{"id":1157,"date":"2017-10-04T07:04:00","date_gmt":"2017-10-03T23:04:00","guid":{"rendered":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/tidak-adil-bandingkan-jumlah-penjawat-awam-malaysia-dengan-negara-lain-najib\/"},"modified":"2017-10-04T07:04:00","modified_gmt":"2017-10-03T23:04:00","slug":"tidak-adil-bandingkan-jumlah-penjawat-awam-malaysia-dengan-negara-lain-najib","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/tidak-adil-bandingkan-jumlah-penjawat-awam-malaysia-dengan-negara-lain-najib\/","title":{"rendered":"TIDAK ADIL BANDINGKAN JUMLAH PENJAWAT AWAM MALAYSIA DENGAN NEGARA LAIN- NAJIB"},"content":{"rendered":"<div dir=\"ltr\" style=\"text-align: left\"><\/p>\n<div style=\"text-align: justify\"><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><span style=\"font-size: x-small\">Bernama<br class=\"clear\" \/> Tarikh kemaskini: 03\/10\/2017\u00a0<\/span><\/span><\/div>\n<div style=\"text-align: justify\"><\/div>\n<div style=\"text-align: justify\"><\/div>\n<div style=\"text-align: justify\"><\/div>\n<div style=\"text-align: justify\"><\/div>\n<div style=\"text-align: justify\"><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><span id=\"newsPic2\" style=\"clear: left;float: left;margin-bottom: 1em;margin-right: 1em\"><img decoding=\"async\" border=\"1\" src=\"http:\/\/newsdata2.bernama.com\/bernama\/newspic\/am\/FW632287_PTJ05_031017_PM_PENJAWAT_AWAM.jpg\" width=\"300\/\" \/><\/span><\/span>      <span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\">PUTRAJAYA,  3 Okt ( Bernama) &#8212;  Adalah tidak adil untuk membandingkan jumlah  penjawat awam di negara ini dengan negara-negara lain kerana takrifan  penjawat awam di negara ini adalah tertakluk kepada Perlembagaan  Persekutuan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.<\/span><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><br \/>Beliau berkata takrifan tersebut meliputi sektor perkhidmatan kesihatan  seperti doktor dan jururawat, anggota keselamatan termasuk tentera serta  polis dan warga pendidikan yang merangkumi para guru.<\/span><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><br \/>&#8220;Di sebahagian negara-negara lain, mereka tidak menghitung pekerja dalam  sektor kesihatan, keselamatan dan pendidikan sebagai penjawat  awam,&#8221;katanya pada Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam ke-15 (MAPPA  XV) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini hari ini.<\/span><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><br \/>MAPPA merupakan acara tahunan di mana Perdana Menteri menyampaikan  amanat kepada anggota perkhidmatan awam daripada pelbagai perkhidmatan  di peringkat persekutuan, negeri, kerajaan tempatan dan syarikat  berkaitan kerajaan.<\/span><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><br \/>Najib berkata kerajaan tersinggung dan marah kerana ada sesetengah pihak  khususnya pembangkang menuduh kononnya perkhidmatan awam negara ini  sudah terlebih bilangannya, berbanding negara-negara lain di dunia.<\/span>    <\/div>\n<div style=\"text-align: justify\"><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><span id=\"newsPic3\" style=\"clear: right;float: right;margin-bottom: 1em;margin-left: 1em\"><img decoding=\"async\" border=\"1\" class=\"\" src=\"http:\/\/newsdata2.bernama.com\/bernama\/newspic\/am\/awam.jpg\" width=\"150\" \/><\/span><\/span><\/div>\n<div style=\"text-align: justify\"><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><br \/>&#8220;Jika mereka (pembangkang) berkuasa, dengan angkuhnya, mereka mahu  mengurangkan separuh daripada jumlah penjawat awam,&#8221; kata Najib.<\/p>\n<p>&#8220;Pihak pembangkang juga tergamak melabelkan penjawat awam dan memberi  tanggapan negatif selain menyelar secara semberono bahawa perkhidmatan  awam sebagai &#8216;tidak cekap&#8217;, &#8216;makan gaji buta&#8217; dan sungguh keterlaluan,  apabila ada pemimpin pembangkang  sanggup menghina penjawat awam sebagai  &#8216;kucing kurap&#8217;, katanya.<\/p>\n<p>Menurut Najib, dalam institusi kerajaan, perkhidmatan awam menjadi  jentera perkhidmatan awam utama untuk penyampaian dan pelaksanaan segala  dasar serta inisiatif kuasa politik yang memerintah secara sah.<\/span><\/div>\n<p><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\">      <\/span><\/p>\n<div style=\"text-align: justify\"><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><span id=\"newsPic4\" style=\"clear: left;float: left;margin-bottom: 1em;margin-right: 1em\"><img decoding=\"async\" border=\"1\" class=\"\" src=\"http:\/\/newsdata2.bernama.com\/bernama\/newspic\/am\/penjawat.jpg\" width=\"200\" \/><\/span><\/span><\/div>\n<div style=\"text-align: justify\"><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><br \/>Menurutnya, terdapat persepi atau kefahaman bahawa ada pemisahan, yakni  kuasa politik yang memerintah secara sah tidak ada kena mengena dengan  perkhidmatan awam, seperti sesetengah orang akan berkata, kuasa politik  yang memerintah secara sahboleh datang dan pergi, namun perkhidmatan  awam tetap sama.<\/p>\n<p>&#8220;Sebaliknya, kerajaan yang terbentuk daripada Jemaah Anggota  Pentadbiran, sebenarnya satu hubungan hierarki dengan perkhidmatan awam,  di mana, kerajaan adalah penentu dasar pentadbiran negara dan dasar  tersebut hendaklah dilaksanakan oleh perkhidmatan awam dengan berkesan  untuk kebaikan negara seperti yang diperintahkan,&#8221; katanya.<\/p>\n<p>&#8220;Perkhidmatan awam negara ini sudah cukup matang dan berhemah untuk  menghadami dan mena&#8217;akul ehwal hubung kait yang diutarakan ini, dengan  mendalam, kerana antara keduanya tidak boleh terpisahkan. Antara pihak  anggota pentadbiran dan perkhidmatan awam adalah ibarat &#8216;aur dengan  tebing&#8217;,&#8221; katanya.<\/p>\n<p>Justeru, Najib berkata apabila terdapat pihak atau pembangkang  memperlekeh, mentohmah atau menfitnah penjawat awam, maka cacian atau  kata-kata nista itu seumpama menghina secara langsung pihak kerajaan  secara keseluruhannya dan begitu juga sebaliknya.<\/p>\n<p>&#8220;Jadinya, kita mesti bersyukur dengan nikmat yang sedang dikecapi dan  tidak membiarkan tanah air ini jatuh ke tangan mereka (pembangkang)  tidak menghargai sumbangan dan susah payah para penjawat awam,&#8221; katanya.<\/p>\n<p>Menurut Najib,  jika benar tohmahan penjawat awam di negara ini tidak  cekap, mana mungkin mereka dapat memberikan perkhidmatan terbaik kepada  rakyat menerusi Pusat Transformasi Bandar (UTC) dan Pusat Transformasi  Luar Bandar (RTC) yang merupakan pencetus perubahan dalam perkhidmatan  awam yang diakui Bank Dunia sebagai model terbaik perkhidmatan kerajaan  di dunia sehingga mampu menjimatkan perbelanjaan kerajaan sehingga RM2  bilion.<\/p>\n<p>&#8220;Jika dahulu, perkhidmatan memperbaharui pasport mengambil masa sehingga  10 hari bekerja, kini cuma memerlukan satu jam sahaja, berbanding di  United Kingdom dan Australia yang mengambil masa selama tiga minggu.  Malah, sistem pembaharuan pasport dalam talian sedang melalui tempoh  ujian. Inilah yang dinamakan inovasi dalam mentransformasikan sistem  penyampaian perkhidmatan kerajaan,&#8221; katanya.<\/p>\n<p>Dalam pada itu, Perdana Menteri juga menggariskan tiga cabaran utama  yang bakal ditempuhi oleh perkhidmatan awam iaitu pertamanya, mendepani  era, geopolitik dan keamanan sejagat yang membabitkan krisis di antara  negara-negara Islam di Teluk, program nuklear Korea Utara dan implikasi  fenomena Brexit atau Britain Exit (Britain keluar daripada Kesatuan  Eropah), serta kes-kes keganasan, letupan, pengeboman di tempat-tempat  awam oleh kumpulan pengganas dan ekstremisme di dunia.<\/p>\n<p>&#8220;Oleh itu, kerajaan sentiasa memantau situasi keamanan dan keselamatan  negara, sekali gus berusaha memastikan agar para penjawat awam tidak  terpengaruh apatah lagi terlibat dengan kegiatan puak pelampau ini  seperti Daesh dan IS, yang telah menyalahtafsirkan konsep jihad  sebenar,&#8221; kata Najib.<\/p>\n<p>Najib berkata kerajaan telah melaksanakan inisiatif-inisiatif strategik  di bawah Dasar Transformasi Nasional demi memacu Malaysia menjadi sebuah  negara maju berpendapatan tinggi dalam memelihara kepentingan dan  memenuhi kehendak serta kebajikan rakyat.<\/p>\n<p>Katanya kerajaan berusaha gigih menyalurkan pelbagai bantuan dan  inisiatif untuk meringankan beban kos sara hidup rakyat khususnya dalam  kalangan di bawah kumpulan isi rumah berpendapatan 40 peratus terendah  (B40) dan kumpulan M40 (kumpulan berpendapatan 40 peratus sederhana) di  bawah jenama 1Malaysia seperti PPA1M, Klinik 1Malaysia, Bantuan Rakyat  1Malaysia (BR1M), Kad Diskaun Siswa 1Malaysia serta bantuan kepada para  petani, pekebun kecil, nelayan serta peneroka Felda.<\/p>\n<p>Najib berkata kerajaan akan terus memfokus kepada projek-projek  infra-rakyat seperti Transit Aliran Massa (MRT) yang bertaraf dunia dan  begitu juga dengan projek-projek Kereta Api Pantai Timur (ECRL) dan  Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) yang sedang rancak dan bakal dibina.<\/p>\n<p>&#8220;Di Sabah dan Sarawak pula, kerajaan mengotakan janji melalui pembinaan  Lebuhraya Pan-Borneo dan berharap kawasan-kawasan terpencil seperti  Kapit dan Ulu Song yang sebelum ini terputus hubungan, dapat bersama  merasa nikmat kemajuan,&#8221; katanya.<\/p>\n<p>Perdana Menteri berkata cabaran ketiga yang akan dilalui oleh barisan  penjawat awam ialah kemunculan gelombang teknologi baharu yang dikenali  sebagai Revolusi Perindustrian Keempat (IR 4.0) dan Ekonomi Digital yang  menyebabkan kerajaan terus berusaha dalam menjayakan Dasar Digital  Malaysia.<\/p>\n<p>Menurutnya, IR 4.0 berlaku melalui tiga ciri utama iaitu kelajuan,  keluasan dan kedalaman serta impak menyeluruh yang akan menyebabkan  dunia pada masa hadapan dipenuhi dengan fenomena-fenomena yang tidak  pernah tergambar dalam fikiran seperti kereta autonomi, pengkomputeran  kuantum dan kecerdasan buatan.<\/p>\n<p>&#8220;Kesemuanya ini menuntut keupayaan perkhidmatan awam dalam memberi  respons segera kepada pelbagai teknologi yang kacau-ganggu, atau  bersifat disruptif ini dan bersedia dengan pendekatan yang lebih segar  lagi pelbagai dimensi serta kombinasi top-down (atas ke bawah) dan  bottom-up (dari bawah ke atas), inside-out (luar dan dalam) serta  outside-in (dalam dan luar), khususnya dalam penggubalan dasar regulasi  baharu yang merangkumi hak dan privasi pelanggan, keselamatan,  pendidikan, ekonomi serta teknologi pintar,&#8221; katanya.<\/p>\n<p>Najib pada majlis itu juga memaklumkan Presiden Amerika Syarikat Donald  Trump memuji pendirian Malaysia yang anti-keganasan dan mengiktiraf  Malaysia sebagai negara pelaku global antara yang penting di rantau Asia  Tenggara dan dunia.<\/p>\n<p>Katanya sewaktu pertemuannya bersama Trump dalam lawatan kerjanya ke  Amerika Syarikat atas jemputan presiden itu, kerajaan Amerika Syarikat  dalam kenyataan rasmi bersama, telah bersetuju untuk pihak Myanmar  menghentikan penindasan dan operasi ketenteraan terhadap etnik Rohingya.<\/p>\n<p>&#8212; BERNAMA<\/span><\/div>\n<\/div>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Bernama Tarikh kemaskini: 03\/10\/2017\u00a0 PUTRAJAYA, 3 Okt ( Bernama) &#8212; Adalah tidak adil untuk membandingkan jumlah penjawat awam di negara ini dengan negara-negara lain kerana takrifan penjawat awam di negara ini adalah tertakluk kepada Perlembagaan Persekutuan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.Beliau berkata takrifan tersebut meliputi sektor perkhidmatan kesihatan seperti doktor dan jururawat, [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":268,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_et_pb_use_builder":"","_et_pb_old_content":"","_et_gb_content_width":"","footnotes":""},"categories":[5],"tags":[],"class_list":["post-1157","post","type-post","status-publish","format-standard","hentry","category-dari-cuepacs"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/1157","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/wp-json\/wp\/v2\/users\/268"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=1157"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/1157\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=1157"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=1157"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=1157"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}