{"id":367,"date":"2015-05-07T10:52:00","date_gmt":"2015-05-07T18:52:00","guid":{"rendered":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/367\/"},"modified":"2015-05-07T10:52:00","modified_gmt":"2015-05-07T18:52:00","slug":"367","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/367\/","title":{"rendered":""},"content":{"rendered":"<div dir=\"ltr\" style=\"text-align: left\">\n<div style=\"text-align: justify\"><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><span style=\"font-size: x-small\">Utusan Malaysia<br \/>6\/5\/2015&nbsp;<\/span><\/span><\/div>\n<div style=\"text-align: justify\"><\/div>\n<div style=\"text-align: justify\"><\/div>\n<div style=\"text-align: justify\"><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" alt=\"AHMAD ZAHID HAMIDI (kiri) beramah mesra dengan para penerima Sijil \" src=\"http:\/\/www.utusan.com.my\/polopoly_fs\/1.88443.1430850630%21\/image\/image.jpg_gen\/derivatives\/landscape_650\/image.jpg\" height=\"218\" title=\"Photo: primport (BUREAU), License: BUREAU\" width=\"320\" \/>&nbsp;<\/span><\/div>\n<div style=\"text-align: justify\"><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><span style=\"font-size: x-small\">AHMAD  ZAHID HAMIDI (kiri) beramah mesra dengan para penerima Sijil  Penghargaan sempena Perhimpunan Hari Pekerja Peringkat Negeri Pulau  Pinang 2015 di Bukit Mertajam, Pulau Pinang, semalam.  UTUSAN\/SAZALI CHE  DIN&nbsp;<\/span><\/span><\/div>\n<div style=\"text-align: justify\"><\/div>\n<div style=\"text-align: justify\"><\/div>\n<div class=\"clearfix\" style=\"text-align: justify\">\n<div class=\"articleLead leadContainer\">\n<div class=\"lead\"><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\">PERMATANG  PAUH 5 Mei &#8211;  Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi  berkata, beliau dapat merasakan angin perubahan selepas 11 hari  berkempen pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Permatang Pauh.<\/span><\/div>\n<\/div>\n<div class=\"articleBody\" id=\"articleBody\"><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\">Katanya, ini kerana kebanyakan pengundi  telah serik dengan apa yang dialami mereka sejak 17 tahun lalu yang  sekadar bersandarkan retorik dan perasaan tidak puas hati.<\/span><br \/><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\">Beliau berkata, mereka kini kecewa dengan kegagalan wakil rakyat sebelum ini menjaga kebajikan mereka.<\/span><br \/><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\">\u201cSaya  merasakan suatu kelainan pada kali ini, saya pernah menjadi Pengarah  PRK Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir suatu ketika dahulu,  rakyat ketika itu terlalu bersimpati kepada tokoh tertentu dan kita  lihat kesatuan mereka adalah jelas,\u201d katanya.<\/span><br \/><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\">Beliau  berkata demikian dalam sidang akhbar selepas Merasmikan Perhimpunan  Hari Pekerja peringkat negeri di Politeknik Seberang Perai di sini hari  ini.<\/span><br \/><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\">Yang  turut hadir Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Wan Junaidi  Tuanku Jaafar; Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Pulau  Pinang, Datuk Seri Zainal Abidin Osman dan Presiden Kongres Kesatuan  Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Azih Muda.<\/span><br \/><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\">Sementara  itu, Ahmad Zahid yang juga Pengarah PRK Parlimen Permatang Pauh menyeru  semua pihak yang terlibat dalam PRK itu supaya berkempen dengan baik.<\/span><br \/><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\">Katanya,  pada masa ini sudah ada jentera parti dari negeri lain cuba melakukan  provokasi supaya Barisan Nasional (BN) dipersalahkan.<\/span><br \/><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\">\u201cSaya  harap semua pihak bertenang dan menerima hakikat bahawa kuasa rakyat  adalah kuasa mutlak untuk menentukan wakil ke Dewan Rakyat.<\/span><br \/><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\">\u201cSikap agresif tidak beri kelebihan kepada mana-mana pihak sebaliknya pengundi menjadi semakin benci,\u201d katanya.<\/span><br \/><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\">Diminta  mengulas cadangan supaya Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri  (ADUN) perlu mendapat kepujian dalam Bahasa Melayu di peringkat Sijil  Pelajaran Malaysia (SPM), Ahmad Zahid berkata, sebagai rakyat negara  ini, tiada alasan untuk mana-mana pihak tidak fasih bertutur dalam  bahasa kebangsaan.<\/span><br \/><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\">\u201cDi  Thailand, ahli Parlimen mereka perlu bertutur dalam bahasa Thai, di  Indonesia dalam bahasa Indonesia manakala di Filipina dalam bahasa  Tagalog,\u201d katanya.<\/span><br \/><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\">Beliau mengulas cadangan  ahli akademik, Prof. Dr. Mohd. Ridhuan Tee Abdullah yang mahu  Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mensyaratkan mereka yang mahu menjadi  wakil rakyat bagi peringkat Parlimen atau DUN, perlu sekurang-kurangnya  mendapat kepujian Bahasa Melayu dalam SPM.<\/span><br \/><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\">Selain  itu, Mohd. Ridhuan Tee turut mencadangkan agar calon pilihan raya  ditemuduga mengenai penguasaan bahasa Melayu dan sejarah kenegaraan  sebelum dibenarkan bertanding. <\/span><\/div>\n<\/div>\n<p><\/div>\n<p><a href='http:\/\/cuepacs.blogspot.com\/2015\/05\/utusan-malaysia-652015-ahmad-zahid.html'>baca selanjutnya&gt;&gt;<\/a><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Utusan Malaysia6\/5\/2015&nbsp; &nbsp; AHMAD ZAHID HAMIDI (kiri) beramah mesra dengan para penerima Sijil Penghargaan sempena Perhimpunan Hari Pekerja Peringkat Negeri Pulau Pinang 2015 di Bukit Mertajam, Pulau Pinang, semalam. UTUSAN\/SAZALI CHE DIN&nbsp; PERMATANG PAUH 5 Mei &#8211; Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, beliau dapat merasakan angin perubahan selepas 11 hari [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":268,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_et_pb_use_builder":"","_et_pb_old_content":"","_et_gb_content_width":"","footnotes":""},"categories":[5],"tags":[],"class_list":["post-367","post","type-post","status-publish","format-standard","hentry","category-dari-cuepacs"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/367","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/wp-json\/wp\/v2\/users\/268"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=367"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/367\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=367"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=367"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=367"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}