{"id":1225,"date":"2017-10-28T08:51:00","date_gmt":"2017-10-28T00:51:00","guid":{"rendered":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/reaksi-bajet-2018-permulaan-baik-bagi-penjawat-awam-berkeluarga\/"},"modified":"2017-10-28T08:51:00","modified_gmt":"2017-10-28T00:51:00","slug":"reaksi-bajet-2018-permulaan-baik-bagi-penjawat-awam-berkeluarga","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/reaksi-bajet-2018-permulaan-baik-bagi-penjawat-awam-berkeluarga\/","title":{"rendered":"REAKSI BAJET 2018: PERMULAAN BAIK BAGI PENJAWAT AWAM BERKELUARGA"},"content":{"rendered":"<div dir=\"ltr\" style=\"text-align: left\">\n<div style=\"text-align: justify\"><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><span style=\"font-size: x-small\">Bernama<\/span><\/span><\/div>\n<div style=\"text-align: justify\"><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><span style=\"font-size: x-small\">Tarikh kemaskini: 28\/10\/2017 <\/span><br \/><br class=\"clear\" \/><\/span><\/div>\n<p><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\">    <\/span><\/p>\n<div class=\"NewsText\" style=\"text-align: justify\"><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\">  KUALA LUMPUR, 27 Okt (Bernama) &#8212; Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja  Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) berpuas hati insentif yang diberi  kepada penjawat awam seperti yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri  Najib Tun Razak dalam pembentangan Bajet 2018 di parlimen hari ini.<\/span><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><br \/> Presidennya Datuk Azih Muda berkata keseluruhan insentif itu adalah  permulaan yang baik bagi penjawat awam yang berkeluarga dan mempunyai  kesan jangka panjang bagi pembangunan sesebuah keluarga.<\/span><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><br \/> &#8220;Walaupun kami meminta lebih daripada itu, namun ini sudah cukup memadai buat masa ini,&#8221; katanya kepada Bernama.<\/span><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><br \/> Azih juga memuji kesediaan kerajaan untuk melanjutkan faedah persaraan  bagi mereka yang bersara kerana masalah kesihatan dan pemanjangan  kemudahan perubatan untuk ibu dan bapa kepada pesara kerajaan.<\/span><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><br \/> Dalam ucapan bajet itu, Najib yang juga Menteri Kewangan mengumumkan  bayaran  khas sebanyak RM1,500 kepada  penjawat awam, bayaran akan  diberikan dua kali iaitu RM1,000 pada awal Januari 2018 dan RM500  dibayar menjelang Hari Raya Aidilfitri tahun depan.<\/span><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><br \/> Najib turut mengumumkan kelayakan cuti bersalin ditambah daripada 300  hari kepada 360 hari sepanjang perkhidmatan, tertakluk kepada maksimum  90 hari setahun.<\/span><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><br \/> Beliau turut mengumumkan Gantian Cuti Rehat melebihi 150 hari akan  dibenar digunakan sebagai cuti rehat pada tahun persaraan dan kadar Cuti  Rehat Khas bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan dinaikkan daripada  tujuh hari kepada 10 hari setahun.<\/span><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><br \/> Perdana Menteri turut mengumumkan bahawa kerajaan buat julung kali  bersetuju memberikan kemudahan tujuh hari cuti tanpa rekod  sepanjang  tempoh perkhidmatan bagi menunaikan umrah dan pakar perubatan Gred UD54  dan ke atas, yang telah diwartakan sekurang-kurangnya empat tahun serta  memenuhi syarat tertentu, akan diberi kelonggaran satu hari seminggu  untuk melaksanakan Waktu Kerja Fleksi.<\/span><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><br \/> &#8212; BERNAMA <\/span><\/div>\n<\/div>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Bernama Tarikh kemaskini: 28\/10\/2017 KUALA LUMPUR, 27 Okt (Bernama) &#8212; Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) berpuas hati insentif yang diberi kepada penjawat awam seperti yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam pembentangan Bajet 2018 di parlimen hari ini. Presidennya Datuk Azih Muda berkata keseluruhan insentif itu adalah permulaan yang baik [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":268,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_et_pb_use_builder":"","_et_pb_old_content":"","_et_gb_content_width":"","footnotes":""},"categories":[5],"tags":[],"class_list":["post-1225","post","type-post","status-publish","format-standard","hentry","category-dari-cuepacs"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/1225","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/wp-json\/wp\/v2\/users\/268"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=1225"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/1225\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=1225"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=1225"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=1225"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}