{"id":319,"date":"2015-03-15T11:30:00","date_gmt":"2015-03-15T19:30:00","guid":{"rendered":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/cuepacs-perlu-beri-cadangan-rasional\/"},"modified":"2015-03-15T11:30:00","modified_gmt":"2015-03-15T19:30:00","slug":"cuepacs-perlu-beri-cadangan-rasional","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/cuepacs-perlu-beri-cadangan-rasional\/","title":{"rendered":"CUEPACS PERLU BERI CADANGAN RASIONAL"},"content":{"rendered":"<div dir=\"ltr\" style=\"text-align: left\">\n<div style=\"text-align: justify\"><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><span style=\"font-size: x-small\">Sinar Harian <\/span><\/span><\/div>\n<div style=\"text-align: justify\"><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><span style=\"font-size: x-small\">14 Mac 2015<\/span><\/span><\/div>\n<div style=\"text-align: justify\"><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><br \/><\/span><\/div>\n<div style=\"text-align: justify\"><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\">KUALA TERENGGANU \u2013 Kongres Kesatuan Pekerja dalam Perkhidmatan Awam  (Cuepacs) dinasihatkan supaya memberi cadangan yang lebih membina dan  wajar dalam usaha memastikan kakitangan kerajaan lebih proaktif dalam  membantu sektor awam berhadapan cabaran menuju negara maju.<\/span> <span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><br \/> Ahli Jawatankuasa Umno Bahagian Kuala Nerus, Amirudin Abd Rashid ketika  mengulas cadangan Cuepacs berhubung umur persaraan penjawat awam  dilanjutkan kepada 62 tahun menyifatkan perkara itu tidak wajar, sambil  menyokong keputusan kerajaan tidak mengekalkan umur persaraan sedia ada.<\/span> <span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><br \/> Beliau berkata, sebarang cadangan perlulah lebih rasional dan  menyifatkan cadangan terbaharu Cuepacs itu secara tidak langsung  menidakkan kekosongan jawatan dan mengekang peluang orang lain untuk  mendapat kenaikan pangkat.<\/span> <span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><br \/> \u201cIni akan membantutkan peluang orang muda untuk bekerja dengan kerajaan.<\/span> <span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><br \/> \u201cTempoh yang semakin panjang untuk bersara ini juga akan menyebabkan  pemikiran mereka lebih lemah. Lagipun orang kita ini ramai yang mengidap  darah tinggi, kencing manis dan sebagainya apabila meningkat usia yang  boleh menyebabkan tugas juga tidak begitu produktif,\u201d katanya.<\/span> <span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><br \/> Sebelum ini, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa berkata,  kerajaan tidak mempunyai rancangan dalam masa terdekat untuk menyambung  umur persaraan kakitangan awam daripada 60 kepada 62 tahun memandangkan  usia persaraan masa kini sudah memadai.<\/span> <span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><br \/> Ia sebagai menjawab cadangan Cuepacs supaya kerajaan mempertimbangkan  umur persaraan kakitangan awam daripada 60 kepada 62 tahun memandangkan  Malaysia sedang menuju ke arah negara maju.<\/span> <span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><br \/> Presidennya, Datuk Azih Muda berkata, ia berikutan negara maju seperti  Singapura, negara-negara Eropah dan Amerika Syarikat melanjutkan umur  persaraan kakitangan awam kepada 65 tahun.<\/span> <span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><br \/> Sementara itu, Amirudin turut mencadangkan kerajaan mengkaji satu  sistem yang membolehkan kakitangan kerajaan bersara lebih awal dengan  memberi imbuhan yang lebih baik.<\/span> <span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><br \/> \u201cKalau diberi imbuhan sepatutnya, mungkin perkara ini juga akan  disambut baik oleh kakitangan kerajaan yang ingin berhenti awal termasuk  mereka yang sakit dan ini akan memberi peluang kepada orang lain untuk  mengisi kekosongan yang ada,\u201d katanya<\/span><\/div>\n<\/div>\n<p><a href='http:\/\/cuepacs.blogspot.com\/2015\/03\/cuepacs-perlu-beri-cadangan-rasional.html'>baca selanjutnya&gt;&gt;<\/a><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Sinar Harian 14 Mac 2015 KUALA TERENGGANU \u2013 Kongres Kesatuan Pekerja dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) dinasihatkan supaya memberi cadangan yang lebih membina dan wajar dalam usaha memastikan kakitangan kerajaan lebih proaktif dalam membantu sektor awam berhadapan cabaran menuju negara maju. Ahli Jawatankuasa Umno Bahagian Kuala Nerus, Amirudin Abd Rashid ketika mengulas cadangan Cuepacs berhubung umur [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":268,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_et_pb_use_builder":"","_et_pb_old_content":"","_et_gb_content_width":"","footnotes":""},"categories":[5],"tags":[],"class_list":["post-319","post","type-post","status-publish","format-standard","hentry","category-dari-cuepacs"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/319","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/wp-json\/wp\/v2\/users\/268"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=319"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/319\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=319"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=319"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=319"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}