{"id":1152,"date":"2017-10-04T06:57:00","date_gmt":"2017-10-03T22:57:00","guid":{"rendered":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/berita-gembeira-untuk-penjawat-awam-dalam-bajet-2016\/"},"modified":"2017-10-04T06:57:00","modified_gmt":"2017-10-03T22:57:00","slug":"berita-gembeira-untuk-penjawat-awam-dalam-bajet-2016","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/berita-gembeira-untuk-penjawat-awam-dalam-bajet-2016\/","title":{"rendered":"BERITA GEMBEIRA UNTUK PENJAWAT AWAM DALAM BAJET 2016"},"content":{"rendered":"<div dir=\"ltr\" style=\"text-align: left\">\n<div style=\"text-align: justify\"><span><span style=\"font-size: x-small\">Bernama<br class=\"clear\" \/> Tarikh kemaskini: 03\/10\/2017 <\/span><\/p>\n<p><\/span><\/div>\n<div style=\"text-align: justify\"><\/div>\n<div style=\"text-align: justify\"><span><span id=\"newsPic2\" style=\"clear: left;float: left;margin-bottom: 1em;margin-right: 1em\"><img decoding=\"async\" border=\"1\" src=\"http:\/\/newsdata2.bernama.com\/bernama\/newspic\/am\/najib-awam.jpg\" width=\"300\/\" \/><\/span><\/span>      <span>PUTRAJAYA,  3 Okt (Bernama) &#8212; Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata  beberapa khabar gembira dan penambahbaikan untuk penjawat awam akan  diumumkan dalam Bajet 2018 yang akan dibentangkan pada 27 Okt ini.<\/span><span><br \/>&#8220;Saya faham, ramai yang ternanti-nanti akan pengumuman-pengumuman  tertentu,&#8221; kata Najib yang juga Menteri Kewangan pada Majlis Amanat  Perdana Perkhidmatan Awam (MAPPA) Ke-15 di sini hari ini.<\/span><span><br \/>Kenyataan Najib itu disambut tepukan gemuruh lebih 5,000 penjawat awam  yang menghadiri acara tahunan  itu di Pusat Konvensyen Antarabangsa  Putrajaya (PICC).<\/span><span><br \/>Pada acara itu, perdana menteri menyampaikan amanat kepada anggota  perkhidmatan awam daripada pelbagai perkhidmatan di peringkat  persekutuan, negeri, kerajaan tempatan dan syarikat berkaitan kerajaan.<\/span><span><br \/>Najib pada majlis itu berkata kerajaan sejak puluhan tahun, amat  menyanjung tinggi dan berterima kasih kepada para penjawat awam yang  sekian lama bersama pentadbiran kerajaan, saling ganding-berganding,  lengkap-melengkapi dan dukung-mendukungi.<\/span><span><br \/> Katanya, kerajaan terutamanya sejak lapan tahun kebelakangan ini,  melaksanakan pelbagai inisiatif dan penambahbaikan demi membela  kepentingan dan menjaga kebajikan penjawat awam.<\/span><span><br \/> Antaranya ialah dengan menaikkan gaji penjawat awam sebanyak tujuh  peratus hingga 13 peratus pada 2012, menaikkan  pencen minimum daripada  RM720  kepada RM820 bagi  mereka yang berkhidmat selama 25 tahun atau  lebih pada 2012, penetapan gaji terendah daripada RM832 kepada RM1,200  sebulan mulai Julai 2016 dan pemberian pergerakan gaji tahunan sebanyak  tiga peratus setahun kepada pegawai yang telah mencapai gaji maksimum,  katanya.<\/span><span><br \/> Selain penambahbaikan dari segi struktur gaji dan perkhidmatan,  kerajaan turut melaksanakan penambahbaikan dari sudut kebajikan penjawat  awam.<\/span><span><br \/> Antaranya menaikkan kadar  Bantuan Sara Hidup atau COLA sebanyak RM50  sebulan pada tahun 2012 bagi penjawat awam yang tinggal di kawasan  pinggir bandar  dan menaikkan Imbuhan Tetap Perumahan atau ITP  minimumkepada RM300 sebulan pada  2015, katanya.<\/span><span><br \/> &#8220;Kesemua kemudahan dan imbuhan yang dinikmati oleh penjawat awam adalah  kerana hubungan kerjasama yang kukuh antara kerajaan yang baik dan  perkhidmatan awam yang cekap lagi efisien,&#8221; katanya.<\/span><span><br \/> &#8220;Barulah wujudnya satu simbiosis yang mantap dalam memecut dan &#8216;to  leapfrog&#8217; atau melonjakkan Malaysia supaya tersenarai dalam kelompok 20  negara termaju dana terbaik di dunia menjelang tahun 2050,&#8221; kata perdana  menteri.<\/span><span><br \/> &#8212; BERNAMA<\/span><\/div>\n<\/div>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Bernama Tarikh kemaskini: 03\/10\/2017 PUTRAJAYA, 3 Okt (Bernama) &#8212; Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beberapa khabar gembira dan penambahbaikan untuk penjawat awam akan diumumkan dalam Bajet 2018 yang akan dibentangkan pada 27 Okt ini.&#8220;Saya faham, ramai yang ternanti-nanti akan pengumuman-pengumuman tertentu,&#8221; kata Najib yang juga Menteri Kewangan pada Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":268,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_et_pb_use_builder":"","_et_pb_old_content":"","_et_gb_content_width":"","footnotes":""},"categories":[5],"tags":[],"class_list":["post-1152","post","type-post","status-publish","format-standard","hentry","category-dari-cuepacs"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/1152","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/wp-json\/wp\/v2\/users\/268"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=1152"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/1152\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=1152"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=1152"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=1152"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}