{"id":475,"date":"2015-06-18T05:01:00","date_gmt":"2015-06-18T13:01:00","guid":{"rendered":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/?p=475"},"modified":"2015-06-18T05:01:00","modified_gmt":"2015-06-18T13:01:00","slug":"najib-cadangan-penghargaan-kepada-jabatankementerian-yang-berjimat","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/najib-cadangan-penghargaan-kepada-jabatankementerian-yang-berjimat\/","title":{"rendered":"NAJIB CADANGAN PENGHARGAAN KEPADA JABATAN\/KEMENTERIAN YANG BERJIMAT"},"content":{"rendered":"<div dir=\"ltr\" style=\"text-align: left\">\n<div style=\"text-align: justify\"><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><span style=\"font-size: x-small\">Bernama<br \/>17\/6\/2015<\/span><\/span><\/div>\n<div style=\"text-align: justify\"><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><br \/><\/span><\/div>\n<p><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\">        <\/span><\/p>\n<div style=\"text-align: justify\"><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><span id=\"newsPic2\"><img decoding=\"async\" border=\"1\" class=\"\" src=\"http:\/\/newsdata2.bernama.com\/bernama\/newspic\/am\/FW401046_PTJ10_170615_MAPPA-scr.JPG\" width=\"300\/\" \/><\/span><br \/><span id=\"newsPic2\"><\/span>PUTRAJAYA,  17 Jun (Bernama) &#8212; Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak  mencadangkan satu pendekatan baharu dibentuk supaya jabatan atau  kementerian yang berjaya melakukan penjimatan peruntukan boleh menerima  semula sebahagian daripada usaha itu.<\/p>\n<p>Beliau berkata ia sebagai penghargaan kepada jabatan atau kementerian  terbabit kerana lebih efisien menjimatkan peruntukan agar mereka boleh  melaksanakan program lain atau memberi insentif kepada pegawai mereka.<\/p>\n<p> &#8220;Tradisi sekarang setiap tahun kita tengok bajet yang diluluskan dan  kementerian mana yang habiskan bajet sepenuhnya dikira bagus.<\/p>\n<p>&#8220;Maknanya kriteria dia habiskan peruntukan tetapi adakah itu kriteria  mutlak? Kenapa kita tak cabar diri, kita boleh mencapai objektif dan KPI  (petunjuk prestasi utama) tetapi boleh kurangkan perbelanjaan,&#8221;  katanya.<\/p>\n<p>Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perdana perkhidmatan  Awam ke-14 (MAPPA XIV) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC)  di sini hari ini.<\/p>\n<p>Turut hadir Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin,  menteri-menteri kabinet dan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali  Hamsa.<\/p>\n<p>MAPPA yang dianjurkan sejak tahun 2000 adalah bagi membolehkan Perdana  Menteri menerangkan strategi serta perancangan kerajaan bagi  meningkatkan perkhidmatan kepada rakyat.<\/p>\n<p>Perdana Menteri memberikan contoh sekiranya Kementerian Pendidikan dapat  melakukan penjimatan RM1 bilion daripada peruntukan, kaedah yang perlu  dibincangkan ialah untuk memulangkan sebahagian daripada penjimatan itu  kepada kementerian berkenaan.<\/p>\n<p>Najib berkata amalan kini ialah peruntukan jabatan atau kementerian yang  tidak dapat dihabiskan akan dimasukkan ke dalam Kumpulan Wang Yang  Disatukan.<\/p>\n<p>&#8220;Kalau kita jimatkan perbelanjaan, Perbendaharaan akan dapat balik  peruntukan itu. Nanti ada yang kata kita kerja kuat tapi (peruntukan)  balik pada perbendaharaan tak dapat merasai penjimatan,&#8221; katanya.<\/p>\n<p>Perdana Menteri meminta cadangan kaedah baharu itu dibincangkan  antaranya melibatkan Ketua Setiausaha Negara, Jabatan Perkhidmatan Awam  (JPA), ketua-ketua setiausaha kementerian, penjawat awam dan Cuepacs.<\/p>\n<p>&#8212; BERNAMA<\/span><\/div>\n<\/div>\n<p><a href='http:\/\/cuepacs.blogspot.com\/2015\/06\/najib-cadangan-penghargaan-kepada.html'>baca selanjutnya>><\/a><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Bernama17\/6\/2015 PUTRAJAYA, 17 Jun (Bernama) &#8212; Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mencadangkan satu pendekatan baharu dibentuk supaya jabatan atau kementerian yang berjaya melakukan penjimatan peruntukan boleh menerima semula sebahagian daripada usaha itu. Beliau berkata ia sebagai penghargaan kepada jabatan atau kementerian terbabit kerana lebih efisien menjimatkan peruntukan agar mereka boleh melaksanakan program lain [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":268,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_et_pb_use_builder":"","_et_pb_old_content":"","_et_gb_content_width":"","footnotes":""},"categories":[5],"tags":[],"class_list":["post-475","post","type-post","status-publish","format-standard","hentry","category-dari-cuepacs"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/475","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/wp-json\/wp\/v2\/users\/268"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=475"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/475\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=475"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=475"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=475"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}