{"id":2231,"date":"2018-10-22T12:00:00","date_gmt":"2018-10-22T04:00:00","guid":{"rendered":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/skim-gaji-penjawat-awam-perlu-disemak-cuepacs\/"},"modified":"2018-10-22T12:00:00","modified_gmt":"2018-10-22T04:00:00","slug":"skim-gaji-penjawat-awam-perlu-disemak-cuepacs","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/skim-gaji-penjawat-awam-perlu-disemak-cuepacs\/","title":{"rendered":"Skim gaji penjawat awam perlu disemak &#8211; CUEPACS"},"content":{"rendered":"<div dir=\"ltr\" style=\"text-align: left\">Berita Harian<br \/>22\/10\/2018<\/p>\n<p><\/p>\n<div class=\"selectionShareable\">KUALA LUMPUR: Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) merayu kerajaan menyemak semula gaji minimum dan insentif kenaikan gaji tahunan (KGT) bagi penjawat awam, khususnya kumpulan berpendapatan rendah.<\/div>\n<div class=\"selectionShareable\"><\/div>\n<div class=\"selectionShareable\">Ini kerana 70 peratus daripada kumpulan berpendapatan rendah masih belum mampu memiliki rumah sendiri.<\/div>\n<p><\/p>\n<section class=\"block block-bh-googledfp clearfix\" id=\"block-bh-googledfp-island-400x200\">\n<div class=\"inner-block-wrapper\">\n<div class=\"block-content\"><\/div>\n<\/div>\n<\/section>\n<p><\/p>\n<div class=\"selectionShareable\"><\/div>\n<div class=\"selectionShareable\">Presidennya, Datuk Azih Muda, berkata kelompok berkenaan sukar membuat simpanan bagi tujuan memiliki kediaman berikutan peningkatan harga barangan keperluan asas yang tidak sejajar dengan gaji.<\/div>\n<div class=\"selectionShareable\"><\/div>\n<div class=\"selectionShareable\">Beliau berkata dengan gaji kurang daripada RM5,000 mereka hanya mampu memiliki rumah berharga bawah RM150,000.<\/div>\n<div class=\"selectionShareable\"><\/div>\n<div class=\"selectionShareable\">Bagaimanapun, katanya rumah pada harga berkenaan sukar dimiliki di kawasan bandar.<\/div>\n<div class=\"selectionShareable\"><\/div>\n<div class=\"selectionShareable\">\u201cKerajaan perlu semak semula gaji kerana kos sara hidup yang tinggi termasuk harga barangan makanan dan minuman meningkat, menyukarkan lagi kehidupan mereka, lebih-lebih lagi dalam kalangan penjawat awam yang mempunyai pasangan tidak bekerja.<\/div>\n<div class=\"selectionShareable\"><\/div>\n<div class=\"selectionShareable\">\u201cKenaikan kos sara hidup melangkaui peningkatan gaji tahunan penjawat awam, sekali gus menyaksikan perjalanan kehidupan mereka dibelenggu pelbagai kekangan kewangan.<\/div>\n<div class=\"selectionShareable\">\u201cKerajaan juga seharusnya memantau kenaikan harga barangan yang dilihat semakin membebankan rakyat,\u201d katanya.<\/div>\n<div class=\"selectionShareable\"><\/div>\n<div class=\"selectionShareable\">Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Liew Vui Keong di Parlimen pagi tadi mengenai kira-kira 76 peratus daripada lebih 1.1 juta kakitangan awam dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) mendapat gaji kurang daripada RM5,000.<\/div>\n<div class=\"selectionShareable\"><\/div>\n<div class=\"selectionShareable\">Azih berkata, sehingga 30 Jun lalu, seramai 1,146,222 penjawat awam sedang berkhidmat dengan kerajaan dan daripada jumlah itu seramai 866,270 tergolong dalam kumpulan gaji bawah RM5,000.<\/div>\n<div class=\"selectionShareable\"><\/div>\n<div class=\"selectionShareable\">Sehubungan itu beliau memohon pertimbangan kerajaan menyediakan lebih banyak rumah mampu milik bernilai bawah RM150,000 bagi membolehkan kelompok itu memiliki rumah pertama mereka.<\/div>\n<p><b><\/b><i><\/i><u><\/u><sub><\/sub><sup><\/sup><strike><\/strike><\/div>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Berita Harian22\/10\/2018 KUALA LUMPUR: Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) merayu kerajaan menyemak semula gaji minimum dan insentif kenaikan gaji tahunan (KGT) bagi penjawat awam, khususnya kumpulan berpendapatan rendah. Ini kerana 70 peratus daripada kumpulan berpendapatan rendah masih belum mampu memiliki rumah sendiri. Presidennya, Datuk Azih Muda, berkata kelompok berkenaan sukar membuat simpanan bagi [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":268,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_et_pb_use_builder":"","_et_pb_old_content":"","_et_gb_content_width":"","footnotes":""},"categories":[5],"tags":[],"class_list":["post-2231","post","type-post","status-publish","format-standard","hentry","category-dari-cuepacs"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/2231","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/wp-json\/wp\/v2\/users\/268"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=2231"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/2231\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=2231"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=2231"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=2231"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}