{"id":346,"date":"2015-04-17T14:27:00","date_gmt":"2015-04-17T22:27:00","guid":{"rendered":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/tubuh-suruhanjaya-tetap-bagi-semakan-gaji-penjawat-awam-navaratnam\/"},"modified":"2015-04-17T14:27:00","modified_gmt":"2015-04-17T22:27:00","slug":"tubuh-suruhanjaya-tetap-bagi-semakan-gaji-penjawat-awam-navaratnam","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/tubuh-suruhanjaya-tetap-bagi-semakan-gaji-penjawat-awam-navaratnam\/","title":{"rendered":"TUBUH SURUHANJAYA TETAP BAGI SEMAKAN GAJI PENJAWAT AWAM &#8211; NAVARATNAM"},"content":{"rendered":"<div dir=\"ltr\" style=\"text-align: left\">\n<div style=\"text-align: justify\"><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><span style=\"font-size: x-small\">Bernama<br \/>17\/4\/2015<\/span><\/span><\/div>\n<div style=\"text-align: justify\"><\/div>\n<div style=\"text-align: justify\"><\/div>\n<div style=\"text-align: justify\"><\/div>\n<div class=\"NewsText\" style=\"text-align: justify\"><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\">  KUALA LUMPUR, 17 April  (Bernama) &#8212; Suruhanjaya tetap perlu  ditubuhkan bagi membuat semakan gaji dalam perkhidmatan awam setiap lima  tahun, kata Pengerusi Institut Strategi dan Kepimpinan Asia (ASLI) Tan  Sri Ramon Navaratnam.<\/span><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><br \/> Beliau berkata, sudah tiba masanya kerajaan mengkaji semula gaji  penjawat awam terutama mereka yang berpendapatan rendah sambil menambah  kali terakhir semakan gaji dilakukan adalah pada 1991.<\/span><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><br \/> &#8220;Saya yakin terdapat rasa tidak puas hati dan kecewa kerana mereka  bergelut setiap hari untuk meneruskan kehidupan dengan pendapatan rendah  purata antara RM805 dan RM820 sebulan bagi gaji pokok.<\/span><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><br \/> &#8220;Ini malah di bawah garis kemiskinan yang menetapkan pendapatan RM880  sebulan,&#8221; beliau menulis dalam ruangan &#8220;Letters to the Editor&#8221; yang  disiarkan oleh akhbar berbahasa Inggeris, The Star, hari ini.<\/span><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><br \/> Beliau membuat komen itu susulan pendedahan oleh Presiden Cuepacs Datuk  Azih Muda bahawa kira-kira 800,000 penjawat awam memperoleh pendapatan  rendah pada purata RM850 sebulan.<\/span><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><br \/> Beliau berkata gaji rendah telah menjejaskan moral penjawat awam dan bersikap negatif dalam melakukan kerja mereka.<\/span><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><br \/> Navaratnam berkata orang ramai, khususnya pembayar cukai, yang mendakwa  bahawa tidak harus menaikkan gaji walaupun penjawat awam berpendapatan  rendah kerana produktiviti mereka rendah, perlu faham bahawa mungkin  terdapat hubung kait antara gaji rendah dan produktiviti merosot.<\/span><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><br \/> &#8220;Justeru, kerajaan perlu melakukan penambahbaikan bagi kakitangan dalam  perkhidmatan awam, terutama kumpulan berpendapatan rendah dengan  memberi tawaran yang lebih adil,&#8221; katanya.<\/span><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><br \/> Beliau mencadangkan kerajaan menaikkan gaji minimum purata golongan  yang terjejas itu supaya berada di atas garis kemiskinan RM880 sebulan  kepada kira-kira RM1,200 sebulan.<\/span><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><br \/> Pada masa yang sama, beliau juga meminta kerajaan mencapai persetujuan  dengan Cuepacs dan meminta mereka meningkatkan produktiviti,  melaksanakan  disiplin yang lebih ketat dan meningkatkan dedikasi supaya  perkhidmatan awam  dapat memberi perkhidmatan lebih cekap kepada orang  ramai.<\/span><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><br \/> &#8220;Jadi tolong beri tawaran yang lebih baik dengan membayar gaji melepasi  paras kemiskinan kepada penjawat awam yang bergaji rendah. Berikanlah  maruah dan mereka akan respons dengan komitmen yang lebih besar untuk  berkhidmat kepada negara,&#8221; katanya.<\/span><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><br \/> Navaratnam berkata, menaikkan gaji mereka juga akan membantu untuk  mengurangkan ketidaksamarataan dan meningkatkan agihan pendapatan.<\/span><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><br \/> &#8220;Lagipun, anggota Parlimen dengan sebulat suara menyokong bagi kenaikan  gaji lebih tinggi untuk diri mereka. Ini berlaku, walaupun ramai  daripada mereka menunjukkan prestasi yang baik hanya dalam politiking  dan penyebaran skandal dan pada masa yang sama mereka memperoleh  pendaparan daripada sumber lain dan terlepas,&#8221; katanya.<\/span><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><br \/> Beliau berkata secara alternatif, kerajaan perlu menswastakan lebih  banyak perkhidmatan awam dan mendesak bagi produktiviti lebih tinggi  daripada entiti swasta yang perlu bersaing untuk kontrak.<\/span><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><br \/> Beliau menambah ini boleh mengurangkan saiz penjawat awam yang sekarang berjumlah 1.4 juta orang.<\/span><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><br \/> &#8212; BERNAMA <\/span><\/div>\n<\/div>\n<p><a href='http:\/\/cuepacs.blogspot.com\/2015\/04\/tubuh-suruhanjaya-tetap-bagi-semakan.html'>baca selanjutnya&gt;&gt;<\/a><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Bernama17\/4\/2015 KUALA LUMPUR, 17 April (Bernama) &#8212; Suruhanjaya tetap perlu ditubuhkan bagi membuat semakan gaji dalam perkhidmatan awam setiap lima tahun, kata Pengerusi Institut Strategi dan Kepimpinan Asia (ASLI) Tan Sri Ramon Navaratnam. Beliau berkata, sudah tiba masanya kerajaan mengkaji semula gaji penjawat awam terutama mereka yang berpendapatan rendah sambil menambah kali terakhir semakan gaji [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":268,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_et_pb_use_builder":"","_et_pb_old_content":"","_et_gb_content_width":"","footnotes":""},"categories":[5],"tags":[],"class_list":["post-346","post","type-post","status-publish","format-standard","hentry","category-dari-cuepacs"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/346","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/wp-json\/wp\/v2\/users\/268"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=346"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/346\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=346"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=346"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=346"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}