{"id":198,"date":"2014-12-25T04:18:00","date_gmt":"2014-12-25T12:18:00","guid":{"rendered":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/sektor-awam-perlu-lakukan-transformasi-untuk-hadapi-cabaran-ksn\/"},"modified":"2015-01-19T16:04:39","modified_gmt":"2015-01-19T08:04:39","slug":"sektor-awam-perlu-lakukan-transformasi-untuk-hadapi-cabaran-ksn","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/sektor-awam-perlu-lakukan-transformasi-untuk-hadapi-cabaran-ksn\/","title":{"rendered":"SEKTOR AWAM PERLU LAKUKAN TRANSFORMASI UNTUK HADAPI CABARAN &#8211; KSN"},"content":{"rendered":"<div dir=\"ltr\" style=\"text-align: left\">\n<div style=\"text-align: justify\"><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><span style=\"font-size: x-small\">Bernama<br \/>25\/11\/2014<\/span><\/span><\/div>\n<div style=\"text-align: justify\"><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><br \/><\/span><\/div>\n<div style=\"text-align: justify\"><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><br \/><\/span><\/div>\n<div style=\"text-align: justify\"><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\">KUCHING, 25 Nov (Bernama) &#8212;  Sektor awam di negara ini, yang  menghadapi cabaran berbeza daripada sedekad lepas, perlu melakukan  perubahan, transformasi dan bersifat inovatif dari segi pendekatan agar  tidak ketinggalan zaman, kata Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali  Hamsa.<\/p>\n<p>Beliau berkata sejajar dengan itu, pelaksanaan transformasi dalam sektor  awam menjadi fokus utama sejak beberapa tahun kebelakangan bagi  memastikan ia sentiasa relevan dengan perubahan yang berlaku.<\/p>\n<p>&#8220;Orang sering bertanya sama ada kita (sektor awam) masih relevan kerana  perubahan menunjukkan kita perlu relevan sepanjang masa,&#8221; katanya ketika  merasmikan Persidangan Sektor Awam Sarawak 2014 di sini hari ini.<\/p>\n<p>Beliau berkata orang sekarang bijak menilai dan mahukan perkhidmatan  yang cepat, cekap dan berkesan kos untuk memenuhi keperluan serta  jangkaan mereka.<\/p>\n<p>&#8220;Pada waktu yang sama, kemunculan media sosial memaksa kita berdepan  dengan maklum balas positif dan negatif secara masa nyata, manakala  jangkaan untuk mendapat respons tepat pada waktunya, walaupun bukan pada  waktu itu juga, adalah lebih tinggi daripada sebelum ini.<\/p>\n<p>&#8220;Di peringkat institusi pula, kita menghadapi kekangan fiskal yang  mencabar kita untuk melipatgandakan perkhidmatan kepada rakyat dengan  menggunakan sumber yang berkurangan,&#8221; katanya.<\/p>\n<p>Sejajar dengan itu, Ali menggesa semua penjawat awam supaya berani  melakukan transformasi terhadap sektor awam dan tidak mengutamakan  kenaikan gaji semata-mata, tetapi hasil yang besar dan lestari dalam  bentuk perkhidmatan lebih baik kepada orang ramai, peningkatan  produktiviti dan kecekapan serta pertumbuhan ekonomi.<\/p>\n<p>Beliau berkata Malaysia memiliki sektor awam yang kukuh, dinamik dan  bingkas, yang mampu menggerakkan negara ini ke hadapan melalui  pelaksanaan pelbagai program pembangunan sepanjang tahun hingga  membolehkannya mencapai pertumbuhan besar serta berdaya saing di  peringkat global.<\/p>\n<p>&#8220;Kita perlu terus kurangkan kerenah birokrasi dan memperkenalkan  pembaharuan yang boleh meningkatkan kecekapan, meminimumkan kos dan  menambah produktiviti,&#8221; katanya.<\/p>\n<p>Ali memuji Perkhidmatan Awam Sarawak kerana mempunyai wawasan &#8211; &#8216;Untuk  Menjadi Perkhidmatan Awam Kelas Dunia&#8217;, yang kata beliau agak sama  dengan wawasan Kanada &#8216;perkhidmatan awam kelas dunia yang bersedia  berkhidmat kepada Kanada dan rakyatnya kini dan pada masa akan datang&#8217;.<\/p>\n<p>Beliau berkata setakat ini tiada negeri lain di Malaysia mempunyai  rancangan untuk melakukan transformasi terhadap perkhidmatan awam  masing-masing.<\/p>\n<p> &#8212; BERNAMA<\/span><\/div>\n<\/div>\n<p><a href='http:\/\/cuepacs.blogspot.com\/2014\/12\/sektor-awam-perlu-lakukan-transformasi.html'>baca selanjutnya>><\/a><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Bernama25\/11\/2014 KUCHING, 25 Nov (Bernama) &#8212; Sektor awam di negara ini, yang menghadapi cabaran berbeza daripada sedekad lepas, perlu melakukan perubahan, transformasi dan bersifat inovatif dari segi pendekatan agar tidak ketinggalan zaman, kata Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa. Beliau berkata sejajar dengan itu, pelaksanaan transformasi dalam sektor awam menjadi fokus utama sejak [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":33,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_et_pb_use_builder":"","_et_pb_old_content":"","_et_gb_content_width":"","footnotes":""},"categories":[5],"tags":[],"class_list":["post-198","post","type-post","status-publish","format-standard","hentry","category-dari-cuepacs"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/198","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/wp-json\/wp\/v2\/users\/33"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=198"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/198\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=198"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=198"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=198"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}