{"id":444,"date":"2015-05-28T19:00:00","date_gmt":"2015-05-29T03:00:00","guid":{"rendered":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/jpa-akan-jumpa-penjawat-awam-di-bawah-prestasi-sebenar-ahmad-jailani\/"},"modified":"2015-05-28T19:00:00","modified_gmt":"2015-05-29T03:00:00","slug":"jpa-akan-jumpa-penjawat-awam-di-bawah-prestasi-sebenar-ahmad-jailani","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/jpa-akan-jumpa-penjawat-awam-di-bawah-prestasi-sebenar-ahmad-jailani\/","title":{"rendered":"JPA AKAN JUMPA PENJAWAT AWAM DI BAWAH PRESTASI SEBENAR &#8211; AHMAD JAILANI"},"content":{"rendered":"<div dir=\"ltr\" style=\"text-align: left\">\n<div style=\"text-align: justify\"><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><span style=\"font-size: x-small\">Bernama<br \/>28\/5\/2015<\/span><\/span><\/div>\n<div style=\"text-align: justify\"><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><br \/>         KOTA KINABALU, 28 Mei (Bernama) &#8212; Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)  dijangka mengadakan pertemuan dengan penjawat awam yang dikenal pasti  mempunyai skor pencapaian di bawah 60 peratus sejak dasar pemisah  diperkenal tahun lalu.<\/p>\n<p> Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Operasi) Dr Ahmad Jailani  Muhamed Yunus berkata pertemuan itu antara lain bertujuan mengenal pasti  lebih lanjut sebab dan alasan prestasi penjawat awam terbabit tidak  memberangsangkan.<\/p>\n<p> Beliau berkata pertemuan itu akan diadakan setelah JPA selesai  mengumpul maklumat dan mengenal pasti sama ada penjawat awam terbabit  berkhidmat di peringkat persekutuan, negeri, pihak berkuasa tempatan  atau badan berkanun.<\/p>\n<p> &#8220;Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal akan  berjumpa dengan mereka (penjawat awam terbabit) untuk melihat  (mengetahui sebab) pencapaian dan prestasi mereka rendah,&#8221; katanya  kepada pemberita selepas program Bicara Perdana Intan (Institut Tadbiran  Awam Negara) Sabah, hari ini.<\/p>\n<p> Pada Sabtu, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa berkata  kira-kira 5,000 daripada 1.6 juta penjawat awam dikenal pasti mempunyai  skor pencapaian di bawah 60 peratus sejak dasar pemisah diperkenal.<\/p>\n<p> Kesemua penjawat awam itu didapati melakukan pelbagai kesalahan  antaranya tidak hadir bertugas selama 200 hari setahun dan mempunyai  komitmen luar tugas.<\/p>\n<p> Ahmad Jailani berkata menerusi pertemuan itu, ia akan memudahkan pihak  JPA mengetahui langkah yang perlu diambil bagi memperbaiki dan  mempertingkatkan prestasi penjawat awam terbabit.<\/p>\n<p> Dalam perkembangan lain, Ahmad Jailani mengingatkan penjawat awam  supaya memperkasa dan memelihara integriti ketika bertugas dan tidak  sewenang-wenang menggunakan media sosial menyalurkan maklumat sehingga  mencemarkan imej jabatan.<\/p>\n<p> Sebaliknya, penjawat awam yang beretika dan bertanggungjawab harus  menggunakan media sosial sebagai saluran memberi penerangan berhubung  dasar kerajaan secara pantas, katanya.<\/p>\n<p> &#8220;Terdapat pekeliling mengenai penggunaan media sosial ini supaya  (penjawat awam) tidak menggunakan (media sosial) sehingga menjatuhkan  imej jabatan, jika ada (berbuat demikian), tindakan tatatertib akan  diambil,&#8221; katanya.<\/p>\n<p> Mengenai Bicara Perdana Intan, Ahmad Jailani berkata program itu bagi  memperjelas usaha transformasi dan inisiatif kerajaan dalam memperkasa  sistem penyampaian perkhidmatan awam, sekali gus menggalakkan penjawat  awam melakukan transformasi menjurus kepada kos rendah tetapi berimpak  tinggi.<\/p>\n<p> Bertajuk Transformasi Perkhidmatan Awam: Kepimpinan Kreatif dan  Inovatif, program bicara perdana itu disertai lebih 300 penjawat awam  pelbagai jabatan di negeri ini dan Labuan.<\/p>\n<p> &#8212; BERNAMA<\/span><\/div>\n<\/div>\n<p><a href='http:\/\/cuepacs.blogspot.com\/2015\/05\/jpa-akan-jumpa-penjawat-awam-di-bawah.html'>baca selanjutnya&gt;&gt;<\/a><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Bernama28\/5\/2015 KOTA KINABALU, 28 Mei (Bernama) &#8212; Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dijangka mengadakan pertemuan dengan penjawat awam yang dikenal pasti mempunyai skor pencapaian di bawah 60 peratus sejak dasar pemisah diperkenal tahun lalu. Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Operasi) Dr Ahmad Jailani Muhamed Yunus berkata pertemuan itu antara lain bertujuan mengenal pasti lebih lanjut sebab [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":268,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_et_pb_use_builder":"","_et_pb_old_content":"","_et_gb_content_width":"","footnotes":""},"categories":[5],"tags":[],"class_list":["post-444","post","type-post","status-publish","format-standard","hentry","category-dari-cuepacs"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/444","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/wp-json\/wp\/v2\/users\/268"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=444"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/444\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=444"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=444"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=444"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}