{"id":326,"date":"2015-03-21T00:56:00","date_gmt":"2015-03-21T08:56:00","guid":{"rendered":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/326\/"},"modified":"2015-03-21T00:56:00","modified_gmt":"2015-03-21T08:56:00","slug":"326","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/326\/","title":{"rendered":""},"content":{"rendered":"<div dir=\"ltr\" style=\"text-align: left\"><span style=\"font-size: x-small\">Utusan Malaysia<br \/>21\/3\/2015  <\/span><\/p>\n<div style=\"clear: right;float: right;margin-bottom: 1em;margin-left: 1em\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" alt=\"ABDUL FATTAH ABDULLAH (berdiri, tengah) dan Azih Muda (berdiri, \" src=\"http:\/\/www.utusan.com.my\/polopoly_fs\/1.72080.1426954870%21\/image\/image.jpg_gen\/derivatives\/landscape_650\/image.jpg\" height=\"266\" title=\"Photo: primport (BUREAU), License: BUREAU\" width=\"400\" \/><br \/>                    <span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><span style=\"font-size: x-small\">ABDUL  FATTAH ABDULLAH (berdiri, tengah) dan Azih Muda (berdiri, empat dari  kiri) bersama sebahagian penerima bantuan bencana banjir di Dewan Sri  Mentakab, Temerloh, semalam. <\/span><\/span><\/div>\n<p><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><br \/><\/span>     <\/p>\n<div class=\"clearfix\">\n<div class=\"articleLead leadContainer\">\n<div class=\"lead\"><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\">TEMERLOH  21 Mac &#8211;  Sebanyak 600 unit rumah bercampur dilengkapi kemudahan  perabot dan insurans akan dibina di sekitar Putrajaya bagi membantu  penjawat awam memiliki rumah di kawasan pusat pentadbiran negara itu.<\/span><\/div>\n<\/div>\n<div class=\"articleBody\" id=\"articleBody\"><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\">Presiden Angkatan Koperasi Kebangsaan  Malaysia Berhad (Angkasa), Datuk Abdul Fattah Abdullah berkata, projek  perumahan menerusi kerjasama Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam  Perkhidmatan Awam (CUEPACS) itu bertujuan membantu kakitangan awam  mendapat pembelaan sewajarnya, khususnya dalam bidang ekonomi dan  pemilikan rumah.<\/span><br \/><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\">Beliau berkata, satu  mesyuarat khas bersama-sama pemaju akan diadakan pada awal bulan depan  bagi membincangkan prosedur pelaksanaan projek tersebut yang dijangka  memberi faedah kepada semua lapisan penjawat awam.<\/span><br \/><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\">\u201cRumah  yang dibina dijual kepada penjawat awam dengan mengambil kira harga  berpatutan dan mampu dibayar. Projek perumahan ini merupakan satu  langkah murni untuk membantu mereka yang dihimpit dengan isu harga  barangan dan perkhidmatan,\u201d katanya dalam majlis Penyampaian Bantuan  Bencana Banjir 2015 kepada 430 keluarga anjuran Angkasa dan CUEPACS di  Dewan Sri Mentakab di sini hari ini.<\/span><br \/><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\">Yang hadir sama, Presiden CUEPACS, Datuk Azih Muda.<\/span><br \/><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\">Dalam  pada itu, Abdul Fattah menggesa kerajaan memansuhkan syarat lesen  pemajuan perumahan yang dikenakan kepada pemaju termasuk koperasi  sebanyak RM300,000 hingga RM500,000.<\/span><br \/><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\">Menurutnya,  syarat yang dikenakan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan itu  menjadi penghalang kepada koperasi untuk melaksanakan projek perumahan  untuk rakyat.<\/span><br \/><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\">Dalam  perkembangan berkaitan, beliau meminta kerajaan-kerajaan negeri memberi  kelonggaran seperti premium rendah kepada mana-mana koperasi yang  berhajat melaksanakan projek perumahan.<\/span><br \/><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\">\u201cIni  kerana projek perumahan yang dilaksanakan koperasi adalah untuk dijual  kepada ahli dengan harga lebih rendah berbanding yang ditawarkan  swasta,\u201d katanya.<\/span><br \/><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\">Beliau  turut menggesa koperasi-koperasi kecil bergabung menjadi satu entiti,  sekali gus berkeupayaan melaksanakan projek berskala besar seperti  perumahan.<\/span><br \/><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\">Menurutnya lagi, Angkasa juga  merancang membangunkan beberapa bidang tanah miliknya di beberapa negeri  untuk dijadikan projek perumahan bagi menampung permintaan tinggi  penjawat awam.<\/span><br \/><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\">\u201cPada  masa sama, kami akan memohon tanah kosong kerajaan negeri yang sesuai  untuk dibangunkan dengan projek perumahan kerana masih ramai penjawat  awam tidak memiliki tanah sendiri,\u201d katanya.<\/span><\/div>\n<\/div>\n<p><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><br \/><\/span><\/div>\n<p><a href='http:\/\/cuepacs.blogspot.com\/2015\/03\/utusan-malaysia-2132015-abdul-fattah.html'>baca selanjutnya&gt;&gt;<\/a><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Utusan Malaysia21\/3\/2015 ABDUL FATTAH ABDULLAH (berdiri, tengah) dan Azih Muda (berdiri, empat dari kiri) bersama sebahagian penerima bantuan bencana banjir di Dewan Sri Mentakab, Temerloh, semalam. TEMERLOH 21 Mac &#8211; Sebanyak 600 unit rumah bercampur dilengkapi kemudahan perabot dan insurans akan dibina di sekitar Putrajaya bagi membantu penjawat awam memiliki rumah di kawasan pusat pentadbiran [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":268,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_et_pb_use_builder":"","_et_pb_old_content":"","_et_gb_content_width":"","footnotes":""},"categories":[5],"tags":[],"class_list":["post-326","post","type-post","status-publish","format-standard","hentry","category-dari-cuepacs"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/326","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/wp-json\/wp\/v2\/users\/268"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=326"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/326\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=326"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=326"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=326"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}