{"id":412,"date":"2015-05-23T15:22:00","date_gmt":"2015-05-23T23:22:00","guid":{"rendered":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/rohingya-pdrm-pastikan-tiada-elemen-acam-keselamatan-negara\/"},"modified":"2015-05-23T15:22:00","modified_gmt":"2015-05-23T23:22:00","slug":"rohingya-pdrm-pastikan-tiada-elemen-acam-keselamatan-negara","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/rohingya-pdrm-pastikan-tiada-elemen-acam-keselamatan-negara\/","title":{"rendered":"ROHINGYA: PDRM PASTIKAN TIADA ELEMEN ACAM KESELAMATAN NEGARA"},"content":{"rendered":"<div dir=\"ltr\" style=\"text-align: left\"><span id=\"newsPic2\" style=\"clear: right;float: right;margin-bottom: 1em;margin-left: 1em\"><br \/><\/span><\/p>\n<div style=\"text-align: justify\"><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><span style=\"font-size: x-small\">Bernama<\/span><\/span><\/div>\n<div style=\"text-align: justify\"><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><span style=\"font-size: x-small\">22\/5\/2015<\/span><br \/><\/span><\/div>\n<div style=\"text-align: justify\"><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><br \/><\/span><\/div>\n<div style=\"text-align: justify\"><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><br \/>IPOH,  22 Mei (Bernama) &#8212; Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengambil langkah  berjaga-jaga dalam memastikan kehadiran sekumpulan 7,000 pelarian  Rohingya tidak menimbulkan sebarang elemen yang boleh mengancam  keselamatan negara.<\/p>\n<p>Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata langkah berkenaan  diambil memandangkan latar belakang individu dalam kumpulan itu tidak  diketahui.<\/p>\n<p> &#8220;PDRM sentiasa waspada semasa menyediakan dokumentasi dengan  jabatan-jabatan seperti Imigresen bagi memastikan tidak ada elemen yang  boleh mengancam keselamatan negara dalam kumpulan itu,&#8221; katanya dalam  sidang akhbar selepas merasmikan Perhimpunan Pegawai Awam PDRM Bersama  Ketua Polis Negara ke-9 di Ipoh, Jumaat.<span id=\"newsPic2\" style=\"clear: right;float: right;margin-bottom: 1em;margin-left: 1em\"><img decoding=\"async\" border=\"1\" class=\"\" src=\"http:\/\/newsdata2.bernama.com\/bernama\/newspic\/am\/PK02_220515_PEGAWAI_AWAM.jpg\" width=\"300\/\" \/><\/span><\/p>\n<p>Hadir sama Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti  merangkap Pengerusi Jawatankuasa Penganjur Perhimpunan Pegawai Awam  PDRM, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani, Ketua Polis Perak Datuk Osman  Salleh dan Presiden CUEPACS Datuk Azih Muda.<\/p>\n<p>Beliau berkata pihaknya mempertingkat kawalan keselamatan di kawasan  perairan negara bersama agensi lain seperti Agensi Penguatkuasaan  Maritim Malaysia dan Tentera Laut Diraja Malaysia.<\/p>\n<p>Dalam pada itu, Khalid berkata lokasi penempatan 7,000 pelarian Rohingya di negara ini belum dikenal pasti.<\/p>\n<p>&#8220;Kami masih menunggu, saya rasa Majlis Keselamatan Negara akan memanggil  mesyuarat agensi-agensi yang terlibat dan akan membincangkan lokasi  yang sesuai.<\/p>\n<p>&#8220;Saya rasa lokasi yang mungkin kita buat ialah di kawasan utara negara  kerana mudah untuk memindahkan mereka (pelarian berkenaan).<\/p>\n<p>&#8220;Mungkin kerajaan boleh melihat untuk mendirikan pusat sementara ini di  Pulau Pinang bagi memudahkan semua agensi menguruskan penempatan mangsa  pelarian Rohingya ini,&#8221; katanya.<\/p>\n<p>Sementara itu, Khalid berkata PDRM sentiasa berwaspada terhadap ancaman kumpulan IS.<\/p>\n<p>&#8220;Insya-Allah kami akan melakukan yang terbaik untuk memastikan negara  kita tidak terus diancam dan sebarang usaha untuk melakukan apa juga  bentuk keganasan di negara ini akan kita ambil tindakan,&#8221; katanya.<\/p>\n<p>Khalid juga ditanya perkembangan kes penculikan di sebuah restoran di Sabah baru-baru ini.<\/p>\n<p>&#8220;Saya tidak mahu mengulas tentang kedudukan ataupun keadaan mangsa, biarlah itu kami uruskan, demi keselamatan mangsa,&#8221; katanya.<\/p>\n<p>Dalam kejadian pada 7.45 malam itu, empat lelaki bersenjata menyerbu  Restoran Ocean King dan menculik seorang lelaki dan seorang wanita warga  tempatan.<\/p>\n<p>Mangsa kini dilaporkan berada di sebuah pulau di perairan Filipina.<\/p>\n<p>Kedua-dua mereka ialah Thien Nyuk Fun, 50, yang juga kakak ipar pengurus  restoran itu dan Bernard Then Ted Fen, 39, dari Sarawak yang bekerja  sebagai perunding elektrikal di Kemboja.<\/p>\n<p>&#8211;BERNAMA<\/span><\/div>\n<\/div>\n<p><a href='http:\/\/cuepacs.blogspot.com\/2015\/05\/rohingya-pdrm-pastikan-tiada-elemen.html'>baca selanjutnya&gt;&gt;<\/a><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Bernama 22\/5\/2015 IPOH, 22 Mei (Bernama) &#8212; Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengambil langkah berjaga-jaga dalam memastikan kehadiran sekumpulan 7,000 pelarian Rohingya tidak menimbulkan sebarang elemen yang boleh mengancam keselamatan negara. Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata langkah berkenaan diambil memandangkan latar belakang individu dalam kumpulan itu tidak diketahui. &#8220;PDRM sentiasa waspada semasa [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":268,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_et_pb_use_builder":"","_et_pb_old_content":"","_et_gb_content_width":"","footnotes":""},"categories":[5],"tags":[],"class_list":["post-412","post","type-post","status-publish","format-standard","hentry","category-dari-cuepacs"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/412","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/wp-json\/wp\/v2\/users\/268"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=412"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/412\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=412"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=412"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=412"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}