Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
 
Terlebih dahulu pihak Badan Kebajikan staf UTM ingin mengucapkan tahniah kepada semua ahli BAKES UTM yang lulus pengajian seperti diatas pada Upacara Konvokesyen UTM ke 63 yang baharu sahaja berakhir hari ini 5 November, 2019.
 
2. Untuk makluman semua ahli, pihak BAKES UTM ada menyediakan sumbangan/hadiah kecemerlangan akademik  kepada ahli nya yang lulus dengan jayanya pengajian peringkat tinggi sepert Diploma/Ijazah Sarjana Muda/ Ijazah Sarjana dan Ph.D.
 
3. Tuntutan sumbangan/anugerah ini boleh di buat kepada pihak BAKES UTM melalui borang anugerah Kecemerlangan akademik ahli BAKES ini seperti mana yang terdapat di laman Web BAKES di www.utm.my/bakes.
 
4. Borang yang lengkap diisi hendaklah di sertakan salinan sijil graduasi dan dihantar kepada Setiausaha BAKES UTM di alamat sepertimana tertera di borang permohonan.
 
Sekian harap maklum dan TAHNIAH!!!
 
 
Roslan bin Abd. Ghani
Setiausaha
Badan Kebajikan Staf UTM (BAKES)
Laman Web BAKES : www.utm.my/bakes
 
d/a Unit Wakaf Dana Pendidikan UTM
Bahagian Pemajuan, Pejabat TNC(P)
Aras 4, Bangunan Canseleri Sultan Ibrahim
Universiti Teknologi Malaysia