{"id":350,"date":"2015-04-16T14:47:00","date_gmt":"2015-04-16T22:47:00","guid":{"rendered":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/orang-asing-gembira-kita-duka\/"},"modified":"2015-04-16T14:47:00","modified_gmt":"2015-04-16T22:47:00","slug":"orang-asing-gembira-kita-duka","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/orang-asing-gembira-kita-duka\/","title":{"rendered":"ORANG ASING GEMBIRA KITA DUKA"},"content":{"rendered":"<div dir=\"ltr\" style=\"text-align: left\">\n<div style=\"text-align: justify\"><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><span style=\"font-size: x-small\">Berita Harian<br \/>Sabtu, 11 April 2015 @ 8:40 AM<br \/>Oleh Kunta Kinte <\/span><\/p>\n<p>Tak berapa lama dulu, seorang eksekutif dan seorang wartawan wanita dari  Sepanyol jumpa Kunta Kinte untuk sembang berkenaan Malaysia. Mereka  dalam usia 30-an dan baru sahaja kena tukar ke negara kita. Negara  mereka negara maju tapi keadaan ekonomi teruk. Pengangguran sampai 23  peratus. <\/p>\n<p>Lebih 50 peratus penduduk umur bawah 25 tak ada kerja.  Mana-mana negara pun yang ramai orang muda dan lulusan universiti tak  ada kerja adalah negara yang gagal majukan ekonomi secara lestari. Balik  kepada cerita dua wanita muda Sepanyol tadi, mereka bagi tahu Kunta  Kinte mereka rasa sangat bertuah dihantar ke Malaysia. Sebelum datang ke  negara kita, mereka bekerja di sebuah negara Arab.  &#8220;Pada mulanya kami bimbang juga kerana kami baca bahawa Malaysia adalah  negara Islam. Kami bayangkan Malaysia macam negara-negara Arab. Tapi  bila kami tiba di Malaysia ia berlainan sekali daripada anggapan kami.  Malaysia adalah syurga.&#8221;  Kemudian Kunta Kinte sembang pula dengan pendatang asing yang kerja di  kedai kopi kegemaran Kunta Kinte.<\/p>\n<p> Mereka pun kata Malaysia macam syurga.  Maklumlah mereka datang dari negara macam Indonesia, India dan Nepal  yang jauh lebih mundur daripada kita.  Pakaian seragam majikan bagi. Makan percuma. Apa yang Kunta Kinte makan,  itulah yang mereka makan. Hostel disediakan di atas kedai. Jadi tak  payah susah-susah keluar duit beli pakaian kerja, makanan, sewa rumah  dan bayar tambang. <\/p>\n<p>Betullah Malaysia syurga bagi mereka.  Pendek kata, orang asing yang merantau ke negara kita &#8211; tak kira pekerja  profesional atau buruh, dari negara maju atau mundur &#8211; hidup lebih  senang di negara kita daripada di negara mereka sendiri.  Nasib tak sebaik orang asing  Kunta Kinte seronoklah dengar mereka puji negara kita. Tapi, bila Kunta  Kinte tengok nasib sesetengah orang kita sendiri, Kunta Kinte sedih dan  susah hati. Ramai rakyat kita nasib mereka tak sebaik orang asing.  Bulan lepas Kunta Kinte baca berita atas talian yang petik Presiden  Kongres Kesatuan Sekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Azih  Muda, kata ada keluarga pembantu pejabat dan pembantu am perkhidmatan  awam yang duduk bersesak-sesak dalam rumah satu bilik.  <\/p>\n<p>Kunta Kinte langsung tak hairan. Gaya hidup macam mana lagi mereka mampu  bila gaji mereka lebih sikit RM1,000 sebulan sahaja. Mereka ini adalah  dalam gred paling rendah hierarki Jabatan Perkhidmatan Awam, iaitu gred  ke-11 (G11). Dengan kelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) gaji asas  mereka antara RM805 dan RM820. Lepas tambah elaun kos sara hidup (COLA)  RM300 dan elaun perumahan RM180, pendapatan kasar hanya antara RM1,285  dan RM1,300 sebulan.<\/p>\n<p> Azih kata, dengan pendapatan macam itu mereka hanya mampu sewa bilik di  tempat sara kos tinggi macam Kuala Lumpur, Johor Bahru, Shah Alam dan  Klang. Sewa bilik sahaja antara RM600 dan RM800 sebulan. Keadaan ini  sangatlah menyedihkan sebab bilangan pekerja dalam gred ini ramai &#8211;  antara 250,000 dan 300,000. Daripada bilangan itu, ramai yang bekerja  secara kontrak dan tak ada pencen. Itu tak kira lagi pekerja gaji rendah  sektor swasta yang lebih ramai.  Jadi Kunte Kinte sokong permintaan CUEPACS agar kuota rumah kos rendah  diwujudkan untuk kakitangan awam dan pelaksanaannya tak diserah  bulat-bulat kepada sektor swasta.<\/p>\n<p> Lagi elok dimasukkan juga pekerja  bergaji rendah dalam sektor swasta.  Perumahan untuk rakyat  Maaf cakaplah kalau Kunta Kinte kata Kunta Kinte tak hairan dengan  keadaan ini sebab Kunta Kinte dah tengok sejak sebelum 13 Mei 1969 lagi.  Dasar kita mengenai perumahan untuk rakyat biasa sejuk, panas dan  terketar-ketar. Tak tekal.  Masa Kunta Kinte hijrah ke Kuala Lumpur sebulan lepas 13 Mei, boleh kata  majoriti orang Melayu dan India yang berhijrah dari kampung dan ladang  duduk di rumah haram atau sewa bilik atas kedai Cina.<\/p>\n<p> Masa itu  pangsapuri tak ada lagi sampailah flet Jalan Pekeliling (sekarang Jalan  Tun Abdul Razak) didirikan.  Masa itu, orang Melayu berduyun-duyun merantau ke bandar pasal hidup  susah akibat harga getah jatuh teruk. Mereka inilah yang buka kawasan  perumahan setinggan di pinggir bandar, di tepi sungai dan di lereng  bukit. Selepas 13 Mei, hasil daripada pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru  banyak rumah murah dibina, termasuk di atas tapak rumah setinggan yang  musnah terbakar masa pergaduhan.  Bagaimanapun, nampaknya sejak akhir-akhir ini pembinaan rumah kos rendah  dan sederhana tak lagi jadi keutamaan kerana dasar pasaran terbuka.  Pemaju hartanah awam dan swasta tak lagi dikenakan syarat bina rumah kos  rendah dan sederhana. Mereka berlawan bina rumah mewah yang ramai  rakyat jelata tak mampu nak beli.<\/p>\n<p> Tiga atau empat dekad lalu pemaju dikenakan syarat bina rumah bercampur  untuk semua kelas pembeli dengan menggunakan kaedah &#8216;cross subsidy,&#8217;  iaitu pembeli rumah mewah membiayai pembinaan rumah kos rendah.  Legasi kaedah ini masih boleh kita tengok di Subang Jaya di mana ada  banglo, rumah berkembar, rumah teres, kondominium dan pangsapuri sebelah  menyebelah. Jadi Kunta Kinte sokong sangatlah usaha kerajaan bina lebih  banyak rumah mampu milik di kawasan bandar sama ada secara sendiri atau  melalui usaha sama.  Kita janganlah jadi macam kata pepatah &#8216;kera di hutan disusukan, anak di  rumah mati kelaparan.&#8217; Rakyat jelata kita hidup susah tapi pendatang  hidup macam di syurga. Kunta Kinte tak tahu sama ada dasar &#8216;house-owning  democracy&#8217; (demokrasi pemilikan rumah) yang dilaung-laungkan tak berapa  lama dulu masih jadi matlamat kerajaan. Wallahuaklam. <\/span><\/div>\n<p><a href=\"http:\/\/www.bharian.com.my\/node\/46888\"><\/a> <\/div>\n<p><a href='http:\/\/cuepacs.blogspot.com\/2015\/04\/orang-asing-gembira-kita-duka.html'>baca selanjutnya&gt;&gt;<\/a><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Berita HarianSabtu, 11 April 2015 @ 8:40 AMOleh Kunta Kinte Tak berapa lama dulu, seorang eksekutif dan seorang wartawan wanita dari Sepanyol jumpa Kunta Kinte untuk sembang berkenaan Malaysia. Mereka dalam usia 30-an dan baru sahaja kena tukar ke negara kita. Negara mereka negara maju tapi keadaan ekonomi teruk. Pengangguran sampai 23 peratus. Lebih 50 [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":268,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_et_pb_use_builder":"","_et_pb_old_content":"","_et_gb_content_width":"","footnotes":""},"categories":[5],"tags":[],"class_list":["post-350","post","type-post","status-publish","format-standard","hentry","category-dari-cuepacs"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/350","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/wp-json\/wp\/v2\/users\/268"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=350"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/350\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=350"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=350"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=350"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}