{"id":354,"date":"2015-04-19T10:26:00","date_gmt":"2015-04-19T18:26:00","guid":{"rendered":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/cuepacs-yakim-pm-timbangkan-tuntutan\/"},"modified":"2015-04-19T10:26:00","modified_gmt":"2015-04-19T18:26:00","slug":"cuepacs-yakim-pm-timbangkan-tuntutan","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/cuepacs-yakim-pm-timbangkan-tuntutan\/","title":{"rendered":"CUEPACS YAKIM PM TIMBANGKAN TUNTUTAN"},"content":{"rendered":"<div dir=\"ltr\" style=\"text-align: left\">\n<div style=\"text-align: justify\"><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><span style=\"font-size: x-small\">Utusan Malaysia <\/span><\/span><\/div>\n<div style=\"text-align: justify\"><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><span style=\"font-size: x-small\">19\/4\/2015<\/span><\/p>\n<p><\/span><\/div>\n<div style=\"text-align: justify\"><\/div>\n<div style=\"text-align: justify\"><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\">KOTA  BHARU 19 April \u2013 Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan  Awam (CUEPACS) yakin Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sedia  mempertimbangkan tuntutan supaya 252 skim gaji dikaji semula termasuk  menaikkan gaji minimum kakitangan awam sehingga RM1,200 sebulan.<br \/><\/span> <\/div>\n<div class=\"articleBody\" id=\"articleBody\" style=\"text-align: justify\">\n<div class=\"potrait\">\n<div style=\"clear: right;float: right;margin-bottom: 1em;margin-left: 1em\"><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><img decoding=\"async\" src=\"http:\/\/www.utusan.com.my\/polopoly_fs\/UTUSAN.image.6806153%21image\/image.jpg_gen\/derivatives\/landscape_240\/image.jpg\" hspace=\"5\" vspace=\"5\" width=\"240\" \/><\/span><\/div>\n<div class=\"caption\"><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\">AZIH MUDA<br \/><\/span><\/div>\n<\/div>\n<p><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\">Presiden CUEPACS, Datuk Azih Muda berkata,  setakat ini maklum balas daripada kerajaan tidak begitu memuaskan  apabila Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) menyifatkan tuntutan pihaknya  sebagai tidak sesuai selepas mengambil kira keadaan ekonomi semasa.<\/span><br \/><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\">Dalam  masa sama, jelas beliau, kumpulan penjawat awam rendah terus bergelut  untuk hidup kerana selain gaji pokok yang sememangnya rendah, kadar  kenaikan gaji tahunan sebanyak RM80 setahun juga terlalu &#8216;perlahan&#8217; dan  tidak seimbang dengan kadar kenaikan kos sara hidup yang jauh lebih  pantas.<\/span><br \/><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\">\u201cSehari  dua ini kita nampak kerajaan menyatakan masa tidak sesuai untuk  kenaikan gaji. Soalnya bukan sesuai atau tidak kerana kalau nak kata  tidak sesuai, sepanjang masa pun tidak sesuai. Kalau benar-benar mahu  menjaga kepentingan penjawat awam rendah, kerajaan kenalah berusaha  membantu mereka,\u201d katanya.<\/span><br \/><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\">\u201cKita bagaimanapun  yakin 200 peratus bahawa Perdana Menteri sentiasa prihatin terhadap  nasib golongan penjawat awam rendah ini. Sebab itu kita harap beliau  dapat mengumumkan penambahbaikan 252 skim ini ketika sambutan Hari  Pekerja di Kuching, Sarawak pada 1 Mei ini,\u201d katanya.<\/span><br \/><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\">Beliau  berkata demikian dalam sidang akhbar selepas menyempurnakan penutupan  Seminar Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dan Kepenggunaan di Pusat  Transformasi Luar Bandar (RTC) Tunjung, di sini hari ini.<\/span><br \/><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\">Yang turut hadir, Pengerusi CUEPACS negeri, Aminuddin Awang.<\/span><br \/><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\">Akhbar  sebelum ini melaporkan tuntutan CUEPACS supaya kerajaan menaikkan gaji  kakitangan awam sebanyak 35 peratus bagi menjadikan RM1,200 sebulan  sebagai gaji minimum selepas mendakwa gaji terendah yang diterima  golongan itu, iaitu sebanyak RM805 sebulan tidak memadai dan di bawah  paras kemiskinan.<\/span><br \/><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\">Dalam perkembangan lain,  Azih menggesa kerajaan supaya menarik semula cadangan untuk menamatkan  perkhidmatan kira-kira 46,000 penjawat awam yang dilantik secara kontrak  pada 31 Disember depan.<\/span><br \/><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\">\u201cKita  minta jasa baik Perdana Menteri supaya mempertimbangkan perkara ini  kerana sebahagian besar daripada pekerja kontrak ini yang merupakan  pemegang ijazah sudah mempunyai komitmen tersendiri termasuk sudah  berkeluarga. Mereka pasti berdepan kesukaran untuk mencari kerja  baharu,\u201d katanya.<\/span><\/div>\n<div style=\"text-align: justify\"><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><br \/><\/span><\/div>\n<\/div>\n<p><a href='http:\/\/cuepacs.blogspot.com\/2015\/04\/cuepacs-yakim-pm-timbangkan-tuntutan.html'>baca selanjutnya&gt;&gt;<\/a><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Utusan Malaysia 19\/4\/2015 KOTA BHARU 19 April \u2013 Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) yakin Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sedia mempertimbangkan tuntutan supaya 252 skim gaji dikaji semula termasuk menaikkan gaji minimum kakitangan awam sehingga RM1,200 sebulan. AZIH MUDA Presiden CUEPACS, Datuk Azih Muda berkata, setakat ini maklum balas daripada [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":268,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_et_pb_use_builder":"","_et_pb_old_content":"","_et_gb_content_width":"","footnotes":""},"categories":[5],"tags":[],"class_list":["post-354","post","type-post","status-publish","format-standard","hentry","category-dari-cuepacs"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/354","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/wp-json\/wp\/v2\/users\/268"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=354"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/354\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=354"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=354"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=354"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}