Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua staf UTM yang saya hormati sekelian

 
Dengan pelbagai kemudahan kebajikan untuk ahli yang disediakan, pihak Badan Kebajikan Staf UTM (BAKES UTM) mempelawa dan mengajak semua staf yang belum menjadi ahli BAKES untuk menjadi ahli berdaftar. (Faedah dan sumbangan yang disediakan adalah seperti di lampiran)
 
2.  Dengan potongan yuran keahlian sebanyak RM5.00 sebulan, staf boleh menikmati pelbagai kemudahan kebajikan. Walaupun ahli tidak menggunapakai kemudahan yang disediakan, setidak-tidaknya para ahli telah membantu dan menolong ahli-ahli lain yang memerlukan sumbangan daripada pihak BAKES UTM. Bantuan dan sumbangan yang di berikan setiap bulan dalam bentuk potongan gaji telah banyak membantu ahli-ahli yang memerlukan. Dalam diam, pahala dan ganjaran jariah saudara berterusan selagi saudara menjadi ahli BAKES.
 
3.  Rebut lah peluang ini untuk menabur bakti dan niatkan untuk membantu rakan-rakan staf kita yang memerlukan. Allah sahaja lah yang membalas segala niat murni saudara ini. Kepada yang terbuka hati sila lah layari laman web BAKES di http://www.utm.my/bakes . dan printkan borang keahlian dan isi. Hantarkan ke alamat seperti yang tertera di borang tersebut.
 
4. Satf boleh juga menggunapakai borang google di link berikut untuk mendaftar sebagai ahli BAKES.
 
Sekian, Terima kasih.
 
 
Roslan bin Abd. Ghani
Setiausaha
Badan Kebajikan Staf UTM (BAKES)
Laman Web BAKES : www.utm.my/bakes
 
Tel :  019 – 7124394
Samb : 30904