{"id":187,"date":"2015-01-15T11:15:00","date_gmt":"2015-01-15T19:15:00","guid":{"rendered":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/muhyiddin-terima-memorandum-konvensyen-perpaduan-nasional-ngo\/"},"modified":"2015-01-19T16:04:39","modified_gmt":"2015-01-19T08:04:39","slug":"muhyiddin-terima-memorandum-konvensyen-perpaduan-nasional-ngo","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/muhyiddin-terima-memorandum-konvensyen-perpaduan-nasional-ngo\/","title":{"rendered":"MUHYIDDIN TERIMA MEMORANDUM KONVENSYEN PERPADUAN NASIONAL NGO"},"content":{"rendered":"<div dir=\"ltr\" style=\"text-align: left\"><\/p>\n<div style=\"text-align: justify\"><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><span style=\"font-size: x-small\">Bernama<\/span><\/span><\/div>\n<div style=\"text-align: justify\"><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><span style=\"font-size: x-small\">15\/1\/2015<\/span><\/p>\n<p><\/span>      <\/div>\n<div style=\"text-align: justify\"><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><br \/><\/span>      <\/div>\n<div class=\"NewsText\" style=\"text-align: justify\"> <span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><span id=\"newsPic2\"><img decoding=\"async\" border=\"1\" class=\"\" src=\"http:\/\/newsdata2.bernama.com\/bernama\/newspic\/am\/FW364666_PTJ14_150115_MEMORANDUM-scr.jpg\" width=\"300\/\" \/><\/span>PUTRAJAYA,  15 Jan (Bernama) &#8212; Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin  hari ini menerima memorandum Konvensyen Perpaduan Nasional daripada 12  wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Melayu dan Islam untuk  dipertimbangkan dalam penggubalan Dasar Perpaduan Nasional.<\/span><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><br \/>Memorandum bertemakan &#8216;Perpaduan Rakyat Malaysia: Teras Keamanan dan  Kemakmuran Negara&#8217; itu diserahkan oleh Pengerusi Konvensyen Perpaduan  Nasional Datuk Azih Muda di kediaman rasmi timbalan perdana menteri di  sini.<\/span><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><br \/>Ketika bercakap kepada pemberita, Azih, yang juga Presiden Kongres  Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), berkata  memorandum itu merupakan rumusan serta ketetapan yang dibuat semasa  Konvensyen Perpaduan Nasional yang diadakan pada 23 Nov lalu di Kuala  Lumpur dan dihadiri lebih daripada 320 NGO Melayu dan Islam.<\/span><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><br \/>Memorandum setebal 95 muka surat itu mengandungi 54 usul yang 19  daripadanya berkaitan politik, perlembagaan, undang-undang dan  perlembagaan negara, 20 melibatkan usul ekonomi, tujuh usul berkaitan  hal ehwal agama Islam, manakala selebihnya perkara-perkara lain.<\/span><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><br \/>Dokumen itu antara lain menggesa kerajaan mengkaji semula pemansuhan  Akta Keselamatan Dalam Negeri selain mahu semua strategi, dasar, program  dan undang-undang untuk memupuk, mengukuh serta meningkatkan perpaduan  nasional mestilah berasaskan kepada hakikat bahawa Peribumi adalah  bangsa teras di Malaysia.<\/span><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><br \/>Dari perspektif ekonomi pula, memorandum itu meminta kerajaan menubuhkan  sebuah lembaga amanah bagi mengurus dan membangunkan Tanah Simpanan  Melayu serta tanah adat di Semenanjung selain mahu bank-bank tempatan  mengkaji kadar pinjaman bagi tanah berkenaan.<\/span><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><br \/>Memorandum itu juga menyarankan kerajaan supaya mengkaji semula  keberkesanan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) agar ia menjadi  mekanisme pemupukan, pengukuhan dan peningkatan patriotisme dan  perpaduan dalam kalangan generasi muda Malaysia.<\/span><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><br \/>Selain Azih, turut hadir pada majlis tersebut adalah bekas Ketua Hakim  Negara Tun Abdul Hamid Mohamad, Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali dan  Presiden Alumni Universiti Teknologi Mara (UiTM) Datuk Zaini Ujang.<\/span><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><br \/>&#8212; BERNAMA   <\/span><\/div>\n<\/div>\n<p><a href='http:\/\/cuepacs.blogspot.com\/2015\/01\/muhyiddin-terima-memorandum-konvensyen.html'>baca selanjutnya>><\/a><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Bernama 15\/1\/2015 PUTRAJAYA, 15 Jan (Bernama) &#8212; Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menerima memorandum Konvensyen Perpaduan Nasional daripada 12 wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Melayu dan Islam untuk dipertimbangkan dalam penggubalan Dasar Perpaduan Nasional.Memorandum bertemakan &#8216;Perpaduan Rakyat Malaysia: Teras Keamanan dan Kemakmuran Negara&#8217; itu diserahkan oleh Pengerusi Konvensyen Perpaduan Nasional Datuk [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":33,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_et_pb_use_builder":"","_et_pb_old_content":"","_et_gb_content_width":"","footnotes":""},"categories":[5],"tags":[],"class_list":["post-187","post","type-post","status-publish","format-standard","hentry","category-dari-cuepacs"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/187","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/wp-json\/wp\/v2\/users\/33"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=187"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/187\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=187"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=187"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=187"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}