{"id":311,"date":"2015-03-06T02:04:00","date_gmt":"2015-03-06T10:04:00","guid":{"rendered":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/cuepacs-tidak-akan-bela-penjawat-awam-buat-kesalahan\/"},"modified":"2015-03-06T02:04:00","modified_gmt":"2015-03-06T10:04:00","slug":"cuepacs-tidak-akan-bela-penjawat-awam-buat-kesalahan","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/cuepacs-tidak-akan-bela-penjawat-awam-buat-kesalahan\/","title":{"rendered":"CUEPACS TIDAK AKAN BELA PENJAWAT AWAM BUAT KESALAHAN"},"content":{"rendered":"<div dir=\"ltr\" style=\"text-align: left\">\n<div style=\"text-align: justify\"><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><span style=\"font-size: x-small\">Bernama<br \/>5\/3\/2015<\/span><br \/><\/span>      <\/div>\n<div style=\"text-align: justify\"><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><br \/><\/span><\/div>\n<div class=\"NewsText\" style=\"text-align: justify\"><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\">  KUALA LUMPUR, 5 Mac  (Bernama) &#8212; Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di  Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) tidak akan membela mana-mana penjawat  awam yang didapati bersalah kerana melakukan kesalahan serius yang boleh  menggugat keselamatan negara.<\/span><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><br \/> Timbalan Presiden II Mohd Shaman Jaes menyifatkan penahanan beberapa  individu, yang merupakan penjawat awam, menunjukkan pihak berkuasa tegas  menguatkuasakan undang-undang tanpa mengira siapa.<\/span><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><br \/> Beliau mengulas penahanan seorang penjawat awam berusia 39 tahun kerana  terlibat dengan kegiatan militan IS serta penahanan 25 pegawai polis  oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu  siasatan kes berkaitan melindungi aktiviti penyeludupan dan penjualan  minyak petrol dan diesel secara haram di sempadan Malaysia-Thailand,  baru-baru ini.<\/span><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><br \/> &#8220;Kita rasa sedikit terkilan kerana masih ada lagi penjawat awam yang  terlibat dengan perkara-perkara sebegini&#8230; Pada saya ini soal tidak  amanah.<\/span><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><br \/> &#8220;CUEPACS menyeru semua penjawat awam supaya tidak terlibat dengan  apa-apa pertubuhan atau perkara yang haram di sisi undang-undang negara.  Dalam program CUEPACS seterusnya, kita akan menitikberatkan lagi soal  disiplin,&#8221; katanya ketika dihubungi Bernama pada Khamis.<\/span><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><br \/> Mohd Shaman berkata penahanan penjawat awam berkenaan tidak akan   menjejaskan aspirasi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang  mahu perkhidmatan awam peneraju pembangunan negara.<\/span><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><br \/> Pada Ogos tahun lepas, Najib menggariskan empat nilai iaitu kesetiaan,  dedikasi, kompetensi dan integriti yang perlu dimiliki penjawat awam  sebagai tulang belakang pembangunan negara.<\/span><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><br \/> Mohd Shaman berkata adalah tidak adil untuk menghakimi keseluruhan penjawat awam hanya kerana perbuatan segelintir daripadanya.<\/span><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><br \/> &#8220;Pada saya ini soal kesalahan individu dan jika mereka bersalah, mereka akan terima akibatnya,&#8221; katanya.<\/span><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><br \/> &#8212; BERNAMA   <\/span><\/div>\n<p><\/div>\n<p><a href='http:\/\/cuepacs.blogspot.com\/2015\/03\/cuepacs-tidak-akan-bela-penjawat-awam.html'>baca selanjutnya&gt;&gt;<\/a><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Bernama5\/3\/2015 KUALA LUMPUR, 5 Mac (Bernama) &#8212; Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) tidak akan membela mana-mana penjawat awam yang didapati bersalah kerana melakukan kesalahan serius yang boleh menggugat keselamatan negara. Timbalan Presiden II Mohd Shaman Jaes menyifatkan penahanan beberapa individu, yang merupakan penjawat awam, menunjukkan pihak berkuasa tegas menguatkuasakan undang-undang tanpa mengira [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":268,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_et_pb_use_builder":"","_et_pb_old_content":"","_et_gb_content_width":"","footnotes":""},"categories":[5],"tags":[],"class_list":["post-311","post","type-post","status-publish","format-standard","hentry","category-dari-cuepacs"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/311","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/wp-json\/wp\/v2\/users\/268"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=311"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/311\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=311"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=311"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=311"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}