{"id":1758,"date":"2017-12-10T12:47:00","date_gmt":"2017-12-10T04:47:00","guid":{"rendered":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/cuepacs-bagi-dua-cadangan-bantu-penjawat-awam\/"},"modified":"2017-12-10T12:47:00","modified_gmt":"2017-12-10T04:47:00","slug":"cuepacs-bagi-dua-cadangan-bantu-penjawat-awam","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/cuepacs-bagi-dua-cadangan-bantu-penjawat-awam\/","title":{"rendered":"CUEPACS BAGI DUA CADANGAN BANTU PENJAWAT AWAM"},"content":{"rendered":"<div dir=\"ltr\" style=\"text-align: left\"><span style=\"font-family: Arial, Helvetica, sans-serif\"><span style=\"font-size: x-small\">Sinar Harian<\/span><\/span><br \/><span style=\"font-family: Arial, Helvetica, sans-serif\"><span style=\"font-size: x-small\">9\/12\/2017<\/span><br \/><\/span><br \/><span style=\"font-family: Arial, Helvetica, sans-serif\"><br \/><\/span><\/p>\n<div style=\"text-align: justify\"><span style=\"font-family: Arial, Helvetica, sans-serif\"> BESUT &#8211; Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam  (Cuepacs) meminta kerajaan menimbangkan dua perkara sebagai usaha  meringankan beban lebih 1.6 juta penjawat awam dalam menghadapi kos sara  hidup yang semakin meningkat. Presiden Cuepacs, Datuk Azih Muda berkata, pihaknya menjangka cabaran  lebih berat bakal dihadapi penjawat awam tahun depan berikutan kos sara  hidup yang semakin meningkat dan terpaksa ditampung dengan pendapatan  bulanan mereka yang kecil.<\/span><\/div>\n<div style=\"text-align: justify\"><\/div>\n<div style=\"text-align: justify\"><span style=\"font-family: Arial, Helvetica, sans-serif\"><\/span><\/div>\n<div style=\"text-align: justify\"><span style=\"font-family: Arial, Helvetica, sans-serif\"> Katanya, walaupun kerajaan memberi sedikit insentif yang dibayar mulai  Januari depan, ia didapati tidak dapat meredakan kesempitan hidup  kakitangan awam untuk jangka masa panjang, malah hanya berfungsi untuk  tempoh yang pendek sahaja.Justeru, Azih menambah, Cuepacs mencadangkan kerajaan mempertimbangkan  agar setiap kakitangan awam diberi insentif satu kenaikan gaji tahunan  yang didahulukan tanpa memansuhkan kenaikan gaji tahunan yang mereka  dapat pada tahun yang berkenaan.<\/span><\/div>\n<div style=\"text-align: justify\"><\/div>\n<div style=\"text-align: justify\"><span style=\"font-family: Arial, Helvetica, sans-serif\"><\/span><\/div>\n<div style=\"text-align: justify\"><span style=\"font-family: Arial, Helvetica, sans-serif\"> \u201cCadangan memberi satu kenaikan gaji ini perlu bagi menyeimbangkan  kedudukan penjawat awam di peringkat persekutuan dengan negeri-negeri  yang kini majoritinya mendapat amaun yang berbeza dalam gaji bulanan  mereka,\u201d kata\u00a0 Azih kepada media selepas merasmikan penutupan Kursus  Kepimpinan Cuepacs Negeri Kelantan di Institut Latihan Islam Wilayah  Timur (ILIM) di sini hari ini.<\/span><\/div>\n<div style=\"text-align: justify\"><\/div>\n<div style=\"text-align: justify\"><span style=\"font-family: Arial, Helvetica, sans-serif\">Selain itu, Azih berkata, Cuepacs juga meminta kerajaan agar  menimbangkan perlindungan di bawah\u00a0 Pertubuhan Keselamatan\u00a0 Sosial  (Perkeso) kepada setiap\u00a0 penjawat awam di peringkat negeri terdiri  daripada kakitangan badan berkanun negeri dan pihak berkuasa tempatan.<\/span><\/div>\n<div style=\"text-align: justify\"><span style=\"font-family: Arial, Helvetica, sans-serif\">\u00a0<\/span><\/div>\n<div style=\"text-align: justify\"><span style=\"font-family: Arial, Helvetica, sans-serif\"><\/span><\/div>\n<div style=\"text-align: justify\"><span style=\"font-family: Arial, Helvetica, sans-serif\"> Katanya buat masa ini kakitangan awam yang berkhidmat dalam sektor  peringkat negeri tidak mempunyai perlindungan berbanding kakitangan  peringkat persekutuan yang dilindungi skim ex-gratia dalam menghadapi  bencana ketika bekerja.<\/span><\/div>\n<div style=\"text-align: justify\"><\/div>\n<div style=\"text-align: justify\"><span style=\"font-family: Arial, Helvetica, sans-serif\">  Azih menambah walaupun kerajaan terpaksa mengeluarkan sedikit  perbelanjaan jika meletakkan mereka di bawah Skim Perkeso, namun ia akan  dapat membantu penjawat awam peringkat negeri dan keluarga mereka  sekiranya ditimpa bencana ketika bekerja. &#8211; Bernama<\/span><\/div>\n<\/div>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Sinar Harian9\/12\/2017 BESUT &#8211; Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) meminta kerajaan menimbangkan dua perkara sebagai usaha meringankan beban lebih 1.6 juta penjawat awam dalam menghadapi kos sara hidup yang semakin meningkat. Presiden Cuepacs, Datuk Azih Muda berkata, pihaknya menjangka cabaran lebih berat bakal dihadapi penjawat awam tahun depan berikutan kos sara hidup [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":268,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_et_pb_use_builder":"","_et_pb_old_content":"","_et_gb_content_width":"","footnotes":""},"categories":[5],"tags":[],"class_list":["post-1758","post","type-post","status-publish","format-standard","hentry","category-dari-cuepacs"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/1758","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/wp-json\/wp\/v2\/users\/268"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=1758"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/1758\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=1758"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=1758"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=1758"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}