{"id":303,"date":"2015-02-27T04:32:00","date_gmt":"2015-02-27T12:32:00","guid":{"rendered":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/cuepacs-tidak-setuju-cadangan-pengasingan-klinik-dan-farmasi\/"},"modified":"2015-02-27T04:32:00","modified_gmt":"2015-02-27T12:32:00","slug":"cuepacs-tidak-setuju-cadangan-pengasingan-klinik-dan-farmasi","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/cuepacs-tidak-setuju-cadangan-pengasingan-klinik-dan-farmasi\/","title":{"rendered":"CUEPACS TIDAK SETUJU CADANGAN PENGASINGAN KLINIK DAN FARMASI"},"content":{"rendered":"<div dir=\"ltr\" style=\"text-align: left\">\n<div style=\"text-align: justify\"><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><span style=\"font-size: x-small\">Bernama<br \/>26\/2\/2015<\/span><\/span><\/div>\n<div style=\"text-align: justify\"><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><br \/><\/span><\/div>\n<div style=\"text-align: justify\"><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><br \/><\/span><\/div>\n<div style=\"text-align: justify\"><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><br \/><\/span><\/div>\n<div style=\"text-align: justify\"><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\">         KLANG, 26 Feb  (Bernama) &#8212; Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam  Perkhidmatan Awam (CUEPACS membantah cadangan kerajaan untuk  mengasingkan fungsi klinik dan farmasi kerana ia dilihat akan  meningkatkan kos perubatan.<\/p>\n<p> Presidennya Datuk Azih Muda berkata pengasingan itu dilihat akan  memberi bebanan kepada rakyat termasuk penjawat awam kerana mereka  terpaksa menampung kos perubatan yang mahal.<\/p>\n<p> &#8220;Ekonomi rakyat termasuk dalam kalangan penjawat awam belum  mantap&#8230;bila adanya pengasingan, mereka terpaksa membayar caj  konsultasi doktor dan kemudian terpaksa pula bergegas ke farmasi untuk  membeli ubat&#8230;bukankah ini melibatkan banyak kos?,&#8221;<\/p>\n<p> &#8220;Sebab itu kita tidak bersetuju sekiranya kerajaan mahu melaksanakan  dasar pengasingan antara klinik dan farmasi ini&#8230;kita sebagai rakyat  juga tidak mahu wujud sebarang masalah di kemudian hari,&#8221; katanya pada  sidang media berkaitan  isu itu di sini, Khamis.<\/p>\n<p> Beliau berkata kerajaan seharusnya mengekalkan kaedah sedia ada dengan  menempatkan farmasi di dalam klinik bagi memudahkan rakyat terutamanya  mereka yang berhadapan dengan penyakit kronik mendapatkan rawatan.<\/p>\n<p> Jelasnya, langkah itu bukan sahaja menjimatkan masa malahan mengurangkan kos perubatan yang terpaksa ditanggung pesakit.<\/p>\n<p> Jumaat lepas, Kelab Doktor-doktor Malaysia yang menaungi lebih 8,000  doktor klinik swasta dan badan bukan kerajaan dalam bidang perubatan  telah mengemukakan bantahan terhadap cadangan untuk mengasingkan fungsi  klinik dan farmasi.<\/p>\n<p> Bantahan itu dibuat berikutan kerajaan sedang meneliti untuk  melaksanakan cadangan pengasingan fungsi klinik dan farmasi yang  dijangka dibentangkan di Dewan Rakyat pada Mac ini.<\/p>\n<p> Sementara itu, Azih berkata CUEPACS memohon kerajaan untuk memperhalusi  cadangan penambahbaikan 252 skim perkhidmatan penjawat awam bagi  membantu mereka menangani kos sara hidup yang semakin meningkat.<\/p>\n<p> Beliau berkata perkara itu perlu diteliti berikutan pendapatan penjawat  awam terutama bagi mereka yang menyandang jawatan gred U11 masih  rendah.<\/p>\n<p> &#8220;Kita tidak mahu lagi ada penjawat awam yang masih memegang gred ini  kerana dengan tangga gaji maksimum RM2,600 mereka tidak mampu menampung  sara hidup yang lebih besar pada masa kini termasuk tidak mampu untuk  membeli rumah.<\/p>\n<p> &#8220;Kita mahu skim perkhidmatan penjawat awam betul-betul memberi manfaat  kepada penjawat awam supaya tidak timbul perasaan tidak puas hati dalam  kalangan mereka,&#8221; katanya.<\/p>\n<p>&#8212; BERNAMA<\/span><\/div>\n<\/div>\n<p><a href='http:\/\/cuepacs.blogspot.com\/2015\/02\/cuepacs-tidak-setuju-cadangan.html'>baca selanjutnya&gt;&gt;<\/a><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Bernama26\/2\/2015 KLANG, 26 Feb (Bernama) &#8212; Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS membantah cadangan kerajaan untuk mengasingkan fungsi klinik dan farmasi kerana ia dilihat akan meningkatkan kos perubatan. Presidennya Datuk Azih Muda berkata pengasingan itu dilihat akan memberi bebanan kepada rakyat termasuk penjawat awam kerana mereka terpaksa menampung kos perubatan yang mahal. &#8220;Ekonomi [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":268,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_et_pb_use_builder":"","_et_pb_old_content":"","_et_gb_content_width":"","footnotes":""},"categories":[5],"tags":[],"class_list":["post-303","post","type-post","status-publish","format-standard","hentry","category-dari-cuepacs"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/303","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/wp-json\/wp\/v2\/users\/268"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=303"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/303\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=303"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=303"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=303"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}