{"id":1210,"date":"2017-10-17T07:57:00","date_gmt":"2017-10-16T23:57:00","guid":{"rendered":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/bajet-2018-cuepacs-tuntut-bonus-kad-diskaun-pengangkutan-elaun-bandara-raya\/"},"modified":"2017-10-17T07:57:00","modified_gmt":"2017-10-16T23:57:00","slug":"bajet-2018-cuepacs-tuntut-bonus-kad-diskaun-pengangkutan-elaun-bandara-raya","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/bajet-2018-cuepacs-tuntut-bonus-kad-diskaun-pengangkutan-elaun-bandara-raya\/","title":{"rendered":"BAJET 2018 : CUEPACS TUNTUT BONUS, KAD DISKAUN PENGANGKUTAN, ELAUN BANDARA RAYA"},"content":{"rendered":"<div dir=\"ltr\" style=\"text-align: left\">\n<div style=\"text-align: justify\"><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><span style=\"font-size: x-small\">Bernama<\/span><\/span><\/div>\n<div style=\"text-align: justify\"><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><span style=\"font-size: x-small\"> Tarikh kemaskini: 16\/10\/2017 <\/span><br \/><br class=\"clear\" \/><br \/>       KUALA LUMPUR, 16 Okt (Bernama) &#8212; Bonus satu setengah bulan gaji,  elaun bandar raya dan kad diskaun pengangkutan awam merupakan antara  tuntutan Cuepacs untuk Bajet 2018 yang bakal dibentangkan 27 Okt ini.<\/p>\n<p> Presiden Cuepacs Datuk Azih Muda berkata selain bonus, cadangan dua  inisiatif baharu itu penting untuk dipertimbangkan selaras dengan  kenaikan pelbagai kos yang dihadapi penjawat awam yang tinggal di bandar  raya.<\/p>\n<p> &#8220;Tentang bonus, kami tidak mahu lagi bantuan kewangan RM500, telah  sampai masanya kerajaan bayar bonus satu setengah bulan gaji kepada  penjawat awam.<\/p>\n<p> &#8220;Bagi pemberian rebat penggunaan pengangkutan awam, Cuepacs  mencadangkan kad diskaun kepada penjawat awam dan pesara kerajaan  apabila menggunakan pengangkutan awam mulai Januari 2018,&#8221; katanya  kepada pemberita pada sidang media khas di sini hari ini.<\/p>\n<p> Azih berkata bagi pengenalan elaun bandar raya terutama kepada penjawat  awam yang tinggal di kawasan berstatus bandar raya, Cuepacs  mencadangkan bayaran RM300 sebulan bagi golongan ini menghadapi kos  hidup di bandar raya.<\/p>\n<p>Selain itu Cuepacs juga meminta kerajaan mengkaji semula Elaun Tetap  Khidmat Awam untuk gred terendah sebanyak RM95 sekarang kepada kadar  minimum RM180 sebulan.<\/p>\n<p> &#8220;Untuk gred lebih tinggi pula boleh diselaraskan mengikut kelayakan.  Sejak diperkenalkan 15 tahun lalu elaun ini tidak pernah disemak  walaupun penjawat awam terpaksa berhadapan dengan beban sara hidup yang  semakin meningkat,&#8221; katanya.<\/p>\n<p> Cuepacs turut meminta pertimbangan kerajaan menganugerahkan dua kenaikan gaji tahunan kepada semua penjawat awam.<\/p>\n<p> Azih berkata ini bagi menghargai sumbangan yang diberikan anggota  perkhidmatan awam dan mengambil kira kerugian yang dialami mereka semasa  pelaksanaan Sistem Saraan Baharu (SSB) dan Sistem Saraan Malaysia (SSM)  serta menampung kenaikan kos sara hidup.<\/p>\n<p> Selain itu Cuepacs turut mencadangkan kenaikan pangkat secara time  based (berdasarkan tempoh berkhidmat) kali kedua untuk penjawat awam  gred kanan.<\/p>\n<p>Azih berkata kenaikan time based kali pertama juga perlu dikurangkan  dari 13 tahun kepada 10 tahun manakala kenaikan time based kali dua  selepas lapan tahun.<\/p>\n<p>Bagi memastikan penjawat awam menikmati kemudahan daripada pelbagai  jenis cukai yang dibayar, Cuepacs mencadangkan kadar pelepasan cukai  pendapatan lebih tinggi kepada golongan ini.<\/p>\n<p> Antara cadangan berkenaan ialah kenaikan kadar pelepasan cukai individu  daripada RM9,000 kepada RM18,000, isteri dan anak daripada RM4,000  kepada RM9,000, kadar pelepasan cukai untuk anak bawah 18 tahun  dinaikkan kepada 21 tahun dengan kadar pelepasan RM2,000 dinaikkan  kepada RM4,000.<\/p>\n<p> Selain itu, bagi tanggungan ibu bapa, diberi pelepasan sehingga RM5,000  dan untuk pelepasan kos perubatan ibu bapa diberi kenaikan daripada  RM5,000 kepada RM9,000 selain cadangan pembelian insurans nyawa diberi  kenaikan daripada RM6,000 kepada RM10,000.<\/p>\n<p> Sementara itu, Azih berkata perumahan tetap menjadi isu utama apabila  masih ramai penjawat awam belum mampu memiliki rumah sendiri walaupun  kerajaan memperkenalkan Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M) dan  Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA).<\/p>\n<p>&#8220;Oleh itu Cuepacs mencadangkan agar kadar faedah pinjaman daripada  Lembaga Perumahan Sektor Awam (LPPSA) dikurangkan daripada empat peratus  kepada hanya satu peratus.<\/p>\n<p>&#8220;Cuepacs juga memohon pertimbangan kerajaan supaya memperuntukkan  pembinaan rumah kepada penjawat awam yang berpendapatan RM3,000 ke bawah  dengan membina rumah pada harga RM90,000 hingga RM150,000,&#8221; katanya.<\/p>\n<p> Azih berkata Cuepacs turut mencadangkan semua penjawat awam diberi  perlindungan di bawah Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) bagi  menggantikan skim ex-gratia di bawah Kementerian Kewangan.<\/p>\n<p> Beliau berkata memorandum tuntutan kali ini telah dihantar kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak awal Ogos lalu.<\/p>\n<p> &#8220;Kami difahamkan ia sedang dipertimbangkan dan amat berharap semua  tuntutan ini dapat dipenuhi dalam Bajet kali ini demi kesejahteraan  penjawat awam negara ini.<\/p>\n<p> &#8220;Cuepacs percaya kerajaan tidak akan sekali-kali melupakan golongan  penjawat awam dan sentiasa memastikan keperluan golongan ini dipenuhi,&#8221;  katanya.<\/p>\n<p> &#8212; BERNAMA<\/span><\/div>\n<\/div>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Bernama Tarikh kemaskini: 16\/10\/2017 KUALA LUMPUR, 16 Okt (Bernama) &#8212; Bonus satu setengah bulan gaji, elaun bandar raya dan kad diskaun pengangkutan awam merupakan antara tuntutan Cuepacs untuk Bajet 2018 yang bakal dibentangkan 27 Okt ini. Presiden Cuepacs Datuk Azih Muda berkata selain bonus, cadangan dua inisiatif baharu itu penting untuk dipertimbangkan selaras dengan kenaikan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":268,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_et_pb_use_builder":"","_et_pb_old_content":"","_et_gb_content_width":"","footnotes":""},"categories":[5],"tags":[],"class_list":["post-1210","post","type-post","status-publish","format-standard","hentry","category-dari-cuepacs"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/1210","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/wp-json\/wp\/v2\/users\/268"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=1210"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/1210\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=1210"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=1210"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=1210"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}