Assalamualaikum wr. wb. dan Salam Sejahtera,

 
Sukacita di maklumkan bahawa setelah mendapat mandat dari ahli-ahli BAKES UTM pada mesyuarat Agung BAKES kali ke 11 pada 31hb Mac lalu dan juga kelulusan Pejabat Pendaftar Pertubuhan (R.O.S.) yang di perolehi pada 17 Jun, 2019 lalu mengenai perkara diatas, maka dengan ini dimaklumkan yuran keahlian semua ahli BAKES UTM akan dinaikkan daripada RM3.50 ke RM5.00 mulai potongan gaji bulan Julai, 2019.
 
2. Bersempena dengan kenaikan ini beberapa faedah/sumbangan untuk ahli akan ada peningkatan dan juga perubahan bagi memberi kelebihan khas buat ahli BAKES sekelian, Dalam pada itu beberapa skim faedah/sumbangan baharu telah diujudkan untuk tujuan ini atas saranan dan syor ahli serta cadangan daripada pihak Jawatankuasa Eksekutif bagi menambahbaik faedah buat ahli-ahli BAKES UTM.
 
3. Faedah dan sumbangan ini boleh di lihat di menu( FAEDAH & KEMUDAHAN ).
 
Sebarang pertanyaan dan kemusykilan atas perkara ini boleh diajukan terus kepada pihak JK Eksekutif BAKES UTM untuk keterangan lanjut.
 

Sekian terima kasih.

 
“Yang Menjalankan Amanah”
 
 
Roslan bin Abd. Ghani
Setiausaha
Badan Kebajikan Staf UTM (BAKES)
Laman Web BAKES : www.utm.my/bakes
 
d/a Unit Endowment UTM
Bahagian Pemajuan, Pejabat TNC(P)
Aras 4, Bangunan Canseleri Sultan Ibrahim
Universiti Teknologi Malaysia
 
Tel :  019 – 7124394
Samb : 30904