{"id":308,"date":"2015-03-05T09:33:00","date_gmt":"2015-03-05T17:33:00","guid":{"rendered":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/ramai-bimbang-gejala-berubat-sendiri\/"},"modified":"2015-03-05T09:33:00","modified_gmt":"2015-03-05T17:33:00","slug":"ramai-bimbang-gejala-berubat-sendiri","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/ramai-bimbang-gejala-berubat-sendiri\/","title":{"rendered":"RAMAI BIMBANG GEJALA &quot;BERUBAT SENDIRI&quot;"},"content":{"rendered":"<div dir=\"ltr\" style=\"text-align: left\"><span style=\"font-size: x-small\">Sinar Harian<br \/>5\/3\/2015<\/span><\/p>\n<p><\/p>\n<div class=\"articleBody\">\n<div id=\"img-article\">\n<ul>\n<li class=\"current\" style=\"clear: right;float: right;margin-bottom: 1em;margin-left: 1em\">                                                       <img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" alt=\"Ramai bimbang gejala 'berubat sendiri'\" height=\"300\" src=\"http:\/\/www.sinarharian.com.my\/polopoly_fs\/1.365446.1425521506%21\/image\/image.jpg_gen\/derivatives\/landscape_490\/image.jpg\" title=\"\" width=\"400\" \/>                                                      <\/li>\n<\/ul>\n<\/div>\n<div>\n<div style=\"text-align: justify\"> <span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\">BAGAN SERAI &#8211; Perlaksanaan sistem pengasingan fungsi klinik dan farmasi  di negara ini tidak sesuai dilaksanakan buat masa ini kerana dibimbangi  akan menyebabkan gejala self medication atau \u2018berubat sendiri\u2019 dalam  kalangan rakyat.<\/p>\n<p> Ahli Parlimen Bagan Serai, Dr Noor Azmi Ghazali berkata, kebimbangan  kemungkinan berlaku gejala merawat sendiri penyakit dihidapi pesakit di  negara ini, amat tinggi berikutan langkah \u2018doktor diagnosis, farmasi  beri ubat\u2019 dijangka akan meningkatkan lagi kos rawatan dan perubatan.<\/p>\n<p> \u201cApabila sistem dispensary separation (DS) atau pengasingan fungsi  klinik dan farmasi diperkenal, ia pasti akan menekan golongan rakyat  yang terpaksa menanggung caj konsultasi rawatan dan pembelian ubat yang  lebih tinggi.<\/p>\n<p> \u201cIni kerana pelaksanaan sistem DS akan menyebabkan pengamal perubatan  klinik kenakan caj konsultasi jauh lebih tinggi, pada masa sama farmasi  juga akan meletakkan harga ubat-ubatan dengan lebih tinggi memandangkan  unsur monopoli bakal berlaku di situ,\u201d katanya kepada Sinar Harian.<\/p>\n<p> Dr Noor Azmi berkata, selain membebankan rakyat dari aspek kewangan,  perlaksanaan DS dijangka menyusahkan mereka yang terpaksa berkunjung ke  dua lokasi berasingan kerana konsultasi doktor dan pengambilan ubat.<\/p>\n<p> \u201cBagaimana pula kes kecemasan dan sakit pada waktu tengah malam?  Sekiranya doktor klinik memberikan preskripsi ubat kepada pesakitnya  pada waktu itu, adakah wujud farmasi 24 jam sehari di setiap pekan di  negara ini?<\/p>\n<p> \u201cBagaimana pula dengan farmasi yang tidak mempunyai preskripsi  ubat-ubatan pesakit disarankan doktor? Adakah mereka akan menukar jenis  atau jenama ubat disarankan doktor dengan sewenang-wenangnya kepada  pesakit?<\/p>\n<p> \u201cPaling penting, kita bimbang sistem DS menggantikan sistem pengurusan  rawatan pesakit diamalkan ketika ini menjadi huru-hara dan rakyat  menjadi mangsa pada akhirnya,\u201d katanya.<\/p>\n<p> Beliau berkata, paling dibimbangkan ialah gejala self medication iaitu  pesakit yang mengetahui jenis penyakit dihadapi terus mendapatkan  ubat-ubatan daripada farmasi tanpa perlu mendapatkan konsultasi doktor.<\/p>\n<p> \u201cSebagai contoh, apabila seorang pesakit menghidapi batuk, dia akan  mengambil langkah self medication dengan terus membeli ubat batuk dan  antibiotik daripada farmasi tanpa mengenal pasti jumlah dos tepat  diperlukan.<\/p>\n<p> \u201cApabila senario sebegini berlaku terutama melibatkan penyalahgunaan  dan salah arahan kaedah pengambilan steroid dan antibiotik dalam  kalangan pesakit, saya bimbang wujud fenomena rintangan antibiotik dan  seterusnya menyebabkan jangkitan penyakit sekunder kepada pesakit,\u201d  katanya.<\/p>\n<p> Dr Noor Azmi berkata, perlaksanaan sistem DS sudah dilakukan di  negara-negara maju seperti United Kingdom dan Amerika Syarikat, selain  beberapa negara yang belum maju seperti Filipina dan Indonesia turut  melaksanakannya.<\/p>\n<p> Bagaimanapun katanya, berdasarkan sumber diterima, sistem DS bukan  sahaja gagal di kedua-dua negara Asia itu, malah menyebabkan fenomena  lambakan pesakit di klinik dan hospital kerajaan.<\/p>\n<p> Katanya, apabila klinik dan hospital kerajaan dipenuhi pesakit yang  rata-rata rakyat berpendapatan sederhana dan rendah, maka kerajaan  terpaksa menambah bajet negara dalam bidang kesihatan.<\/p>\n<p> \u201cAkhirnya, saya bimbang perlaksanaan DS buat masa ini berkemungkinan  akan memberi bebanan kewangan kepada kerajaan sekiranya tidak dikaji  kesannya secara menyeluruh,\u201d katanya.<\/p>\n<p> Beliau memberi bayangan modul DS berkemungkinan membunuh industri pengusaha farmasi berskala kecil dan sederhana di negara ini.<\/p>\n<p> Menurutnya, kerajaan disaran menganjurkan dialog melibatkan kesemua  pihak terlibat dalam isu ini termasuklah golongan pengusaha farmasi dan  pengamal perubatan bagi membincangkan kesan DS.<\/p>\n<p> Sementara itu, Ahli Parlimen Kampar, Dr Ko Chung Sen berkata, cadangan  mengasingkan fungsi klinik dan farmasi belum sesuai dilaksanakan kerana  farmasi sedia ada tidak mencukupi.<\/p>\n<p> Menurutnya, kebanyakan klinik dibuka 24 jam namun farmasi pula ditutup  selepas jam enam petang, jadi perkara ini akan menimbulkan masalah  kepada pesakit.<br \/> \u201cSekarang apabila kita ke klinik, selepas mendapat nasihat doktor kita  akan ambil ubat sekali tetapi bila cadangan ini dilaksanakan ia akan  menyebabkan pesakit terpaksa tunggu esok untuk mendapatkan ubat  sekiranya dia ke klinik pada waktu malam,\u201d katanya.<\/p>\n<p> Beliau berkata, hanya ahli farmasi berkelayakan boleh beri ubat kepada pesakit.<br \/> \u201cDaripada pengalaman saya, ketika Tahun Baharu Cina beberapa tahun  lalu, anak saya ada alahan, kami ke farmasi untuk membeli ubat, namun  tidak dapat berbuat demikian kerana tiada ahli farmasi.<\/p>\n<p> \u201cWalaupun saya dan isteri doktor dan tahu ubat apa yang boleh diberikan  tetapi ubat itu tidak boleh dijual tanpa pengesahan ahli farmasi,\u201d  katanya.<\/p>\n<p> Ahli Parlimen Gopeng, Dr Lee Boon Chye pula berpandangan, pengasingan dispensari akan menyebabkan kos rawatan meningkat.<\/p>\n<p> Boon Chye berkata, apabila doktor memberikan ubat dia boleh memberikan  preskripsi dengan tepat tentang sesuatu ubat kepada pesakit.<\/p>\n<p> \u201cMisalnya, Panadol, ia boleh digunakan untuk demam, sakit tulang  belakang dan lain-lain, doktor akan terangkan satu per satu termasuk  bila dan bagaimana untuk makan ubat tersebut tetapi sebaliknya jika di  farmasi,\u201d katanya.<\/p>\n<p> Exco Kesihatan, Pengangkutan Awam, Hal Ehwal Bukan Islam, Integrasi  Nasional dan Kampung Baharu Perak, Datuk Dr Mah Hang Soon berkata,  kajian terperinci perlu dilakukan sebelum sebarang keputusan dibuat.<\/p>\n<p> Hang Soon berkata, kajian mendalam perlu dilakukan sama ada ia  membebankan orang ramai atau tidak dari segi kos dan kemudahan untuk  rawatan.<\/span><\/div>\n<\/div>\n<\/div>\n<\/div>\n<p><a href='http:\/\/cuepacs.blogspot.com\/2015\/03\/ramai-bimbang-gejala-berubat-sendiri.html'>baca selanjutnya&gt;&gt;<\/a><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Sinar Harian5\/3\/2015 BAGAN SERAI &#8211; Perlaksanaan sistem pengasingan fungsi klinik dan farmasi di negara ini tidak sesuai dilaksanakan buat masa ini kerana dibimbangi akan menyebabkan gejala self medication atau \u2018berubat sendiri\u2019 dalam kalangan rakyat. Ahli Parlimen Bagan Serai, Dr Noor Azmi Ghazali berkata, kebimbangan kemungkinan berlaku gejala merawat sendiri penyakit dihidapi pesakit di negara ini, [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":268,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_et_pb_use_builder":"","_et_pb_old_content":"","_et_gb_content_width":"","footnotes":""},"categories":[5],"tags":[],"class_list":["post-308","post","type-post","status-publish","format-standard","hentry","category-dari-cuepacs"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/308","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/wp-json\/wp\/v2\/users\/268"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=308"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/308\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=308"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=308"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=308"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}