{"id":344,"date":"2015-04-14T11:14:00","date_gmt":"2015-04-14T19:14:00","guid":{"rendered":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/cuepacs-cadang-beri-pilihan-had-pengeluaran-wang-kepada-pekerja\/"},"modified":"2015-04-14T11:14:00","modified_gmt":"2015-04-14T19:14:00","slug":"cuepacs-cadang-beri-pilihan-had-pengeluaran-wang-kepada-pekerja","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/cuepacs-cadang-beri-pilihan-had-pengeluaran-wang-kepada-pekerja\/","title":{"rendered":"CUEPACS CADANG BERI PILIHAN HAD PENGELUARAN WANG KEPADA PEKERJA"},"content":{"rendered":"<div dir=\"ltr\" style=\"text-align: left\">\n<div style=\"text-align: justify\"><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><span style=\"font-size: x-small\">Bernama<br \/>13\/4\/2015<\/span><\/span><\/div>\n<div style=\"text-align: justify\"><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><br \/><\/span><\/div>\n<p><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\">      <\/span><\/p>\n<div class=\"NewsText\">\n<div style=\"text-align: justify\"><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\">  KUALA LUMPUR, 13 April (Bernama) &#8212; Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja  Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) mencadangkan Kumpulan Wang Simpanan  Pekerja (KWSP) memberi pilihan kepada pekerja berhubung had umur  pengeluaran wang.<\/p>\n<p>Presidennya Datuk Azih Muda berkata pekerja harus diberi pilihan sama  ada mengeluarkan wang simpanan mereka antara umur 55 hingga 60 tahun.<\/p>\n<p>&#8220;KWSP tidak sepatutnya hanya melihat kepentingan wang yang diuruskan  tetapi juga masa depan pekerja negara ini,&#8221; katanya ketika dihubungi  BERNAMA, Isnin.<\/p>\n<p>Beliau ditanya mengenai cadangan KWSP yang sedang menimbang  menyelaraskan umur pengeluaran simpanan persaraan ahlinya hampir kepada  usia persaraan 60 tahun.<\/p>\n<p>Azih yang tidak bersetuju dengan cadangan tersebut berkata bukan semua  pekerja akan bekerja sehingga usia 60 dan mereka juga memerlukan wang  sebagai persediaan bersara pada usia 56, 58 atau 60 tahun.<\/p>\n<p>&#8220;Had umur 55 tahun pada masa kini adalah bersesuaian dan kami harap ia  dapat dikekalkan kepada semua pekerja sektor awam dan swasta.<\/p>\n<p>Katanya, terdapat pelbagai faktor seperti kesihatan, gaya hidup dan  jenis pekerjaan yang menyebabkan seseorang pekerja itu bersara awal  daripada umur 60 tahun.<\/p>\n<p>&#8220;KWSP tidak berhak menahan pesara daripada mengeluarkan wang mereka  lebih awal dan jika pengeluaran wang dibuat pada umur hampir 60, akan  ramai pesara yang sukar menanggung perbelanjaan harian dan  menggunakannya untuk berbagai tujuan,&#8221; katanya.<\/p>\n<p>Bagi seorang bakal pesara, Mohd Jamil Daud, 55, langkah yang diambil  oleh KWSP untuk menambah baik polisi sedia ada demi kepentingan rakyat  amat dihargai namun ia haruslah dikaji semula daripada setiap sudut.<\/p>\n<p>&#8220;Pesara sepatutnya berhak mendapat wang persaraan mereka apabila sudah  bersara bagi memudahkan mereka membiayai kehidupan seharian.<\/p>\n<p>Mohd Jamil mencadangkan pencarum menyertai kursus kewangan dan pelaburan  sebelum usia persaraan sebagai persediaan menguruskan wang simpanan  mereka.<\/p>\n<p>Sementara itu, Majlis Perhubungan Rangkaian Kesatuan Sekerja  Antarabangsa Malaysia (UNI-MLC) memandang serius perkara berkenaan dan  meminta KWSP mengekalkan had pengeluaran wang simpanan sedia ada.<\/p>\n<p>Presidennya, Mohamed Shafie BP Mammal dalam satu kenyataan berkata,  perkara tersebut akan dibangkitkan pada Mesyuarat Persidangan Perwakilan  UNI-MLC pada 25 April depan selain menghantar memorandum kepada Perdana  Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.<\/p>\n<p>&#8220;Situasi ekonomi semasa dan kos sara hidup tinggi menyebabkan rakyat  perlu menguruskan kewangan dengan lebih baik selain mempunyai komitmen  merancang masa depan sebelum bersara,&#8221; katanya.<\/p>\n<p>&#8220;Tempoh pengeluaran wang carumaan yang mahu diselaraskan oleh KWSP juga  agak terlewat dan tidak relevan kerana kebanyakan pekerja pada usia itu  memerlukan wang simpanan untuk pelbagai tujuan seperti perubatan,  menjelaskan pembiayaan kewangan rumah, pendidikan anak-anak dan  menampung kos sara hidup harian.<\/p>\n<p>Katanya, pulangan diberikan KWSP pada ketika ini kepada pencarum adalah  rendah (enam peratus) berbanding institusi lain seperti Amanah Saham  Nasional (ASN), Lembaga Tabung Haji dan FELDA yang memberi dividen lebih  banyak daripada KWSP.<\/p>\n<p>Mohamed Shafie berkata, pihaknya meminta KWSP mengkaji semula cadangan  tersebut sekali gus tidak mengambil tindakan drastik tanpa memikirkan  soal kebajikan pekerja.<\/p>\n<p>Sementara itu di <b>KUALA TERENGGANU<\/b>, Majlis Belia Negeri Terengganu  (MBNT) menyuarakan bantahan terhadap cadangan KWSP untuk  mempertimbangkan penyelarasan umur pengeluaran simpanan pencarum dari 55  tahun kepada 60 tahun.<\/p>\n<p>Pengerusi majlis itu, Zaidi Muda berkata umur 55 tahun adalah masa yang  sangat sesuai para pekerja mengeluarkan simpanan mereka setelah sampai  kepada umur persaraan.<\/p>\n<p>&#8220;Wang ini boleh digunakan untuk menguruskan keluarga pencarum setelah  bersara dan pastinya pendidikan menguruskan kewangan dapat membantu  pesara merancang dengan baik.<\/p>\n<p>KWSP tidak boleh menggunakan pelbagai alasan untuk menghalang pencarum  mengeluarkan simpanan mereka pada usia 55 tahun kerana wang itu adalah  simpanan dan hak pencarum,&#8221; katanya kepada BERNAMA.<\/p>\n<p> Zaidi berkata KWSP adalah antara tabung simpanan persaraan tertua dan  terbesar di dunia dengan aset pelaburan RM636.53 bilion dan pekerja  sangat mengharapkan wang simpanan mereka untuk menikmati usia dengan  baik  selepas persaraan.<\/p>\n<p> &#8220;Jumlah ahli KWSP meningkat setiap tahun dan kini ia mempunyai 14.192  juta ahli dengan 6.659 juta ahli aktif. Ini sekali gus menyaksikan KWSP  menerima caruman yang tinggi dengan mencecah RM4.76 bilion sebulan atau  keseluruhan RM57.17 bilion pada tahun lalu,&#8221; katanya.<\/p>\n<p>&#8211;BERNAMA<\/span><\/div>\n<p><\/div>\n<\/div>\n<p><a href='http:\/\/cuepacs.blogspot.com\/2015\/04\/cuepacs-cadang-beri-pilihan-had.html'>baca selanjutnya&gt;&gt;<\/a><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Bernama13\/4\/2015 KUALA LUMPUR, 13 April (Bernama) &#8212; Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) mencadangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) memberi pilihan kepada pekerja berhubung had umur pengeluaran wang. Presidennya Datuk Azih Muda berkata pekerja harus diberi pilihan sama ada mengeluarkan wang simpanan mereka antara umur 55 hingga 60 tahun. &#8220;KWSP tidak sepatutnya hanya [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":268,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_et_pb_use_builder":"","_et_pb_old_content":"","_et_gb_content_width":"","footnotes":""},"categories":[5],"tags":[],"class_list":["post-344","post","type-post","status-publish","format-standard","hentry","category-dari-cuepacs"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/344","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/wp-json\/wp\/v2\/users\/268"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=344"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/344\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=344"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=344"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=344"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}