{"id":209,"date":"2014-12-09T07:45:00","date_gmt":"2014-12-09T15:45:00","guid":{"rendered":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/terengganu-peruntukan-kira-kira-rm20-juta-agih-bonus-kepada-9719-penjawat-awam-negeri\/"},"modified":"2015-01-19T16:04:53","modified_gmt":"2015-01-19T08:04:53","slug":"terengganu-peruntukan-kira-kira-rm20-juta-agih-bonus-kepada-9719-penjawat-awam-negeri","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/terengganu-peruntukan-kira-kira-rm20-juta-agih-bonus-kepada-9719-penjawat-awam-negeri\/","title":{"rendered":"TERENGGANU PERUNTUKAN KIRA-KIRA RM20 JUTA AGIH BONUS KEPADA 9,719 PENJAWAT AWAM NEGERI"},"content":{"rendered":"<div dir=\"ltr\" style=\"text-align: left\">\n<div style=\"text-align: justify\"><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><span style=\"font-size: x-small\">Bernama<br \/>8\/12\/2014<\/span><\/span><\/div>\n<div style=\"text-align: justify\"><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><br \/><\/span><\/div>\n<div style=\"text-align: justify\"><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><br \/>         KUALA TERENGGANU, 8 Dis (Bernama) &#8212; Kerajaan Terengganu mengumumkan  pemberian bonus setengah bulan gaji kepada penjawat awam negeri dengan  bayaran minimum sebanyak RM500.<\/p>\n<p> Berucap ketika membentangkan Bajet Negeri 2015 pada persidangan Dewan  Undangan Negeri (DUN) ke-13, di Wisma Darul Iman di sini hari ini,  Menteri Besar Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman berkata ia sebagai  menghargai sumbangan penjawat awam negeri seperti yang dilakukan  Kerajaan Persekutuan.<\/p>\n<p> Katanya kerajaan negeri memperuntukkan lebih kurang RM20 juta kepada  9,719 kakitangan awam negeri bagi pemberian tersebut yang akan dibayar  pada Januari tahun hadapan.<\/p>\n<p> Terdahulu Kerajaan Persekutuan menerusi Perdana Menteri Datuk Seri  Najib Tun Razak mengumumkan bonus setengah bulan gaji atau minimum RM500  bakal dinikmati kira-kira 1.5 juta penjawat awam pada Januari depan  ketika membentangkan &#8220;Bajet 2015 pada 10 Okt lepas.<\/p>\n<p> Sementara itu, ketika ditemui pemberita, Ahamd Razif menyifatkan Bajet  2015 ini bakal memberi manfaat menyeluruh kepada semua rakyat negeri  meliputi isu kritikal seperti masalah perumahan, kemiskinan,  keusahawanan, perkhidmatan, sukan, pendidikan, pembangunan, pertanian,  pelancongan, ibu tunggal, malah kebajikan penarik beca dan pemandu bot  penambang turut diambil kira.<\/p>\n<p>Menurutnya kerajaan negeri juga prihatin dengan nasib pengayuh beca roda  tiga yang membawa penumpang ke Pasar Kedai Payang serta pemandu bot  penambang tradisional kerana mereka adalah antara mereka di barisan  hadapan dan punyai peranan tersendiri dalam memajukan sektor pelancongan  di negeri ini.<\/p>\n<p> &#8220;Untuk itu, kerajaan akan memberi sumbangan sebanyak RM200 sebulan  kepada mereka sebagai insentif dan ia akan diuruskan oleh Tourism  Terengganu, katanya.<\/p>\n<p> Bagi meningkatkan kesejahteraan rakyat, kerajaan negeri turut  memperuntukkan sebanyak RM30 juta untuk pelaksanaan program membina  rumah baharu serta membaik pulih rumah dengan 1,300 penerima bakal  menerima manfaatnya.<\/p>\n<p> &#8220;Sebanyak RM43 juta juga diperuntukkan bagi menyiapkan 19 projek  sambungan Rumah Mampu Milik dan kerajaan negeri menyediakan subsidi  antara RM20,000 hingga RM73,000 bagi setiap unit rumah termasuk kos  penyediaan infrastruktur dan kos tanah.<\/p>\n<p> &#8220;Kerajaan negeri juga bersetuju untuk menghapuskan faedah dalam bayaran  bulanan pembelian rumah mampu milik dan melanjutkan tempoh bayaran  sehingga 30 tahun dengan jumlah bayaran hanya RM189 bulanan,&#8221; katanya.<\/p>\n<p>Keutamaan diberi kepada mereka yang berpendapatan RM3,000 ke bawah,  belum memiliki rumah sendiri dan kuota 10 peratus turut disediakan untuk  golongan belia yang belum berkahwin.<\/p>\n<p> Selain itu, Ahmad Razif berkata sejumlah RM20.6 juta diperuntukkan bagi  melonjakkan lagi sektor pertanian, RM17.3 juta untuk pengurusan sukan,  RM10 juta untuk pembinaan litar motosikal di Gong Badak dan RM10 juta  untuk membantu golongan ibu tunggal di negeri itu menjalankan  perniagaan, manakala peniaga di kampung diperuntukkan RM5 juta iaitu  pinjaman mudah.<\/p>\n<p> &#8220;Bagi memperkasakan lagi golongan belia, kerajaan negeri bersetuju  menaikkan insentif kepada persatuan belia yang aktif sebanyak RM5,000  berbanding RM2,000 sebelum ini manakala persatuan belia yang biasa,  kekal menerima RM2,000 sebagai bantuan pentadbiran.<\/p>\n<p> &#8220;Aspek kebersihan yang menjadi fokus utama Terengganu pula menerima  peruntukan sebanyak RM60 juta manakala untuk mengatasi kejadian banjir  kilat, sebanyak RM34 juta diperuntukkan kepada semua Pihak Berkuasa  tempatan (PBT) untuk kerja pembinaan dan penyelenggaraan perparitan,&#8221;  katanya.<\/p>\n<p> &#8212; BERNAMA<\/span><\/div>\n<\/div>\n<p><a href='http:\/\/cuepacs.blogspot.com\/2014\/12\/terengganu-peruntukan-kira-kira-rm20.html'>baca selanjutnya>><\/a><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Bernama8\/12\/2014 KUALA TERENGGANU, 8 Dis (Bernama) &#8212; Kerajaan Terengganu mengumumkan pemberian bonus setengah bulan gaji kepada penjawat awam negeri dengan bayaran minimum sebanyak RM500. Berucap ketika membentangkan Bajet Negeri 2015 pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) ke-13, di Wisma Darul Iman di sini hari ini, Menteri Besar Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman berkata ia sebagai [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":33,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_et_pb_use_builder":"","_et_pb_old_content":"","_et_gb_content_width":"","footnotes":""},"categories":[5],"tags":[],"class_list":["post-209","post","type-post","status-publish","format-standard","hentry","category-dari-cuepacs"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/209","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/wp-json\/wp\/v2\/users\/33"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=209"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/209\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=209"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=209"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=209"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}