{"id":481,"date":"2015-06-18T13:30:00","date_gmt":"2015-06-18T21:30:00","guid":{"rendered":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/najib-hargai-penjawat-awam-terlibat-bantuan-bencana-sebagai-wira-tak-dicanang\/"},"modified":"2015-06-18T13:30:00","modified_gmt":"2015-06-18T21:30:00","slug":"najib-hargai-penjawat-awam-terlibat-bantuan-bencana-sebagai-wira-tak-dicanang","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/najib-hargai-penjawat-awam-terlibat-bantuan-bencana-sebagai-wira-tak-dicanang\/","title":{"rendered":"NAJIB HARGAI PENJAWAT AWAM TERLIBAT BANTUAN BENCANA SEBAGAI WIRA TAK DICANANG"},"content":{"rendered":"<div dir=\"ltr\" style=\"text-align: left\"><\/p>\n<div style=\"text-align: justify\"><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><span style=\"font-size: x-small\">Bernama<br \/>17\/6\/2015<\/span><\/p>\n<p><\/span>      <\/div>\n<div style=\"text-align: justify\"><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><br \/><\/span>      <\/div>\n<div class=\"NewsText\"><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"> <\/span><\/p>\n<div style=\"text-align: justify\"><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><span id=\"newsPic2\"><img decoding=\"async\" border=\"1\" class=\"\" src=\"http:\/\/newsdata2.bernama.com\/bernama\/newspic\/am\/FW401057_PTJ12_170615_PM_MAPPA-scr.jpg\" width=\"300\/\" \/><\/span><br \/><span id=\"newsPic2\"> Para penjawat awam melafazkan ikrar pada majlis Perdana Perkhidmatan  Awam (MAPPA) kali-14 yang disempurnakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri  Najib Tun Razak <\/span>PUTRAJAYA,  17 Jun (Bernama) &#8212; Perdana Menteri  Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan penjawat awam yang menyabung  nyawa dalam operasi menyelamat dan bantuan bencana yang menimpa negara  sebagai wira tidak dicanang.<\/p>\n<p> Beliau mengambil kesempatan ketika berucap pada Majlis Perdana  Perkhidmatan Awam ke-14 (MAPPA XIV) di sini hari ini, merakamkan  penghargaannya kepada penjawat awam yang terlibat ketika banjir besar  hujung tahun lepas dan gempa bumi Sabah baru-baru ini.<\/p>\n<p> &#8220;Ramai penjawat awam terlibat termasuk tentera, polis, bomba, doktor,  RELA dan sebagainya. Inilah penjawat awam yang gigih dan memang patut  dihargai..bukan saja malim gunung tetapi mereka inilah &#8216;the unsung  heroes&#8217; (wira tak dicanang) di belakang tabir yang patut diberi  penghargaan,&#8221; katanya disambut tepukan gemuruh hadirin.<\/p>\n<p> Turut hadir pada majlis di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya  (PICC) itu ialah Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin,  menteri-menteri kabinet dan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali  Hamsa.<\/p>\n<p> Najib berkongsi dengan hadirin pengalamannya menaiki helikopter yang memperlihatkan komitmen tinggi penjawat awam.<\/p>\n<p>&#8220;Saya tahu, saya selalu naik helikopter, bukan senang nak bawa  helikopter sehingga ketinggian 10,000 kaki untuk mendarat dengan angin  melintang, cuaca berkabus&#8230;memang menyabung nyawa,&#8221; katanya.<\/p>\n<p> Najib berkata demi membawa perkhidmatan awam melangkah gagah ke hadapan  serta menempuh cabaran dan krisis, tiga tindakan segera perlu dimulakan  dan diperkukuhkan.<\/p>\n<p> Pertama, katanya, penjawat awam tidak boleh beroperasi secara bekerja  seperti kebiasaannya, sebaliknya melakukan perubahan minda dan melihat  kaedah pelaksanaan yang lebih baik.<\/p>\n<p> &#8220;Saya juga tidak mahu kita bergerak dalam &#8216;silo&#8217; atau lohong  masing-masing. Kita hendaklah buat kerjasama merentas kementerian, kita  tak nak pengurusan bersempadan, ini kawasan kau, itu kawasan aku. Kau  jangan datang ke kawasan aku atau aku akan menjerit,&#8221; katanya.<\/p>\n<p> Beliau berkata penjawat awam juga perlu meningkatkan kecekapan serta  bersifat &#8216;multi-tasking&#8217; iaitu keupayaan melaksanakan pelbagai tugasan  secara berkesan.<\/p>\n<p>Najib juga mahu penjawat awam membuat persediaan awal supaya Rancangan  Malaysia Ke-11 dapat dilaksanakan sepenuhnya pada 1 Jan 2016.<\/p>\n<p> &#8220;Saya tak nak masuk tahun depan, tunggu bulan Julai barulah kita nak  laksanakan. Ini adalah lonjakan terakhir sebelum kita sampai ke ambang  negara maju, jadi kita mesti buat pelan pelaksanaan awal,&#8221; katanya.<\/p>\n<p> Pada majlis itu, Najib turut berkongsi kisah kejayaan transformasi  perkhidmatan awam yang telah dicapai setakat ini demi kemudahan dan  keselesaan rakyat.<\/p>\n<p> Beliau berkata antaranya urusan pemprosesan pasport oleh Jabatan  Imigresen yang dipendekkan daripada tiga bulan kepada satu jam sahaja,  penubuhan 1Malaysia One Call Centre sebagai pusat panggilan setempat  yang beroperasi 24 jam serta penubuhan Pusat Transformasi Bandar (UTC)  dan Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) yang menawarkan perkhidmatan  sangat membanggakan.<\/p>\n<p> Selain itu, Najib turut berkongsi pencapaian Pusat Jantung Hospital  Umum Sarawak yang berjaya mengurangkan kos rawatan dengan kadar RM5 bagi  rawatan jantung dan bayaran RM3 untuk kemudahan wad bagi satu malam.<\/p>\n<p>&#8220;Bagi pesakit yang menjalani pembedahan jantung terbuka pula hanya  dikenakan caj sebanyak RM500 berbanding kos di hospital swasta yang  mencecah puluhan ribu ringgit,&#8221; kata Najib.<\/p>\n<p> Menurutnya, kisah-kisah pencapaian itu adalah kerana usaha serta  komitmen penjawat awam di pelbagai peringkat yang tidak jemu berikhtiar  untuk memperbaiki mutu dan kualiti perkhidmatan yang diberikan kepada  rakyat.<\/p>\n<p> Mengimbau langkah-langkah kerajaan dalam penambahbaikan kebajikan dan  kesejahteraan penjawat awam, Najib berkata antara inisiatif ialah  menaikkan gaji penjawat awam sebanyak tujuh peratus hingga 13 peratus  pada 2012, menaikkan pencen minimum daripada RM720 kepada RM820 bagi  mereka yang berkhidmat selama 25 tahun atau lebih pada 1 Jan 2010.<\/p>\n<p> Penambahbaikan yang lain ialah melancarkan Skim Perumahan Penjawat Awam  1Malaysia denga sasaran pembinaan rumah mampu milik sebanyak 100,000  unit di seluruh negara menjelang 2018 dan menyediakan pinjaman perumahan  sehingga RM6 bilion setahun untuk kakitangan kerajaan pada tahun 2013.<\/p>\n<p>&#8220;Semua ini membuktikan keprihatinan kerajaan untuk terus menjaga<\/span>  kebajikan penjawat awam dalam lingkungan kemampuan kewangan negara.<\/div>\n<p> &#8220;Ia bukan sahaja bertujuan bagi menjaga kepentingan dan kebajikan  penjawat awam tetapi juga merangsang penjawat awam di semua peringkat  untuk terus melakukan yang terbaik demi kesejahteraan rakyat dan  negara,&#8221; katanya.<\/p>\n<p> Najib berkata beliau sentiasa turun padang untuk mendengar pandangan,  cadangan dan memorandum yang dibangkitkan oleh pelbagai lapisan penjawat  awam di peringkat pengurusan, pelaksana, dan kesatuan-kesatuan sekerja  berhubung kebajikan khususnya isu kos sara hidup dan perumahan penjawat  awam.<\/p>\n<p> &#8212; BERNAMA   <\/p><\/div>\n<\/div>\n<p><a href='http:\/\/cuepacs.blogspot.com\/2015\/06\/najib-hargai-penjawat-awam-terlibat.html'>baca selanjutnya>><\/a><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Bernama17\/6\/2015 Para penjawat awam melafazkan ikrar pada majlis Perdana Perkhidmatan Awam (MAPPA) kali-14 yang disempurnakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak PUTRAJAYA, 17 Jun (Bernama) &#8212; Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan penjawat awam yang menyabung nyawa dalam operasi menyelamat dan bantuan bencana yang menimpa negara sebagai wira tidak dicanang. Beliau [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":268,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_et_pb_use_builder":"","_et_pb_old_content":"","_et_gb_content_width":"","footnotes":""},"categories":[5],"tags":[],"class_list":["post-481","post","type-post","status-publish","format-standard","hentry","category-dari-cuepacs"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/481","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/wp-json\/wp\/v2\/users\/268"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=481"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/481\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=481"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=481"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=481"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}