{"id":1026,"date":"2017-07-21T07:19:00","date_gmt":"2017-07-20T23:19:00","guid":{"rendered":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/kpwkm-sedia-berkerjasama-kaji-isu-perceraian\/"},"modified":"2017-07-21T07:19:00","modified_gmt":"2017-07-20T23:19:00","slug":"kpwkm-sedia-berkerjasama-kaji-isu-perceraian","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/kpwkm-sedia-berkerjasama-kaji-isu-perceraian\/","title":{"rendered":"KPWKM SEDIA BERKERJASAMA KAJI ISU PERCERAIAN"},"content":{"rendered":"<div dir=\"ltr\" style=\"text-align: left\">\n<div style=\"text-align: justify\"><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><span style=\"font-size: x-small\">Bernama<\/span><\/span><\/div>\n<div style=\"text-align: justify\"><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><span style=\"font-size: x-small\"> Tarikh kemaskini: 20\/07\/2017\u00a0<\/span><\/span><\/div>\n<div style=\"text-align: justify\"><\/div>\n<div style=\"text-align: justify\"><\/div>\n<div style=\"text-align: justify\"><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><span id=\"newsPic2\" style=\"clear: right;float: right;margin-bottom: 1em;margin-left: 1em\"><img decoding=\"async\" border=\"1\" src=\"http:\/\/newsdata2.bernama.com\/bernama\/newspic\/am\/FW596916_KL30_200717_CSR_BN201707190227-scr.jpg\" width=\"300\/\" \/><\/span><br class=\"clear\" \/><br \/>      KUALA  LUMPUR, 20 Julai (Bernama) &#8212; Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga  dan Masyarakat (KPWKM) sedia bekerjasama dengan mana-mana agensi untuk  membuat kajian bagi mengenal pasti masalah perceraian yang semakin  meningkat dalam kalangan masyarakat di negara ini.<\/p>\n<p> Menterinya, Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata adalah tidak wajar  bagi menyalahkan sesuatu pihak atau golongan tertentu yang menyebabkan  berlakunya perceraian tanpa mengetahui punca sebenar.<\/p>\n<p> Beliau diminta mengulas mengenai kenyataan Kongres Kesatuan  Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) baru-baru ini mengenai  dakwaan kadar perceraian tertinggi bagi golongan kerja syif dalam  sektor kesihatan awam berbanding sektor pekerjaan awam lain.<\/p>\n<p> &#8220;Saya tidak boleh mengiakan atau menidakkan perkara ini sebab ia adalah  kenyataan umum&#8230;kita perlu kaji dahulu, betul atau tidak dakwaan itu?  Kalau betul ia di bawah Lembaga Penduduk Dan Pembangunan Keluarga Negara  (LPPKN), mungkin kita boleh bekerjasama dengan Cuepacs untuk buat  kajian,&#8221; katanya pada sidang media selepas majlis penyampaian anugerah  kepada beberapa syarikat, sempena Anugerah CSR Malaysia 2017 di sini,  hari ini.<\/p>\n<p> Sehubungan itu, tambah beliau, LPPKN iaitu agensi di bawah  kementeriannya turut menganjurkan banyak program berunsurkan  kekeluargaan dan rumahtangga seperti 2nd Honeymoon, Smart Start dan  Therapy, yang mana ia antara satu penyelesaian yang boleh menyelamatkan  sesuatu institusi rumahtangga sebelum berlaku perceraian.<\/p>\n<p> Terdahulu, Rohani menyampaikan anugerah kepada 24 syarikat korporat di  negara ini yang banyak membantu menjalankan tanggungjawab sosial  korporat (CSR) kepada golongan yang kurang bernasib baik dan memerlukan.<\/p>\n<p> &#8220;Saya mengalu-alukan usaha yang dibuat CSR Malaysia yang mana mereka  mengumpulkan segala senarai syarikat-syarikat korporat bagi membantu  mereka yang memerlukan. Pengiktirafan ini diberikan kepada beberapa  syarikat mengikut kategori tertentu,&#8221; katanya.<\/p>\n<p> Turut hadir pada majlis berkenaan ialah Ketua Pegawai Eksekutif RHA  Media Sdn Bhd Datuk R. Rajendran dan Editor Pengurusan CSR Malaysia Lee  Seng Chee.<\/p>\n<p> Antara penerima anugerah tahun ini ialah Exim Bank, Axiata, Bank Islam,  7-Eleven, AirAsia Berhad, Star Media dan Ivory Properties Bhd.<\/p>\n<p> Anugerah CSR Malaysia dianjurkan oleh majalah CSR Malaysia, sebuah  penerbitan bebas yang berkongsi komitmen syarikat korporat di Malaysia  dengan visi dan misi untuk mewujudkan kesedaran mengenai keperluan bagi  membantu golongan memerlukan.<\/p>\n<p>Sementara itu, Pengerusi Exim Bank Datuk Mat Noor Nawi berkata pihaknya  berterima kasih dengan pengiktirafan diberikan oleh CSR Malaysia kepada  bank berkenaan.<\/p>\n<p> Mat Noor berkata setiap tahun Exim Bank memperuntukkan hampir RM1 juta  bagi golongan yang kurang bernasib baik seperti di beberapa pusat jagaan  orang-orang tua dan anak yatim, membayar zakat bagi golongan asnaf  serta membantu etnik Rohingya di seluruh negara.<\/p>\n<p> &#8220;Secara purata, dua atau tiga aktiviti CSR akan dijalankan. Kami  menerima terlalu banyak permohonan namun diberikan mengikut peruntukan  yang disediakan,&#8221; katanya.<\/span><\/div>\n<\/div>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Bernama Tarikh kemaskini: 20\/07\/2017\u00a0 KUALA LUMPUR, 20 Julai (Bernama) &#8212; Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) sedia bekerjasama dengan mana-mana agensi untuk membuat kajian bagi mengenal pasti masalah perceraian yang semakin meningkat dalam kalangan masyarakat di negara ini. Menterinya, Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata adalah tidak wajar bagi menyalahkan sesuatu pihak atau golongan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":268,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_et_pb_use_builder":"","_et_pb_old_content":"","_et_gb_content_width":"","footnotes":""},"categories":[5],"tags":[],"class_list":["post-1026","post","type-post","status-publish","format-standard","hentry","category-dari-cuepacs"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/1026","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/wp-json\/wp\/v2\/users\/268"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=1026"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/1026\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=1026"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=1026"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=1026"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}