{"id":313,"date":"2015-03-08T02:16:00","date_gmt":"2015-03-08T10:16:00","guid":{"rendered":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/cuepacs-minta-kerajaan-pertimbang-umur-bersara-daripada-60-kepada-62-tahun\/"},"modified":"2015-03-08T02:16:00","modified_gmt":"2015-03-08T10:16:00","slug":"cuepacs-minta-kerajaan-pertimbang-umur-bersara-daripada-60-kepada-62-tahun","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/cuepacs-minta-kerajaan-pertimbang-umur-bersara-daripada-60-kepada-62-tahun\/","title":{"rendered":"CUEPACS MINTA KERAJAAN PERTIMBANG UMUR BERSARA DARIPADA 60 KEPADA 62 TAHUN"},"content":{"rendered":"<div dir=\"ltr\" style=\"text-align: left\">\n<div style=\"text-align: justify\"><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><span style=\"font-size: x-small\">Bernama <br \/>7\/7\/2015  <\/span><\/span><\/div>\n<div style=\"text-align: justify\"><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><br \/><\/span><\/div>\n<div style=\"text-align: justify\"><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><br \/><\/span><\/div>\n<div style=\"text-align: justify\"><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><br \/><\/span><\/div>\n<div style=\"text-align: justify\"><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\">KEMAMAN, 7 Mac (Bernama) &#8212; Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam  Perkhidmatan Awam (Cuepacs) meminta kerajaan supaya membuat pertimbangan  bagi melanjutkan umur persaraan penjawat awam daripada 60 tahun kepada  62 tahun.<\/span><\/div>\n<div style=\"text-align: justify\"><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><br \/><\/span><\/div>\n<div style=\"text-align: justify\"><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\">Presidennya, Datuk Azih Muda berkata kebanyakan negara melanjutkan usia  persaraan kepada 65 tahun seperti Thailand, Singapura, Sri Lanka,  negara Eropah serta Amerika Syarikat dan kita sebagai negara, yang  menuju negara maju harus mengambil langkah sama.<\/span><\/div>\n<div style=\"text-align: justify\"><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><br \/><\/span><\/div>\n<div style=\"text-align: justify\"><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\">&#8220;Pertimbangan umur persaraan perlu dibuat, berikutan ekonomi negara yang tidak menentu dalam menuju negara maju.<\/span><\/div>\n<div style=\"text-align: justify\"><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><br \/><\/span><\/div>\n<div style=\"text-align: justify\"><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\">&#8220;Selain itu, kerajaan menanggung kos yang tinggi untuk melahirkan  pegawai yang berpengalaman dan mempunyai kepakaran&#8230;seperti pensyarah,  kebanyakan mereka pada usia 55 hingga 56 baru mendapat Ijazah  Kedoktoran(PhD), jadi takkan dah beribu-ribu habis buat PhD, baru  berkhidmat lima tahun sudah nak pencen?,&#8221; katanya.<\/span><\/div>\n<div style=\"text-align: justify\"><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><br \/><\/span><\/div>\n<div style=\"text-align: justify\"><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\">Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Misi  Bantuan Bencana Banjir 2015 anjuran Cuepacs dan Angkasa yang turut  dihadiri Setiausaha Perhubungan Angkasa Terengganu, Mohamed Yusoff serta  Pengerusi Cuepacs Terengganu, Muhamad Maliki Idris di sini hari ini.<\/span><\/div>\n<div style=\"text-align: justify\"><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><br \/><\/span><\/div>\n<div style=\"text-align: justify\"><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\">Azih berkata, pelaksanaan usia persaraan 62 tahun harus diberi  pertimbangan bagi penjawat awam yang melepasi tapisan tertentu seperti  mempunyai tahap kesihatan yang baik serta masih berminat untuk  menyumbang kepakaran tenaga kerja.<\/span><\/div>\n<div style=\"text-align: justify\"><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><br \/><\/span><\/div>\n<div style=\"text-align: justify\"><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\">&#8220;Kerajaan juga menanggung kos yang tinggi setiap tahun untuk bayaran  pencen kira-kira 70,000 penjawat awam dan kalau umur pencen dilanjutkan,  mungkin pengaliran keluar wang tidak terlalu tinggi selepas ini.<\/span><\/div>\n<div style=\"text-align: justify\"><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><br \/><\/span><\/div>\n<div style=\"text-align: justify\"><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\">&#8220;Mengenai peluang pekerjaan untuk anak muda, sebenarnya walaupun usia  pencen dilanjutkan, peluang untuk anak muda masih ada dan tiada sekatan  sebab ada penjawat awam yang pencen disebabkan persaraan wajib,  persaraan pilihan serta kekosongan jawatan disebabkan kematian.<\/span><\/div>\n<div style=\"text-align: justify\"><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><br \/><\/span><\/div>\n<div style=\"text-align: justify\"><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\">Dalam pada itu, Azih berharap kerajaan tidak akan menamatkan  perkhidmatan kira-kira 70,000 penjawat awam yang dilantik secara  kontrak, bermula pada 31 Dis ini.<\/span><\/div>\n<div style=\"text-align: justify\"><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><br \/><\/span><\/div>\n<div style=\"text-align: justify\"><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\">Beliau yang agak terkilan berkata adalah tidak wajar bagi kerajaan  menamatkan kontrak pekerja ini kerana mereka juga mempunyai tanggungan  untuk meneruskan hidup dengan ekonomi negara pada masa kini yang tidak  menentu.<\/span><\/div>\n<div style=\"text-align: justify\"><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><br \/><\/span><\/div>\n<div style=\"text-align: justify\"><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\">&#8220;Sekurang-kurangnya kerajaan perlu beri mereka peluang bekerja dan  bukannya menutup peluang mereka dan golongan ini merupakan &#8216;lidah  kerajaan&#8217; sebenarnya,&#8221; katanya.<\/span><\/div>\n<div style=\"text-align: justify\"><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><br \/><\/span><\/div>\n<div style=\"text-align: justify\"><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\">&#8212; BERNAMA<\/span><\/div>\n<\/div>\n<p><a href='http:\/\/cuepacs.blogspot.com\/2015\/03\/cuepacs-minta-kerajaan-pertimbang-umur.html'>baca selanjutnya&gt;&gt;<\/a><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Bernama 7\/7\/2015 KEMAMAN, 7 Mac (Bernama) &#8212; Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) meminta kerajaan supaya membuat pertimbangan bagi melanjutkan umur persaraan penjawat awam daripada 60 tahun kepada 62 tahun. Presidennya, Datuk Azih Muda berkata kebanyakan negara melanjutkan usia persaraan kepada 65 tahun seperti Thailand, Singapura, Sri Lanka, negara Eropah serta Amerika Syarikat dan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":268,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_et_pb_use_builder":"","_et_pb_old_content":"","_et_gb_content_width":"","footnotes":""},"categories":[5],"tags":[],"class_list":["post-313","post","type-post","status-publish","format-standard","hentry","category-dari-cuepacs"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/313","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/wp-json\/wp\/v2\/users\/268"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=313"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/313\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=313"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=313"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=313"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}