starslmt hariraya

Andai Hamka menyusun kata
Terciptalah kata-kata yang aulia
Mari bermaafan sesama kita
Di pagi Aidilfitri yang mulia

Alhamdulillah kita semua sudah sampai ke penghujung RAMADHAN yang bakal meninggalkan kita dan disinari dengan kehadiran AIDIL FITRI.  Bagi pihak semua Pengerusi dan AJK BAKES, UTM menyampaikan SALAM AIDIL FITRI dan mohon AMPUN dan MAAF, ZAHIR & BATIN kepada semua ahli BAKES khasnya dan warga UTM khasnya semasa berurusan dengan pihak BAKES.

Semoga AIDIL FITRI yang bakal menjelma menjanjikan keberkatan dan rahmat dari ALLAH SWT jua dengan pengisian ibadah Ramadhan yang kita penuhi.  Semoga Ramadhan kita menjadi lebih sempurna dari tahun-tahun yang sebelumnya.

Pesan BAKES agar semua berhati-hati semasa memandu pulang ke kampung atau beraya ke mana sahaja dengan mematuhi adab-adab hariraya dan keselamatan jalanraya.  In shaa Allah.

‘ MAAF ZAHIR & BATIN ‘

Sumber:  Biro Penerbitan, BAKES