Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Sukacita dimaklumkan bahawa semua ahli BAKES berdaftar (Potong Yuran dalam slip gaji) sehingga Mei, 2017 adalah LAYAK untuk diberi sebuah beg cenderahati yang boleh didapati dan diambil sendiri atau mewakilkan kepada sesiapa sahaja wakil jabatan pada tarikh, tempat dan masa berikut:
Tarikh : Mulai 23 Julai, 2017 (Ahad)
Masa  : 8.00 pagi – 5.00 petang (Kecuali waktu rehat)
Tempat : Kaunter 1, Blok L52, Pejabat Pusat Kokurikulum & Pembelajaran Servis (CCSL) 
AJK bertugas  :  En. Zaimi Shaharani
 
Ahli yang telah hadir mesyuarat agung dan telah mengambil beg tersebut, tidak perlu lagi datang kerana anda telahpun mengambil beg tersebut.
Harap maklum dan sampai-sampaikan kepada rakan-rakan ahli yang belum mengambil beg cenderamata ini.
 
Terima kasih
 
Roslan bin Abd. Ghani
Setiausaha
Badan Kebajikan Staf UTM (BAKES)
d/a Galeria Siswa
Bahagian Sinergi Mahasiswa
Pejabat Hal Ehwal Mahasiswa & Alumni
Blok M43, Kolej Tun Dr. Ismail
 
Tel : 38882 / 019 7124394