{"id":365,"date":"2015-05-03T07:06:00","date_gmt":"2015-05-03T15:06:00","guid":{"rendered":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/aspek-kebajikan-pekerja-ditambah-baik-lonjakan-produktiviti-cuepacs\/"},"modified":"2015-05-03T07:06:00","modified_gmt":"2015-05-03T15:06:00","slug":"aspek-kebajikan-pekerja-ditambah-baik-lonjakan-produktiviti-cuepacs","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/aspek-kebajikan-pekerja-ditambah-baik-lonjakan-produktiviti-cuepacs\/","title":{"rendered":"ASPEK KEBAJIKAN PEKERJA DITAMBAH BAIK, LONJAKAN PRODUKTIVITI &#8211; CUEPACS"},"content":{"rendered":"<div dir=\"ltr\" style=\"text-align: left\">\n<div style=\"text-align: justify\"><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><span style=\"font-size: x-small\">Bernama<br \/>2\/5\/2015<\/span><\/span><\/div>\n<div style=\"text-align: justify\"><\/div>\n<div style=\"text-align: justify\"><\/div>\n<div style=\"text-align: justify\"><\/div>\n<div style=\"text-align: justify\"><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\">&nbsp;KUALA LUMPUR, 2 Mei (Bernama)  &#8212; Presiden Kongres Kesatuan  Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) Datuk Azih Muda  berkata penambahbaikan terhadap kebajikan pekerja diharap dapat  melonjakkan lagi produktiviti.<\/span><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><br \/> Katanya, tiga inisiatif yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib  Tun Razak bersempena Hari Pekerja semalam, merupakan &#8216;hadiah istimewa&#8217;  kepada golongan pekerja.<\/span><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><br \/> &#8220;Cuepacs lihat ia bagus dan baik sekali kerana perlindungan kesihatan  penting terutama kepada pekerja. Perlu dilihat mereka yang bekerja di  bandar dengan pendapatan RM4,000 ke bawah masih ditakrifkan sebagai  berpendapatan rendah.<\/span><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><br \/> &#8220;Maka kami (Cuepacs) juga berharap pihak majikan perlu menerima baik  perkara ini demi kebajikan pekerja bagi menjamin kelangsungan  produktiviti,&#8221; katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.<\/span><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><br \/> Azih berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai pengumuman  siling caruman pekerja yang diinsuranskan ditingkatkan daripada RM3,000  kepada RM4,000.<\/span><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><br \/> Dalam pada itu, Azih juga menyambut baik pengumuman kemudahan cuti tiga  hari buat penjawat awam bagi urusan kematian keluarga terdekat  memandangkan perkara itu pernah dibangkitkan kesatuan sebelum ini.<\/span><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><br \/> Kemudahan Cuti Tanpa Rekod yang akan berkuat kuasa pada 1 Julai akan  diperluaskan kepada ibu dan bapa mentua, ibu dan bapa angkat serta anak  angkat yang sah di sisi undang-undang.<\/span><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><br \/> &#8220;Situasi seperti kematian merupakan perkara luar jangkaan, maka apabila  ia diperluaskan maka penjawat awam dapat memanfaatkan kemudahan yang  diberikan ini,&#8221; katanya.<\/span><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><br \/> Sementara itu, Presiden Persatuan Pesara Kerajaan Malaysia Tan Sri Wan  Mahmood Pawan Teh berpendapat langkah kerajaan menambah baik aspek  kebajikan golongan pekerja bukan hanya membolehkan golongan itu menarik  nafas lega malah membantu melonjakkan produktiviti dan kualiti kerja.<\/span><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><br \/> Katanya, kejayaan sesebuah organisasi ditentukan oleh tenaga pekerja yang memikul amanah diberikan majikan.<\/span><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><br \/> &#8220;Jika kebajikan terjaga dan terbela, maka mereka (pekerja) bukan hanya  rasa dihargai malah akan terus meningkatkan momentum sedia ada kepada  suatu tahap yang lebih membanggakan,&#8221; katanya.<\/span><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><br \/> Justeru, Wan Mahmood berkata situasi tersebut secara langsung menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara.<\/span><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><br \/> Perdana Menteri semalam turut mengumumkan program saringan kesihatan  percuma Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) bagi pekerja sektor  swasta yang berumur 40 tahun diteruskan, dengan menyediakan perkhidmatan  bergerak bagi membolehkan pemeriksaan saringan kesihatan diadakan di  premis majikan.<\/span><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><br \/> &#8212; BERNAMA<\/span><\/div>\n<\/div>\n<p><a href='http:\/\/cuepacs.blogspot.com\/2015\/05\/aspek-kebajikan-pekerja-ditambah-baik.html'>baca selanjutnya&gt;&gt;<\/a><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Bernama2\/5\/2015 &nbsp;KUALA LUMPUR, 2 Mei (Bernama) &#8212; Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) Datuk Azih Muda berkata penambahbaikan terhadap kebajikan pekerja diharap dapat melonjakkan lagi produktiviti. Katanya, tiga inisiatif yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bersempena Hari Pekerja semalam, merupakan &#8216;hadiah istimewa&#8217; kepada golongan pekerja. &#8220;Cuepacs lihat ia bagus dan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":268,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_et_pb_use_builder":"","_et_pb_old_content":"","_et_gb_content_width":"","footnotes":""},"categories":[5],"tags":[],"class_list":["post-365","post","type-post","status-publish","format-standard","hentry","category-dari-cuepacs"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/365","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/wp-json\/wp\/v2\/users\/268"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=365"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/365\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=365"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=365"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=365"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}