{"id":347,"date":"2015-04-17T14:25:00","date_gmt":"2015-04-17T22:25:00","guid":{"rendered":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/jpa-nafi-lebih-400000-penjawat-awam-terima-gaji-antara-rm805-dan-rm820\/"},"modified":"2015-04-17T14:25:00","modified_gmt":"2015-04-17T22:25:00","slug":"jpa-nafi-lebih-400000-penjawat-awam-terima-gaji-antara-rm805-dan-rm820","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/jpa-nafi-lebih-400000-penjawat-awam-terima-gaji-antara-rm805-dan-rm820\/","title":{"rendered":"JPA NAFI LEBIH 400,000 PENJAWAT AWAM TERIMA GAJI ANTARA RM805 DAN RM820"},"content":{"rendered":"<div dir=\"ltr\" style=\"text-align: left\">\n<div style=\"text-align: justify\"><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><span style=\"font-size: x-small\">Bernama<br \/>17\/4\/2015<\/span><\/span><\/div>\n<div style=\"text-align: justify\"><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><br \/><\/span><\/div>\n<div style=\"text-align: justify\"><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><br \/><\/span><\/div>\n<div style=\"text-align: justify\"><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><br \/><\/span><\/div>\n<div style=\"text-align: justify\"><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\">         KUALA LUMPUR, 17 April  (Bernama) &#8212; Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)  hari ini menafikan terdapat 400,000 hingga 800,000 penjawat awam  daripada Kumpulan Pelaksana yang masih menerima gaji antara RM805 hingga  RM820 sebulan.<\/p>\n<p> JPA dalam kenyataan hari ini berkata gaji terendah dalam Perkhidmatan Awam ialah bagi gred 11 iaitu antara RM832 hingga RM850.<\/p>\n<p> Menurut kenyataan itu, jumlah pendapatan keseluruhan untuk kelompok  berkenaan yang meliputi gaji dan elaun adalah antara RM1,257 dan  RM1,275.<\/p>\n<p> &#8220;Menurut rekod rasmi kerajaan, jumlah penjawat awam yang menerima gaji RM850 ke bawah ialah seramai 3,072 orang,&#8221; katanya.<\/p>\n<p> Semalam, Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam  Perkhidmatan Awam (CUEPACS) Datuk Azih Muda dilaporkan berkata terdapat  400,000 penjawat awam di negara ini masih menerima gaji serendah RM805  sebulan.<\/p>\n<p> Azih berkata mereka yang menerima gaji seperti itu kebanyakannya  terdiri daripada pembantu am dan pemandu yang masuk ke perkhidmatan awam  menggunakan kelayakan Penilaian Menengah Rendah (PMR).<\/p>\n<p> Sementara itu, Azih ketika dihubungi Bernama berkata gaji antara RM832  hingga RM850 itu masih dikira berada di bawah garis kemiskinan dalam  situasi peningkatan kos sara hidup pada masa ini.<\/p>\n<p> &#8220;Sekarang kita bercakap pasal gaji pokok bukannya ambil kira soal  campur dengan elaun perumahan, elaun khidmat awam dan elaun sara hidup.  Elaun bukan pendapatan sebenar&#8230;macam mana penjawat awam yang dapat  kuarters kerajaan, sudah tentu elaun perumahan kena tarik balik, tidak  dapat,&#8221; katanya.<\/p>\n<p> Sehubungan itu, beliau mengulangi tuntutan CUEPACS supaya kerajaan  menaikkan gaji penjawat awam dalam kelompok gaji terendah  sekurang-kurangnya 35 peratus atau menetapkan RM1,200 sebulan sebagai  gaji minimum mereka.<\/p>\n<p> Azih berkata peningkatan gaji boleh menjadi pendorong kepada penjawat  awam meningkatkan produktiviti kerja dan menunjukkan prestasi yang baik  sekaligus mewujudkan modal insan bersikap positif.<\/p>\n<p> &#8220;Makan kena cukup dan hidup selesa. Lagi pula dengan gaji pokok RM800  lebih sebulan ini mampukah mereka hendak beli rumah yang berharga  RM150,000 di bawah PPA1M (Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia)?.  Jawapannya memang tidak mampu,&#8221; katanya.<\/p>\n<p> &#8212; BERNAMA<\/span><\/div>\n<\/div>\n<p><a href='http:\/\/cuepacs.blogspot.com\/2015\/04\/jpa-nafi-lebih-400000-penjawat-awam.html'>baca selanjutnya&gt;&gt;<\/a><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Bernama17\/4\/2015 KUALA LUMPUR, 17 April (Bernama) &#8212; Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) hari ini menafikan terdapat 400,000 hingga 800,000 penjawat awam daripada Kumpulan Pelaksana yang masih menerima gaji antara RM805 hingga RM820 sebulan. JPA dalam kenyataan hari ini berkata gaji terendah dalam Perkhidmatan Awam ialah bagi gred 11 iaitu antara RM832 hingga RM850. Menurut kenyataan itu, [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":268,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_et_pb_use_builder":"","_et_pb_old_content":"","_et_gb_content_width":"","footnotes":""},"categories":[5],"tags":[],"class_list":["post-347","post","type-post","status-publish","format-standard","hentry","category-dari-cuepacs"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/347","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/wp-json\/wp\/v2\/users\/268"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=347"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/347\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=347"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=347"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=347"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}