{"id":348,"date":"2015-04-17T14:23:00","date_gmt":"2015-04-17T22:23:00","guid":{"rendered":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/400000-penjawat-awam-masih-terima-gaji-serendah-rm805\/"},"modified":"2015-04-17T14:23:00","modified_gmt":"2015-04-17T22:23:00","slug":"400000-penjawat-awam-masih-terima-gaji-serendah-rm805","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/400000-penjawat-awam-masih-terima-gaji-serendah-rm805\/","title":{"rendered":"400,000 PENJAWAT AWAM MASIH TERIMA GAJI SERENDAH RM805"},"content":{"rendered":"<div dir=\"ltr\" style=\"text-align: left\">\n<div style=\"text-align: justify\"><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><span style=\"font-size: x-small\">Bernama<br \/>16\/4\/2015<\/span><\/span><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><span style=\"font-size: x-small\"><br \/><\/span><\/span><\/div>\n<div style=\"text-align: justify\"><\/div>\n<div style=\"text-align: justify\"><\/div>\n<div style=\"text-align: justify\"><\/div>\n<div style=\"text-align: justify\"><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\">JOHOR BAHARU, 16 April (Bernama) &#8212;  Terdapat 400,000 penjawat awam di  negara ini masih menerima gaji serendah RM805 sebulan, kata Presiden  Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS),  Datuk Azih Muda.<\/p>\n<p> Beliau berkata, mereka yang menerima gaji sedemikian kebanyakannya  adalah pembantu am dan pemandu yang masuk ke perkhidmatan awam  menggunakan kelayakan Penilaian Menengah Rendah (PMR).<\/p>\n<p> &#8220;Yang menerima gaji minimum itu ialah golongan pelaksana dan mereka  adalah rakyat serta aset kepada kerajaan dan negara. Jika aset ini tidak  dijaga, kita bimbang mereka terkesan dan tidak dapat menumpukan  sepenuhnya jiwa dan raga untuk meningkatkan produktiviti.<\/p>\n<p> Selain itu, mereka juga tidak akan dapat memberikan pendidikan yang  baik kepada anak-anak disebabkan kewangan yang tidak mencukupi, di  samping tidak mampu menanggung kos kesihatan yang kini meningkat 120  peratus,&#8221; katanya.<\/p>\n<p> Azih berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Forum Ekonomi Penjawat Awam 2015 di sini hari ini.<\/p>\n<p> Beliau berkata demikian ketika mengulas tuntutan CUEPACS yang mahukan  kerajaan menaikkan gaji kakitangan awam sebanyak 35 peratus bagi  menjadikan RM1,200 sebulan sebagai gaji minimum.<\/p>\n<p> Azih berkata pihaknya berharap kerajaan dapat memberi pertimbangan  sewajarnya kepada permintaan tersebut memandangkan kos sara hidup kini  meningkat di kawasan bandar-bandar utama.<\/p>\n<p> &#8220;Kita faham kedudukan kewangan kerajaan berubah mengikut pertambahan  bilangan rakyat. Akan tetapi evolusi yang berlaku menyebabkan kos sara  hidup meningkat di bandar-bandar utama.<\/p>\n<p> &#8220;Di Johor contohnya, penjawat awam sudah hampir tidak boleh hendak menyesuaikan kehidupan,&#8221; jelasnya.<\/p>\n<p> Selain meningkatkan gaji, kongres itu juga meminta kerajaan agar  menyemak semula kadar pengecualian cukai pendapatan penjawat awam  sehingga 100 peratus sebagai mengurangkan bebanan kos sara hidup yang  terpaksa ditanggung masa kini.<\/p>\n<p> &#8211;BERNAMA<\/span><\/div>\n<p><\/div>\n<p><a href='http:\/\/cuepacs.blogspot.com\/2015\/04\/400000-penjawat-awam-masih-terima-gaji_17.html'>baca selanjutnya&gt;&gt;<\/a><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Bernama16\/4\/2015 JOHOR BAHARU, 16 April (Bernama) &#8212; Terdapat 400,000 penjawat awam di negara ini masih menerima gaji serendah RM805 sebulan, kata Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Azih Muda. Beliau berkata, mereka yang menerima gaji sedemikian kebanyakannya adalah pembantu am dan pemandu yang masuk ke perkhidmatan awam menggunakan kelayakan Penilaian Menengah [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":268,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_et_pb_use_builder":"","_et_pb_old_content":"","_et_gb_content_width":"","footnotes":""},"categories":[5],"tags":[],"class_list":["post-348","post","type-post","status-publish","format-standard","hentry","category-dari-cuepacs"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/348","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/wp-json\/wp\/v2\/users\/268"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=348"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/348\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=348"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=348"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=348"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}