{"id":362,"date":"2015-04-29T16:27:00","date_gmt":"2015-04-30T00:27:00","guid":{"rendered":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/cuepacs-harap-kerajaan-umumhadiah-istimewa-kepada-penjawat-awam-pada-1-mei\/"},"modified":"2015-04-29T16:27:00","modified_gmt":"2015-04-30T00:27:00","slug":"cuepacs-harap-kerajaan-umumhadiah-istimewa-kepada-penjawat-awam-pada-1-mei","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/cuepacs-harap-kerajaan-umumhadiah-istimewa-kepada-penjawat-awam-pada-1-mei\/","title":{"rendered":"CUEPACS HARAP KERAJAAN UMUM&#8217;HADIAH ISTIMEWA&#8217; KEPADA PENJAWAT AWAM PADA 1 MEI"},"content":{"rendered":"<div dir=\"ltr\" style=\"text-align: left\">\n<div style=\"text-align: justify\"><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><span style=\"font-size: x-small\">Bernama<br \/>29\/4\/2015<\/span><\/span><\/div>\n<div style=\"text-align: justify\"><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><br \/><\/span><\/div>\n<div style=\"text-align: justify\"><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><br \/><\/span><\/div>\n<div style=\"text-align: justify\"><\/div>\n<div style=\"text-align: justify\"><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><span id=\"newsPic2\" style=\"clear: right;float: right;margin-bottom: 1em;margin-left: 1em\"><img decoding=\"async\" border=\"1\" class=\"\" src=\"http:\/\/newsdata2.bernama.com\/bernama\/newspic\/am\/FW336271_KL04_SERAH_CEK_MERCY_MALAYSIA-scr.JPG\" width=\"300\/\" \/><br \/>Datuk Azih Muda <\/span>&nbsp;KUCHING,  29 April (Bernama) &#8212; Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam  Perkhidmatan Awam (Cuepacs) berharap kerajaan akan mengumumkan &#8216;hadiah  istimewa&#8217; kepada penjawat awam sempena sambutan Hari Pekerja, 1 Mei ini.<\/span><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><br \/> Presiden Cuepacs Datuk Azih Muda berkata pemberian hadiah tersebut  sebagai tanda penghargaan kerajaan kepada penjawat awam yang berusaha  bersungguh-sungguh untuk meningkatkan produktiviti negara.<\/span><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><br \/> &#8220;Kenaikan produktiviti negara yang meningkat lebih 100 peratus seperti  diumum Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak membuktikan  kesungguhan penjawat awam dan golongan pekerja di negara ini  melaksanakan tanggungjawab diamanahkan kepada mereka.<\/span><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><br \/> &#8220;Saya ucapkan tahniah kepada kerajaan atas kejayaan Program  Transformasi Ekonomi negara, tetapi amat sedih kerana masih ada pekerja  di negara ini menerima gaji di bawah garis kemiskinan nasional,&#8221; katanya  selepas majlis perasmian Seminar Kepimpinan Perdana Cuepacs oleh  Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak Datuk Misnu Taha, di sini hari ini.<\/span><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><br \/> Sehubungan itu, Azih berkata kerajaan harus memperkenalkan gaji minimum RM1,200 sebulan kepada kakitangan sektor awam.<\/span><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><br \/> Beliau berkata pelaksanaan gaji minimum itu perlu memandangkan pekerja  dan rakyat secara umumnya terpaksa menanggung kos kenaikan harga barang  serta elemen cukai yang membebankan mereka.<\/span><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><br \/> Selain itu, katanya Cuepacs mahu supaya pelaksanaan 252 skim  perkhidmatan awam termasuk kenaikan gaji seperti diumumkan Najib dalam  pembentangan Bajet 2015, dapat disegerakan.<\/span><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><br \/> Ketika membentangkan Bajet 2015 pada 10 Okt 2014, Najib memberi jaminan  kerajaan akan menambah baik 252 skim perkhidmatan awam termasuk skim  kenaikan gaji, dan 81 daripadanya sudah dilaksanakan secara  berperingkat.<\/span><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><br \/> Azih berkata kenaikan gaji 10 peratus itu sangat penting untuk  memastikan penjawat awam menerima gaji pokok melebihi paras kemiskinan  nasional, iaitu RM880 sebulan, terutama bagi Gred 11 hingga Gred 17.<\/span><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><br \/> Katanya pelaksanaan skim gaji minimum RM1,200 itu perlu disegerakan  kerana dianggarkan kira-kira 700,000 penjawat awam masih menerima gaji  pokok antara RM802 dan RM820 sebulan.<\/span><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><br \/> Sehubungan itu, katanya ramai dalam kalangan penjawat awam tidak mampu  membeli rumah kos rendah atau rumah mampu milik, termasuk di bawah  Program Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M) walaupun harganya  antara RM90,000 dan RM150,000 seunit.<\/span><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><br \/> &#8220;Tidak ada gunanya negara kita maju kalau masih ramai pekerja bergaji  rendah dan tidak mampu memiliki rumah. Harga rumah meningkat RM30,000  setiap tahun dan jika gaji pekerja hanya bertambah RM80, sudah pasti  mereka tidak mampu membeli rumah,&#8221; katanya.<\/span><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><br \/> &#8212; BERNAMA<\/span><\/div>\n<\/div>\n<p><a href='http:\/\/cuepacs.blogspot.com\/2015\/04\/cuepacs-harap-kerajaan-umumhadiah.html'>baca selanjutnya&gt;&gt;<\/a><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Bernama29\/4\/2015 Datuk Azih Muda &nbsp;KUCHING, 29 April (Bernama) &#8212; Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) berharap kerajaan akan mengumumkan &#8216;hadiah istimewa&#8217; kepada penjawat awam sempena sambutan Hari Pekerja, 1 Mei ini. Presiden Cuepacs Datuk Azih Muda berkata pemberian hadiah tersebut sebagai tanda penghargaan kerajaan kepada penjawat awam yang berusaha bersungguh-sungguh untuk meningkatkan produktiviti negara. [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":268,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_et_pb_use_builder":"","_et_pb_old_content":"","_et_gb_content_width":"","footnotes":""},"categories":[5],"tags":[],"class_list":["post-362","post","type-post","status-publish","format-standard","hentry","category-dari-cuepacs"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/362","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/wp-json\/wp\/v2\/users\/268"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=362"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/362\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=362"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=362"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=362"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}