita dimaklumkan satu Mesyuarat Agung Khas (EGM) akan diadakan bagi membincangkan Pindaan Perlembagaan BAKES yang telah dipinda tahun lepas tetapi tidak mematuhi peraturan Pejabat Pendaftar Pertubuhan Malaysia (ROS) untuk diluluskan. Oleh itu bagi mematuhi peraturan tersebut, Mesyuarat Agung khas ini di panggil kepada semua ahli untuk hadir bagi memberi kelulusan dan seterusnya dibawa kepada pengetahuan ROS untuk diterima pakai.

2.     Dengan itu Ahli Jawatankuasa Eksekutif Badan Kebajikan Staf UTM (BAKES UTM) menjemput semua ahli BAKES UTM untuk menghadiri mesyuarat Agung khas ini. Butir-butirnya seperti berikut:-

Tarikh         :    30hb Ogos, 2018,

Hari            :    Khamis

Waktu        :    10.00 pagi

Tempat      :    Dewan Kuliah 3, Blok L50, UTM, Skudai.

Agenda Mesyuarat Agung khas ini adalah seperti berikut :

10.00 pagi        –     Ketibaan ahli dan pendaftaran

–     Aluan pengerusi majlis

–     Bacaan Doa

–     Ucapan Yang DiPertua BAKES

–     Pembentangan Pindaan Perlembagaan BAKES

12.00 tgh         –     Bersurai

Sekian, terima kasih.

SAYA YANG MENJALANKAN AMANAH

Yang benar,

ROSLAN BIN ABD. GHANI

Setiausaha

Badan Kebajikan Staf UTM (BAKES UTM)

d/a Pusat Kesihatan UTM

Tel : 019 7124394