{"id":339,"date":"2015-04-10T04:59:00","date_gmt":"2015-04-10T12:59:00","guid":{"rendered":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/najib-bawa-perubahan-tingkat-kualiti-penjawat-awam-cuepacs\/"},"modified":"2015-04-10T04:59:00","modified_gmt":"2015-04-10T12:59:00","slug":"najib-bawa-perubahan-tingkat-kualiti-penjawat-awam-cuepacs","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/najib-bawa-perubahan-tingkat-kualiti-penjawat-awam-cuepacs\/","title":{"rendered":"NAJIB BAWA PERUBAHAN TINGKAT KUALITI PENJAWAT AWAM -CUEPACS"},"content":{"rendered":"<div dir=\"ltr\" style=\"text-align: left\">\n<div style=\"text-align: justify\"><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><span style=\"font-size: x-small\">Bernama <\/span><br \/><span style=\"font-size: x-small\">9\/4\/2015<\/span><\/p>\n<p><\/span><\/div>\n<p><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\">      <\/span><\/p>\n<div class=\"NewsText\" style=\"text-align: justify\"><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\">  KUALA LUMPUR, 9 April (Bernama) &#8212; Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di  Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) hari ini menyatakan pendirian untuk  terus menyokong kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.<\/span><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><br \/> Presidenya Datuk Azih Muda berkata Cuepacs memberi sepenuh kepercayaan  kepada Perdana Menteri dalam menerajui negara ke arah yang lebih baik.<\/span><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><br \/> &#8220;Sepanjang tempoh kepimpinannya, perdana menteri telah banyak membawa  perubahan dan transformasi terutamanya untuk meningkatkan kualiti dan  taraf hidup penjawat awam.<\/span><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><br \/> &#8220;Perdana Menteri amat prihatin berkaitan kenaikan kadar gaji dan  aspek-aspek peningkatan taraf perkhidmatan awam, Cuepacs percaya dengan  dasar yang dibawa oleh beliau berada pada landasan yang betul,&#8221; katanya  dalam sidang media di sini.<\/span><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><br \/> Azih juga turut menegaskan pendirian Cuepacs merupakan pendirian dan sokongan daripada semua penjawat awam keseluruhannya.<\/span><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><br \/> &#8220;Oleh itu Cuepacs yakin kepimpinan Perdana Menteri akan dapat membela  nasib golongan berpendapatan rendah dalam usaha menuju negara maju  berpendapatan tinggi,&#8221; katanya.<\/span><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><br \/> Menyentuh mengenai Cukai Barang dan Perkhidmatan (CBP) beliau berkata  kerajaan perlu mempertingkatkan pemantauan dalam pelaksanaannya dengan  pihak penguatkuasa perlu lebih tegas bagi memastikan nasib golongan  berpendapatan rendah dan sederhana terbela.<\/span><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><br \/> &#8220;Pelaksanaan CBP yang dimaklumkan sebelum ini memberi jaminan harga  barangan akan menjadi lebih rendah, tetapi apa yang berlaku sekarang  adalah sebaliknya.<\/span><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><br \/> &#8220;Keadaan ini, membebankan dan menjadi punca masalah kewangan kepada  hampir 1.6 juta ahli kami kerana ada pihak yang mengambil kesempatan  terhadap pelaksanaan CBP ini,&#8221; katanya.<\/span><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><br \/> Oleh itu katanya pihak penguatkuasa perlu menggandakan usaha memantau  pelaksanaan dasar itu melebih 100 peratus serta mengenakan hukuman lebih  berat kepada pihak yang mengambil kesempatan.<\/span><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><br \/> &#8212; BERNAMA <\/span><\/div>\n<\/div>\n<p><a href='http:\/\/cuepacs.blogspot.com\/2015\/04\/najib-bawa-perubahan-tingkat-kualiti.html'>baca selanjutnya&gt;&gt;<\/a><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Bernama 9\/4\/2015 KUALA LUMPUR, 9 April (Bernama) &#8212; Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) hari ini menyatakan pendirian untuk terus menyokong kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Presidenya Datuk Azih Muda berkata Cuepacs memberi sepenuh kepercayaan kepada Perdana Menteri dalam menerajui negara ke arah yang lebih baik. &#8220;Sepanjang tempoh kepimpinannya, perdana [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":268,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_et_pb_use_builder":"","_et_pb_old_content":"","_et_gb_content_width":"","footnotes":""},"categories":[5],"tags":[],"class_list":["post-339","post","type-post","status-publish","format-standard","hentry","category-dari-cuepacs"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/339","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/wp-json\/wp\/v2\/users\/268"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=339"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/339\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=339"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=339"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=339"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}